|
Siti akan berlakon dalam filem Indon? (update: Belum buat keputusan)
[Copy link]
|
|
napa cita indon???napa indon????????? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kejadahnye korang tibe2 meroyan kata bangga dgn indon segala..
ini bukan Ct yg meraayu dipanggil berlakon kat sana..
ini pasal org indon pelawa dia berlakon..
itu tandanya, CT patut dibanggakan kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah lah mcm bibik pun.. sebab siti hanya mahu ditampilkan seagai penyanyi di pentas
0
Siti, Nicholas digandingkan dalam Kekuatan Cinta
Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
JAKARTA 11 Jan. - Seandainya persefahaman dan persetujuan dicapai, filem Kekuatan Cinta terbitan syarikat produksi Indonesia, PT Kentfilms Production akan menampilkan penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Filem yang kini sedang dalam perancangan penerbitannya bercadang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia itu untuk digandingkan dengan aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra.
Penerbitan filem yang bakal diarahkan oleh Iwan Sardi itu juga berhasrat mengundang pelakon muda dan sensasi Malaysia, Fasha Sandha.
Selain Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha, dua artis Malaysia lain yang juga bakal membintangi filem ini ialah Melissa Saila dan Raja Ema.
Tidak ketinggalan dua aktres ternama Indonesia, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo juga antara bintang yang disenaraikan berlakon dalam filem itu.
Menurut Iwan, besar harapannya lamaran yang akan dibuat kepada penyanyi ternama Malaysia itu mendapat maklum balas yang positif kerana populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.
"Kami sedia maklum Siti Nurhaliza lebih fokus pada bidang nyanyian berbanding lakonan. Tetapi, dalam filem Kekuatan Cinta itu kelak, kami hanya mahu menampilkan Siti Nurhaliza sebagai bintang undangan. Karakter beliau dalam filem itu juga hanya sebagai penyanyi yang muncul di sebuah pertunjukan pentas," kata Iwan ketika ditemui di sini kelmarin.
Sebelum itu, Iwan bersama Pengarah Utama PT Kenfilms Production, Edy AS mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hasan di pejabatnya di sini.
Pada pertemuan itu, Iwan dan Edy meminta pandangan daripada Syed Munshe bagaimana syarikat produksi berkenaan dapat menjalin kerjasama dengan produksi dari Malaysia untuk menerbitkan filem Kekuatan Cinta.
Menurut Iwan, filem Kekuatan Cinta yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.
Filem berkenaan mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita kesakitan sehinggalah membawa kepada kematian orang yang dicintai itu.
Kekuatan Cinta turut menyelitkan adegan percintaan lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.
Pada masa sama, Iwan juga amat berbesar hati seandainya ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk sama-sama menghasilkan filem yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Tentunya saya amat gembira dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan karyawan filem Malaysia. Saya percaya kolaborasi ini akan terus mengukuhkan hubungan persaudaraan antara dua negara," jelas beliau lagi. - Utusa |
|
|
|
|
|
|
|
jadi penyanyi pentas tp nyanyi lagu DESTINASI CINTA..x payah la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# harisbee
ct bakal bwk bibik dtg dr Malaysia ke?
hinanya... |
|
|
|
|
|
|
|
ct takde bakat berlakon la. Setakat video clip tu ok la. Untuk filem indong ni, kalo ct terima aku suka sebab dia cuma nyanyi atas stage je...filem adnan abu hassan kunang-kunang ke ape tajuknye ape cer? senyap je... |
|
|
|
|
|
|
|
btltu, ct nmpk kaku & x nuteral....klu nak berlakon sngt pun berlakonja drama simple kat m'sia, x pun berlakon lawak2 ngan amy mastura or ziana or misha ker, sbb ct ni leh tahan gal loya buruk dia..........nama filemnya,filem kenang-kenangn jak haahaa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# hyie
Filem adnan tu Tajuk Bunian... yg ni aritu da buat da separuh.. pastu senyap.. xde CT rasenya..
Yg Kelip-kelip tu filem Mamat Khalid... yg ni aritu si Mamat ni beria nk buat jugak filem ni.. sbb CT da setuju katanya.. pastu senyap je... ni filem animasi... pastu kecoh kejap cakap aflin shauki ciplak jalan citer filem ni.. untuk kuar filem ngan tajuk kelip-kelip... pastu senyap je...
Filem Kelip2 ni.. siti just bagi suara dia je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# ang
ok, baru ingat. Diorang ni bila CT x setuju @ x bagi apa2 komen persetujuan lagi dah sebok dok canang sana sini. Ni bila CT dah setuju, x jadi pulak. Tah pape..
Rasanya CT sekarang patut fokus pada pembikinan klip video lagu2 album baru dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti wat filem realiti konsert jer la...
tak pon film dokumentari
Cam Justin Bibir ker.....cam Glee Concert 3D. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# Nadia90
nak vote untuk anugerah tue mcm mana ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
klau ct berlakon pun ok juga,.,.tapi buat waktu sekarang nie lg bagus jika dia tumpukan pada promosi album dia ..dan opkos kenalah buat video klip tapi tak naklah vc mcm feeling love tue,., |
|
|
|
|
|
|
| |
|