CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: shahbp

Kedia 'NASI BERIANI' di PASARAYA TXXXX MELAKA.. CEKIK DARAH... Penipu...

[Copy link]
Post time 16-1-2012 02:47 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    "kalau sebaliknya diam-diam sudah lah"

ayat power!
GuaAnakMelaka Post at 16-1-2012 14:34


Ye itu lebih baik sebab aku tak suka kan perbalahan dan konfrantasi, sebab rakan aku seorang yang jenis suka betanyakan itu ini. Beberapa kejadian yang tidak manis berlaku pada beliau akibat keramahan dia menegur itu ini, antaranya dia seperti di permainkan (diajuk) dan ianya berlaku di depan aku sendiri. Kamu perlu tahu bukan semua pengusaha/peniaga jenis bersikap terbuka, ramai saja yang jenis tertutup dan terasa tercabar dengan tindakan pelanggan terutama kalau mereka rasa ianya bakal memudaratkan perniagaan mereka. Sebab itu aku kata aku lebih suka sikap berdiam diri, dari mengatakan sesuatu pada peniaga tersebut yang respond mereka kita tidak dapat jangakan.

Perihal rakan aku itu makan di sebuah kopitiam baru di Klang, ianya di usahakan oleh orang melayu sendiri. Disebabkan kadaan restoren yang panas dan servis yang lambat maka rakan aku yang mulut ringan dan ramah ini berniat untuk menegurnya, aku pula perhatikan dari jauh sebab kebetulan rakan aku yang membayar untuk menu malam tu. Aku perhatikan saja sebab seakan rancak perbualan mereka sebab seingat aku ianya adalah pemilik kopitiam/cafe itu sendiri, sebab terlalu lama aku pun keluar dari cafe tu untuk mengambil barang di dalam kupon di dalam kereta sebab kopitiam itu bersebelahan restoren fast food. Dalam melintasi kopitiam itu ke sebelah aku lihat rakan aku pun bersalam dan berlalu keluar sambil aku perhatikan, kamu tahu apa yang aku nampak?. Aku perhatikan dengan mata sendiri yang pemilik kopitiam itu mengajuk rakan aku dengan perbuatan (rakan aku ini kalau berborak suka peluh tubuh) dengan mengoyangkan badan ke kiri ke kanan sambil di ketawakan pekerja-pekerjanya. Bagi aku adalah lebih baik mendiamkan sesuatu yang kamu rasa tidak pasti akan berlaku nanti, kalau rasa tidak berbaloi pada aku senang saja tak perlu untuk kunjungan kali kedua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 03:15 PM | Show all posts
Reply 21# dr.R


    Hmm.... bagi aku la.... orang melayu nie... kalau bab berniaga pandai... tapi tak semua pandai cara nak berniaga.... kalau pelanggan bagi pendapat atau teguran... biasenya peniaga pulak naik hangin tak tentu pasal... bukan nak terima untuk kebaikkan perniagaan...... aku keje kat batu pahat dulu ade la 3 tahun lebih... Mmg BP ni terkenal dengan nasi beriani..... aku dh try Nasi beriani MD. Shah kat medan selera Peserai tu... Nasi beriani Power kat Tmn. Soga..... bagi aku masing2 ade kekuatan... suka aku tengok Melayu maju dalam perniagaan.... Kalo di kedai nasi beriani MD. Shah tue.... berniaga atas dasar pecaya pada pelanggan... ambil makanan kat tempat lain.. ambil minuman kat kedai sebelahnya... kalau kita tak jujur mmg boleh minum free... tapi tu kan tak baik... bab makan dan minum nie la yang paling bahaya... sbb menjadi keturuanan.... Aku hangin bila kene tipu kat restoren nasi beriani power kat TESCO Peringgit aritu...... patut la kedai tu tak ramai orang aku tengok... kebetulan mmg aku tiap2 minggu beli-belah kat TESCO Peringgit tue.... bab duit tak menjadi masalah pada aku... asalkan puashati... orang cakap berbaloi....... rasa pun nasi beriani power kat TESCO Peringgit nie pun tak la sesedap nasi beriani di kedai asalnya di Taman Soga Bt Pahat tue... aku bukan nak down branch kedai nie sbb sedang marah... mungkin tu jugak sebab kedai nie tak ramai orang macam kedai asalnya tue... ditambah lagi dengan harga yang mahal... lagi la pelanggan yang dah datang kali pertama takkan datang lagi lepas tu... Logik juga taktik tak nak bagi tgk menu kat pelanggan awal2... takut diorang lari kalo tengok harganya yang mahal........ sebab kat situ banyak lagi food court ngan fast food yang lain... mungkin bagi orang luar dari Melaka rasa nasi beriani RM9.90 sepinggan tu tak mahal... tapi ini bukan soal mahal ke murah... ini soal kejujuran dalam perniagaan tambahan lagi peniaganya Melayu dan Islam.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 03:22 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    Hmm.... bagi aku la.... orang melayu nie... kalau bab berniaga pandai... tapi  ...
shahbp Post at 16-1-2012 15:15


Aku boleh rasa kekecewaan kamu itu sebab ramai dari kita pun pernah mengalaminya, pada aku kamu ada fakta dan seeloknya kamu edit tajuk di atas supaya orang tidak tesalah senga. Rasanya tajuk sesuai adalah "ekerja Restoren Nasi Beriani di Tesco Melaka Tidak Jujur", ianya lebih sesuai dengan situasi kamu alami ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 03:29 PM | Show all posts
Rasenyer... kalo sape2 pernah belajar undang2 perniagaan (law agency)....... pekerja adalah orang yang diupah bekerja dan menjalankan apa2 urusan bagi pihak syarikat (prinsipal ikut bahasa undang2),.... so setiap dari tindakan (janji/kata2) pekerja adalah umpama tindakan syarikat....... so bagi pendapat aku.... pihak peniaga kena lah memberi latihan dan maklumat yang cukup kepada pekerjanya... kerana pelanggan la yang memajukan perniagaan mereka... customers always right!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 03:42 PM | Show all posts
Reply  dr.R


    Hmm.... bagi aku la.... orang melayu nie... kalau bab berniaga pandai... tapi  ...
shahbp Post at 16-1-2012 15:15


Aku yang berasal dari lahirnya menu Nasi Beriani Gam ini memang juga sedikit terkejut dengan harganya luar dari Johor, pada aku harganya terlalu tinggi tapi seperti aku katakan di atas disebabkan ianya satu makanan signature kebangaan negeri Johor maka bila di jual di luar negeri maka harganya akan berganda atas faktor exotik dan istimewanya menu ini. Sebab itu aku mengatakan harganya di luar Johor sangat overrated sebab aku sudah terbiasa dengan harga yang murah dan portionnya yang banyak, tapi aku perlu lebih realisitik maklumlah ianya kebiasaan di tempat kita tapi ianya sesuatu yang luar biasa di tempat lain.

Bila aku bertanyakan perihal adakah JM Beriani dan BP pada kamu tu sebab setahu aku 2 restoren ini saja yang terkenal dan mempunyai banyak cawangan di luar negeri Johor walaupun sekarang ini aku boleh nampak banyak cawangan Beriani Mat Bond tu. Macam komen aku di atas, aku katakan harga di JM Beriani terlalu mahal tetapi ianya lazat jadi ianya adalah berbaloi untuk dicuba. BP Beriani Power pula harganya sedikit murah (tapi tidak lah semurah di Johor), rasanya tidak sesedap berbanding di JM Beriani (itu pun aku katakan subjektif) maksud aku bukan beriani diorang tidak sedap tapi tidak selazat di JM Beriani itu saja.

Aku pernah sekali saja makan di JM Beriani, pada aku harganya terlalu mahal dengan portionnya yang sedikit. Untuk nasi sepinggan dengan lauk ayam seketul dengan harga rm15 adalah terlalu mahal (lainlah kalau nasi di bertimbun sampai melimpah menutupi ayam itu seperti di negeri kelahiran menu ini), tapi kita sebagai pengguna diberikan pilihan sebab banyak restoren-restoren yang menyajikan nasi beriani gam ini. Pada aku BP Beriani Power lebih murah berbanding JM Beriani, portion hampir serupa tapi rasanya tidak selazat di JM (tapi ianya subjektif).

   
Aku juga hairan macam mana tiada buku menu diletakkan, atau signboard harga pada restoren tu sebab setahu aku di restoren asal mereka terpampang besar harga untuk semua menu yang disediakan. Pada aku mungkin harga nasi beriani ini berbeza mungkin mengikut harga semasa?, tapi ianya macam tidak logik melainkan lah ianya makanan laut. Atau pun menu harga telah berubah sempena tahun 2012 ini?, jadi menu lama tidak boleh diterima pakai? sebab aku pernah makan di sana juga tahun lepas dan tidak silap aku untuk Beriani Gam Ayam/Kambing/Daging adalah sama iaitu rm9.90. Kalau mengikut cerita kamu ini mungkin harga sudah berubah, kemungkinan besar juga menu lama tidak boleh diterima pakai sebab tu lah buku menu tidak disediakan sebab belum siap mungkin? siapa tahu kan. Walau bagaimanapun aku suka akan suasana restoren ini, sebab warna hijau kan dengan mainan cahaya yang menarik tapi sayang restorennya sentiasa lengang tiada pelanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 04:21 PM | Show all posts
nasi briani klau ori smmgnya mahal n puas hati perut dmkn, klau biasa je tp rega mahal tak payyyahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2012 09:08 PM | Show all posts
aku tak penah makan nasi briani kat luar drp batu pahat, biasa aku beli kat gerai MD Shah di benteng peserai, walaupun BP beriani power cuma belakang rumah aje hehe.

sebab aku pilih gerai MD Shah kerana nasinya lebih banyak. ayam cuma RM5.50 aje kambing kalau tak silap RM6 atau RM6.50.

kat benteng peserai ada satu lagi gerai no 10 nie gerai fav aku juga kalau nak beli nasi goreng atau mee goreng sebab satu bungkus cuma 3.50 aje tapi nasinya boleh makan sampai 3 org siap ayam lagi walaupun kita mintak nasi goreng biasa aje. biasanya jam 8 nasi dah habis di jual.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 07:18 AM | Show all posts
murahnya kat tempat korg..bersyukur lah...aku kalau nk mkn nasi beriani aku gi Ruz Aladdin sebelah flamingo ampang jer sbb sedap. tp bab harga kne tutup mata la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 08:40 AM | Show all posts
Reply 12# GuaAnakMelaka

musykilah kata org arab!


Nasi Beriani Syed ke? klu ayamRM13 klu Kambing Rm17 ke rasanyalah da lupa... padahal bru bulan lepas pergi
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 08:42 AM | Show all posts
hahaha Aku dah tau dah kedai mana nih...... confom Banned....sila sebarkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:07 AM | Show all posts
murahnya kat tempat korg..bersyukur lah...aku kalau nk mkn nasi beriani aku gi Ruz Aladdin sebelah f ...
ceempaka Post at 20-1-2012 07:18


Aku peminat tegar nasi beriani, tidak kisah lah beriani gam atau beriani versi India Utara / Pakistan. Di area Ampang berdekatan Flamingo Hotel aku suka di Thaba, restorennya di tepi jalan saja ianya versi India Utara dan masakkannya juga sangat asli. Tapi harga sedikit mahal tapi portion sangat banyak dan menyelerakan, aku selalu ambil set beriani kambing tapi harga sedari rm12-rm18 ikut jenis beriani di pilih. Aku suka makan bersama sayur bayam masak cheese atau paneer tu, pemiliknya beragama Islam dan ramai orang senior suka menjamu selera di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 02:32 PM | Show all posts
Aku pernah makan kat kedai mamak kat Sunway ni makan pagi rm9.20

Menu : Nasi goreng+ telur goreng
            Nasi+Mihun goreng+telur goreng
            Air suam
           Teh Panas

Bila tanya die cakap harga ikot berapa banyak makanan yang amik, contoh ko letak nasi banyak kira bnyk la cas dia
Kalau letak sikit sikit la cas

Gitu kesahnye iye? Ate, tedalah aku nak makan lg kat situ sbb nasi beriani dia pon kadang2 berubah rege sbb bf aku pnah beli lain2 harga n mahal.

Mungkin sbb kedai dia lawa kot thats y la kot mahai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 10:56 AM | Show all posts
nyam..sedap nyer nasi briani power kat batu pahat..harga lupa brape rase mcm x sampai 10 ringgit..tapi puas hati.. kena plak dengan air sirap bandung soda... glurpp
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 06:39 PM | Show all posts
nyam..sedap nyer nasi briani power kat batu pahat..harga lupa brape rase mcm x sampai 10 ringgit..ta ...
seroja11 Post at 23-1-2012 10:56


Sekarang kat kampung dan baru saja menjamu selera di sana semalam tapi di Taman Soga, harga untuk nasi beriani gam daging rm9 dengan portion yang banyak dalam pinggan besar. Ada beli juga acar buah rm3 sepinggan dan rasanya masih sedap sepeti dulu tapi harga naik sedikit, saya pun ambil air bandung ice cream soda tu semalam. Kalau kamu rasakan betul-betul nasi beriani di sini rasanya seakan manis kan, tak tahulah ianya manis gula atau madu aku pun tak tahu. Kamu tahu tak di mana mee racun paling sedap?, kalau ada boleh lah kongsikan di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 08:10 PM | Show all posts
mee racun..apa tu x pernah dengar pon .. agak2 kalo mkn leh koma tak..rasa dia mcm mana leh cite skit...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 08:13 PM | Show all posts
Sekarang kat kampung dan baru saja menjamu selera di sana semalam tapi di Taman Soga, harga untu ...
dr.R Post at 23-1-2012 18:39



    yer ker manis ..saya bedal jerr  tapi suami memang suka nasi briani dia kata memang sedap nasi brani gam kat stu... tapi kalo pergi hari ahad jarang dpt krusi kena tunggu sesape bangun baru leh dpt...ada skali tu nak order nasi briani gam 3 skali dpt 1 jer sbb dah habis yg ada nasi briani biasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 09:56 PM | Show all posts
yep... kt sini pun rm10.. (besut)
cmf_death Post at 16-1-2012 14:27



dah lama x mkn nasi beriani
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 03:11 AM | Show all posts
lama dah tak gi tesco...kedai ni yg ada lot sendiri ke yg guna lot kecik2 kat foodcourt tu..takleh nak recall plak..
tapi ckp psal beriani saya suka beli kat Restoran Hash-Fa-Sha (rsanya eja gini kut) dekat dgn Keluargaku.
ni beriani mamak
Kedai dia betul2 sebarang dgn Pejabat Pos Besar Melaka
Harga kambing atau lembu dalam RM7-8
Kalau bulan puasa, depa ada bukak gerai kat Bazar RAmadhan Peringgit
portion blh tahan sbb hari tu beli tapau penuh polisterin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 09:43 PM | Show all posts
JM Briyani ler tue....
Ada satu cawangan restooren ni kat Tesco Shah Alam...
Tak ar sedap sgt pun....

Baik aku makan nasik briyai kat kopitiam mak jah kat putra heights... RM7.90 jer....sedapppp,nasik penuh satu pinggan
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.177895 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list