CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Dana khas bantu usahawan francais ke pasaran global

[Copy link]
Post time 12-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PNS sedia pinjaman sehingga  RM1 juta kepada syarikat layak   \rPERBADANAN Nasional Bhd (PNS), agensi kerajaan yang diberi mandat untuk  menerajui pembangunan industri francais di Malaysia menyediakan dana khas dengan peruntukan awal sebanyak RM10 juta bagi membantu usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan ke luar negara.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata, syarikat francais terutama milik Bumiputera yang layak serta mempunyai operasi perniagaan kukuh boleh memohon Dana Perkembangan Luar Negara yang pertama kali diperkenalkan itu.\r\r\n\n\n\n\n  Buat masa ini, katanya PNS belum menetapkan had pinjaman bagi dana itu bagaimanapun ia tertakluk kepada prestasi perniagaan syarikat selain mempunyai rakan perniagaan yang dipercayai serta risiko perniagaan yang dijalankan.\r“Ini adalah antara inisiatif diperkenalkan seiring pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional yang dilancarkan baru-baru ini, bagi memastikan industri francais negara terus mantap dan dinamik.\r“Tidak dinafikan ramai yang memilih sistem francais bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan. Namun, PNS menggalakkan syarikat yang sudah kukuh untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara daripada bersaing sesama sendiri di pasaran tempatan.\r“Apa pun kita mahu melihat dulu sambutan yang diterima bagi dana ini,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\rBeliau berkata, PNS menyasarkan mengagihkan semua peruntukan awal dana itu tahun ini dan sebagai permulaan pinjaman sehingga 80 peratus atau maksimum RM1 juta akan diberikan kepada syarikat yang layak.\rKatanya, Dana Perkembangan Luar Negara itu adalah tambahan kepada tujuh skim pinjaman francais yang ditawarkan PNS ketika ini dengan had pinjaman daripada RM3,000 hingga RM2 juta, dan tempoh bayaran balik maksimum sehingga 10 tahun ke atas.\rSepanjang tahun lalu, katanya sebanyak 172 pinjaman bernilai RM21.04 juta telah diluluskan. \rSementara itu, Syed Kamarulzaman berkata, PNS setakat ini meluluskan pinjaman berjumlah RM620,700 bagi Skim Pembiayaan Kecil Francais yang diperkenal-\rkan Jun tahun lalu kepada 46 francaisi.\rKatanya, skim dengan peruntukan sebanyak RM8 juta itu ditawarkan kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.\r“Kami menyasarkan mengagihkan semua dana ini tahun ini berdasarkan sambutan yang memberangsangkan. Daripada 85 syarikat yang memohon, 46  telah diluluskan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.197274 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list