View: 267|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Kia, Hyundai 'gempur' Eropah, AS
[Copy link]
|
|
Pengeluar kenderaan Korea catat jualan memberangsangkan sepanjang tahun lalu\rPENGELUAR kenderaan Korea, Hyundai dan sekutunya Kia sedang menembusi secara agresif pasaran Eropah dan Amerika Syarikat yang kini dikuasai oleh syarikat kereta tempatan dan dari Jepun.\r\n\n\n\n\r Secara bersama, Hyundai dan Kia kini adalah pengeluar kereta kelima terbesar dunia selepas jualan globalnya berkembang 15 peratus kepada 6.6 juta unit pada 2011.\r\r\n\n\n\n\n Mereka berharap dapat melepasi angka tujuh juta tahun ini, justeru, pasaran AS dan Eropah yang kedua-duanya sangat berdaya saing serta matang adalah kunci kepada strategi itu.\rDi Eropah, jualan Hyundai berkembang 12 peratus tahun lalu manakala jualan Kia melonjak 11 peratus kepada 692,500 kenderaan keseluruhannya.\rKedua-duanya juga mencatat prestasi lebih baik di AS, dengan Hyundai meningkat 20 peratus sementara Kia melonjak 36 peratus untuk mencatat jualan keseluruhan 1.1 juta kenderaan yang juga rekod tertingginya.\r“Pasaran AS adalah sangat mustahak dari segi psikologinya kepada kumpulan,” kata Presiden Hyundai Motor America, John Kfracik kepada AFP di luar pameran auto Detroit.\r\n\n\n\rKemasukan awal Hyundai ke AS pada 1986 dicemari dengan masalah kualiti yang mencalarkan reputasi jenama itu lama sebelum isu berkenaan dapat diperbetulkan.\rPengenalan jaminan 10 tahun yang pertama industri berbanding hanya tiga tahun oleh syarikat seperti Toyota dan Honda memberi keyakinan kepada pengguna di\rAS yang pentingkan mutu serta nilai.\rDiusahakan ketika permulaan pengembangan utama tawaran produk Hyundai dan Kia selepas penubuhan kilang pemasangan pertamanya di AS, jaminan berkenaan membantu melonjakkan jualan firma Korea itu.\rPemasaran bijak turut membantu Hyundai meraih lebih penguasaan pasaran lebih besar di tengah-tengah kemelesetan ekonomi apabila ia menawarkan untuk membeli semula keretanya jika pemiliknya kehilangan kerja.\r“Kami dikenali sebagai jenama bernilai. Ia juga menjadi posisi yang sesuai dengan strategi syarikat,” kata Krafcik kepada Automotive News World Congress.\r“Kami kini sedang mengorak langkah menjadi jenama yang berharga,” kata Krafcik. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|