CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

FBM KLCI diunjur cecah 1,700 mata

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumbuhan  domestik, kesan ETP sokong kenaikan pasaran tempatan\rUBS Securities Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan perbankan terkemuka Switzerland, UBS AG, mengunjurkan indeks penanda aras FBM KLCI mampu meningkat mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini disokong pertumbuhan domestik yang mantap serta kesan pelaksanaan beberapa projek Program Transformasi Ekonomi (ETP).\r\n\n\n\n\r    Ketua Penyelidiknya, Chris Oh berkata, unjuran peningkatan itu juga adalah berdasarkan pertumbuhan pendapatan sembilan peratus bagi 2012 dan 13 peratus bagi 2013.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata pasaran saham tempatan juga dijangka mencatatkan rali dalam tempoh terdekat kesan daripada peningkatan sentimen pelabur berikutan jangkaan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.\r“Lazimnya, menjelang pilihan raya umum, pasaran saham tempatan akan melonjak kerana pelabur percaya perbelanjaan kerajaan akan segera dilaksanakan sebelum pilihan raya.\r“Antara saham yang dijangka meraih manfaat daripada lonjakan menjelang pilihan raya adalah perbankan, hartanah, pembinaan dan minyak dan gas. \r“Kebiasaannya, minat belian pelabur runcit lebih kepada saham syarikat berkaitan kerajaan,” katanya pada sidang meja bulat bersama media di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\rBagaimanapun, Oh berkata, pelabur dijangka bersikap  lebih berhati-hati menjelang pilihan raya umum kali ini kerana keputusannya dijangka sengit dan sukar diramal.\rBeliau berkata, tidak ada petunjuk yang kukuh bagi pasaran saham tempatan mencatatkan lonjakan mantap pra pilihan raya kerana berdasarkan enam pilihan raya umum yang lalu ia adalah bercampur-campur.\rKatanya, keputusan pilihan raya umum kali ini adalah penting bagi menentukan hala tuju pasaran selanjutnya.\rOh berkata, pihaknya menjangkakan pasaran saham tempatan kekal kukuh tahun ini meskipun pasaran saham global jatuh berikutan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat.\rJelasnya, jika keadaan krisis hutang Eropah semakin teruk, pihaknya mengunjurkan FBM KLCI berkemungkinan susut ke paras 1,300 mata.\r“Kami lihat faktor domestik akan menyokong pasaran meskipun berlaku ketidaktentuan di pasaran global. Kami rasa pelabur akan memberi tumpuan kepada saham syarikat yang mempunyai pendapatan dan aliran tunai yang kukuh dan menawarkan dividen yang berpatutan,” katanya.\rMengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini, UBS Securities mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dicatatkan sekitar 3.0 peratus tahun ini dan 5.5 peratus bagi 2013.\r“Kami menjangka ekonomi Malaysia menjadi perlahan berikutan permintaan eksport global yang lembap serta persekitaran pasaran kewangan global yang mencabar,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053430 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list