|
Harimau Malaya diuji Arab Saudi 24 FebruariHARIMAU Malaya bakal menerima ujian getir apabila menentang bekas juara Asia, Arab Saudi dalam siri persahabatan antarabangsa di Melbourne pada 24 Februari ini dalam usaha menilai prestasi terkini. Perkembangan itu disuarakan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang beranggapan ia turut akan memberi peluang kepada jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee yang bakal terbabit dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik dan bersaing di Liga Singapura, bulan depan. \n\n\n\nSatu lagi perlawanan persahabatan adalah menentang Filipina di Manila pada 29 Februari ini. \n\n\n\n\n“Saya yakin mereka (Arab Saudi) begitu perlukan sekurangkurangnya satu perlawanan persahabatan sebelum mereka bermain dengan Australia (29 Februari) dalam kelayakan Piala Dunia,” katanya.Rajagobal menambah ini masa untuk dia memberi peluang kepada muka baru menyertai pasukan negara dalam dua perlawanan persahabatan ini. “Kalau kita lihat, terdapat enam atau tujuh pemain yang masih lagi bermain untuk pasukan negara (Olimpik).Kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk melihat pemain baru yang dipilih dan kita hanya ada lebih kurang lima hari saja untuk bersiap sedia,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|