|
PERBELANJAAN menggunakan kad debit Maybank bagi tempoh November 2010 sehingga Disember lalu meningkat lebih daripada 20 peratus, sekali gus mencerminkan penerimaan pengguna terhadap kaedah pembayaran seumpama itu di negara ini.\rMalayan Banking Bhd dalam kenyataannya berkata, bilangan pemegang kad debit turut mengukuh lebih daripada lapan peratus dalam tempoh sama.\r\n\n\n\n\rNaib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Kad, Kekayaan dan Pembayarannya, B Ravintharan, berkata pertumbuhan keseluruhan dalam penggunaan kad debit, termasuk perbelanjaan di luar negara, menunjukkan pengguna semakin sedar mengenai keperluan, keselesaan dan keselamatan berbelanja menggunakan kad debit.\r\r\n\n\n\n\nRavintharan berkata, Maybank turut menganggarkan yang perbelanjaan menggunakan kad debit akan berkembang 60 peratus tahun ini, didorong menerusi promosi baru serta lebih banyak kempen dan program kesedaran pengguna.\rPerbelanjaan kad debit Maybank mengukuh 24 peratus dari April hingga September tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dirangsang penganjuran kempen ‘Gunakan Debit Kad & Pandu Pulang Volkswagen (VW) Polo.’ – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|