View: 275|Reply: 0
|
Pereka AS cipta kasut bermotor
[Copy link]
|
|
spnKiX boleh bergerak 16Km sejam\rPENAT berjalan kaki? Seorang pencipta dari Amerika Syarikat (AS) mencipta sepasang kasut bermotor dijana bateri dipanggil spnKiX.\r\n\n\n\n\r Ia adalah gabungan antara kasut ski dan kasut roda dengan tayar lebih besar, antara gajet yang dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n Pengguna hanya menyarung papan luncur bermotor pada kasut dan boleh meluncur dengan kelajuan sehingga 10 batu sejam atau 16 kilometer (Km) sejam.\rKasut futuristik itu adalah hasil idea Peter Treadway, seorang pereka industri dari Los Angeles.\r“Saya membangunkan pengangkutan yang boleh dipakai sejak tahun 1990-an tetapi hanya lapan tahun lalu saya menyedari keperluannya,” kata Treadway.\r“Ketika dalam perjalanan untuk makan tengah hari, saya gagal mencari tempat meletakkan kenderaan. Justeru, terlintas di fikiran saya, mengapa tidak saya cipta sesuatu yang boleh membawa saya dari rumah ke tempat berdekatan? Dari situlah timbul idea mencipta produk menyeronokkan ini,” katanya.\rTreadway berkata, setiap kasut mempunyai bateri dan motor disepadukan bagi berfungsi bersama.\rBateri yang perlu dicas semula selama dua hingga tiga jam itu membolehkan pemakainya pergi sejauh lima kilometer.\rSatu alat kawalan jauh tanpa wayar bersaiz lebih kecil daripada set daun terup berfungsi sebagai pengawal kelajuan kasut berkenaan.\rBeliau berkata, pengguna yang pertama kali menggunakan kasut terbabit akan mendapati ia tidak mudah digunakan tetapi tayar latihan diberi bagi memudahkan proses latihan.\r“Bagi mencapai tahap kepakaran, ia mengambil masa u sehingga berjam-jam bergantung kepada individu,” katanya.\rSebahagian wang pembangunan spnKiX dikumpul melalui Kickstarter, laman web yang mengumpulkan derma bagi projek kreatif.\rTreadway berkata, kasut yang dikeluarkan syarikatnya Acton Inc dipasarkan Mac ini dengan harga AS$649 (RM2,039) sepasang. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|