CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Binapuri Norwest dapat kuota jana tenaga solar

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek hartanah mewah di Segambut  platform jana tenaga mesra alam\rBINAPURI Norwest Sdn Bhd, syarikat usaha sama Bina Puri Holdings Bhd dan Norwest Holdings Sdn Bhd, muncul pemaju perumahan pertama di negara ini yang memperoleh kuota bagi menjana tenaga elektrik daripada tenaga solar daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).\r\n\n\n\n\r  Syarikat itu akan menggunakan projek hartanah mewah pertamanya, Laman Vila @ Mont Kiara North di Segambut, yang bakal dilancarkan pertengahan bulan depan sebagai platform bagi penjanaan tenaga elektrik berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Presiden Bersamanya, Datuk Aziz Bahaman, berkata pemberian kuota itu adalah sama seperti syarikat mendapat lesen pengeluar tenaga bebas (IPP) mini yang membolehkan pihaknya menjana tenaga elektrik daripada panel solar yang dipasang di bumbung kediaman Laman Vila untuk dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).\rKatanya, tarif yang dipersetujui bagi tenaga elektrik yang akan dibekalkan kepada TNB ialah RM1.49 per kilowatt jam (kWj), manakala pembelian balik daripada TNB untuk kegunaan kawasan kediaman terbabit adalah pada harga 40 sen per kWj.\r“Minggu lalu, kami berjaya memperoleh kuota bagi menjana 300 kW tenaga elektrik dan berdasarkan jumlah itu kami menyasarkan dapat menjana pendapatan sekitar RM50,000 sebulan untuk perbadanan pengurusan kawasan kediaman ini.\r“Daripada pendapatan itu, penghuni Laman Vila @ Mont Kiara North tak perlu membayar apa-apa caj pengurusan atau perkhidmatan penyelenggaraan mereka sekurang-kurangnya sehingga 21 tahun,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\rPengurus Besar Bina Puri Properties Sdn Bhd, Lee Tong Leong pula berkata, bagi projek itu kedua-dua syarikat bersetuju memperuntukkan RM3 juta bagi membangunkan infrastruktur dan kemudahan tenaga solar terbabit.\rKatanya, tempoh pengurusan tarif galakan (FiT) yang diberikan SEDA bagi kuota itu adalah selama 21 tahun.\r“Kami menjadi pemaju hartanah pertama yang berjaya memperoleh kuota IPP ini dan ia membuktikan sokongan serta pembabitan kami dalam agenda pembangunan hijau kerajaan.\r“Kami percaya ia mampu dikembangkan kerana penghuni pada masa depan tidak lagi perlu dibebankan dengan caj perkhidmatan atau penyelenggaraan yang tinggi,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037670 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list