|
KUMPULAN pengurusan Proton Holdings Bhd (PROTON) mengesahkan ia sedang berunding dengan General Motors Corp (GM), namun begitu ia masih pada peringkat awal dan tidak mendedahkan butiran lanjut.\rDalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pengeluar kereta nasional itu berkata, pihaknya akan membuat pengumuman seterusnya jika ada perkembangan lanjut mengenainya. \r\n\n\n\n\r Pendedahan itu dibuat PROTON susulan laporan media baru-baru ini mengaitkan bahawa ia kini sedang mengadakan rundingan dengan gergasi automotif yang berpangkalan di Detroit, Amerika Syarikat itu mengenai kemungkinan menjual peratusan kepentingan pemilikannya dalam kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, Perak.\r\r\n\n\n\n\n Sementara itu, PROTON turut mengesahkan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sudah menghantar bidaan kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk mengambil alih ekuiti milik sayap pelaburan kerajaan itu dalam syarikat kereta nasional berkenaan.\rSyarikat itu menjelaskan, Mohd Nadzmi hanya bertindak atas kapasiti peribadinya sebagai individu ketika membida ekuiti milik Khazanah di dalam PROTON.\rKatanya, Mohd Nadmi juga sebelum ini turut memaklumkan kepada Lembaga Pengarah berhubung niatnya untuk membuat tawaran belian 42.7 peratus saham milik Khazanah dalam PROTON.\r“Datuk Seri Mohd Nadzmi ingin menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah melahirkan kebimbangan mengenai khabar angin yang berterusan yang boleh menghalang hala tuju strategik syarikat, khususnya kumpulan yang terbabit dalam mewujudkan kerjasama berpotensi dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) antarabangsa.\r\n\n\n\r“Seperti dinyatakan sebelum ini, keputusan mengemukakan tawaran itu dibuat sepenuhnya atas kapasiti peribadi beliau sebagai seorang individu. \r“Penggunaan perkataan ‘pengambilalihan oleh kumpulan pengurusan’ (MBO) adalah benar dalam erti kata merujuk kepada niat Datuk Seri Mohd Nadzmi untuk mengekalkan kebanyakan pasukan pengurusan sedia ada jika usahanya berjaya,” jelas PROTON.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|