View: 165|Reply: 0
|
TCM dijangka bersaing ambil alih PROTON
[Copy link]
|
|
TAN Chong Motor Holdings Bhd (TCM) muncul satu lagi pihak yang disebut bakal bersaing untuk mengambil alih Proton Holdings Bhd.\rIa dikatakan sedang merangka tawarannya bagi membeli 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings selepas anak syarikatnya, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), iaitu pemasang serta pengedar tunggal kenderaan Nissan di negara ini turut dipelawa berbuat demikian.\r\n\n\n\n\r“Selepas beberapa tawaran menguasai kepentingan Khazanah dalam PROTON dikemukakan, kami percaya TCM mungkin akan menyertai persaingan merebut kepentingan dalam pengeluar kereta nasional itu.\r\r\n\n\n\n\n“Pemeriksaan kami mendapat TCM telah dipelawa untuk mengemukakan bida dan ia sedang sedang sibuk merangka cadangannya,” demikian kata firma penyelidikan AmResearch dalam nota penyelidikannya semalam.\rMeskipun butiran terperinci mengenainya belum diperoleh, AmResearch percaya TCM mungkin mengemukakan tawaran pengambilalihan itu menerusi pakatannya bersama satu lagi pihak.\rPengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan itu berkata: “Kami tidak boleh mengulas mengenai spekulasi.”\rNamun, AmResearch yakin pembabitan TCM boleh memperbaharui semula hubungan kerjasama antara PROTON dan Nissan Motor Company Ltd yang telah ditamatkan Oktober tahun lalu.\rMac tahun lalu, Proton Holdings memeterai perjanjian dengan Nissan bagi kemungkinan penggunaan platform serta enjin yang dimajukan pengeluar automotif ketiga terbesar dunia itu untuk model generasi akan datang PROTON.\rNamun, perjanjian itu tidak membuahkan hasil apabila kedua-dua pihak tidak meneruskan rancangan berkenaan berikutan perbezaan pandangan berhubung strategi pembangunan kereta generasi baru masing-masing.\rPemerhati pasaran pula melihat, pengambilalihan oleh TCM, selain membuka semula hubungan PROTON-Nissan, ia mampu menyediakan peluang luas kepada Proton Holdings untuk memanfaatkan teknologi serta kepakaran milik syarikat sekutu Nissan, iaitu pengeluar kereta Perancis, Renault SA.\rRenault turut mengembangkan lagi kehadiran Proton Holdings di pasaran tempatan dan Asia. \rMengikut AmResearch, model penumpang Renault di pasaran kini dijual pada harga premium berbanding model syarikat lain yang bersaing dalam segmen sama.\rCawangan jualan dan perkhidmatan bagi model itu sama ada di pasaran tempatan atau Asia juga terhad, selain syarikat itu juga tidak memiliki kemudahan kajian dan pembangunan di rantau ini, sekali gus menjadikan kehadirannya di rantau ini sangat kecil berbanding pesaing Eropahnya seperti Volkswagen AG.\rAmResearch turut tidak menolak kemungkinan TCM mungkin akan hanya membida untuk mendapatkan sebahagian pegangan ekuiti dalam aset milik PROTON di Tanjung Malim dan bukannya terbabit dalam perlumbaan meraih Tawaran Am (GO) bagi mengambilalih kepentingan dalam PROTON. \r“Perlu diingat bahawa selain sibuk mencari pemegang saham baru, Proton Holdings turut dilaporkan sedang berunding dengan General Motors untuk menjual kira-kira 50 peratus kepentingan di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim membabitkan sekitar RM800 juta,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|