CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

KWSP tinjau beli bangunan di Canberra

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini aktif meninjau peluang pelaburan hartanah di luar negara sedang menilai untuk membeli sebuah bangunan pejabat di Canberra, Australia daripada pemaju hartanah terkemuka negara itu, Walker Corporation.\rDifahamkan pengurus dana persaraan tempatan itu akan membuat bidaan bagi membeli bangunan berkenaan secara bersama dengan CIMB TrustCapital Advisors Singapore Pte Ltd, firma pengurus dana yang turut dikuasai CIMB Group.\r\n\n\n\n\r  Mengikut sumber industri, jika bidaan itu berjaya, KWSP akan mempunyai 80 peratus kepentingan dalam bangunan itu, manakala CIMB TrustCapital  20 peratus.\r\r\n\n\n\n\n  Urus niaga bagi pembelian bangunan di 50 Marcus Clarke St, Canberra itu dianggarkan sebanyak AS$230 juta (RM713 juta), demikian mengikut laporan akhbar The Australian.\rMengikut laporan akhbar itu, KWSP dan CIMB TrustCapital berminat membida bangunan pejabat milik syarikat jutawan Australia, Lang Walker itu selepas pengurus dana dari Austria, SIGNA Property Fund menarik diri untuk membeli hartanah berkenaan.\rBangunan pejabat itu ketika ini dihuni Jabatan Pendidikan, Pekerjaan dan Perhubungan Tempat Kerja Australia.\rKWSP kini mempunyai beberapa pelaburan dalam pasaran hartanah di United Kingdom (UK) termasuk bangunan pejabat di kawasan premium London, iaitu One Sheldon Square di Paddington Central yang dibelinya pada harga 156 juta pound (RM754 juta) serta 40 Portman Square berhampiran Oxford Street yang membabitkan pelaburan 180 juta pound (RM870 juta).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067072 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list