CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75|Reply: 0

Pilih satu Olimpik atau Piala Thomas

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usah nanti ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’: Kok KeongBEKAS jaguh perseorangan negara, Foo Kok Keong meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat pilihan - Piala Thomas atau Sukan Olimpik - yang harus difokus dan diberi keutamaan oleh Lee Chong Wei.   Kok Keong berkata, BAM perlu membuat pilihan itu supaya ia tidak terlalu membebankan fizikal dan mental pemain nombor satu dunia itu kerana dibimbangi ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.\n\n\n\n  “Jika diikutkan peluang memenangi Piala Thomas kali ini tipis kerana barisan negara tidak memiliki kekuatan seimbang baik dalam perseorangan atau beregu, sebaliknya kita jelas bergantung harap kepada Chong Wei mengutip mata.\n\n\n\n\n  “Malah, bukan sesuatu yang mustahil andai kita gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau bulan depan. Jadi, saya nasihatkan supaya BAM tidak terlalu membebankan Chong Wei, sebaliknya memilih keutamaan dan tumpuan yang harus difokuskan jaguh itu,” katanya.Kok Keong yang melakar kegemilangan bersama skuad negara memenangi Piala Thomas pada 1992 berpendapat dengan peluang yang tipis dalam saingan piala berprestij itu adalah lebih baik BAM memfokuskan tumpuan kepada Sukan Olimpik, apa lagi Chong Wei menjadi pertaruhan negara menamatkan impian memenangi emas pertama di temasya terulung itu.“Temasya itu hanya tinggal enam bulan lagi dan sepatutnya segenap tumpuan harus dijuruskan bagi menghadapinya. Ketika ini adalah tempoh penting dalam kita merangka strategi terbaik dan mengatasi setiap kelemahan Chong Wei,” katanya.Ketika ditanya mengenai pencabar Chong Wei di London 2012, Kok Keong berpendapat Chen Long adalah pencabar yang harus diberi tumpuan dan bukannya Lin Dan.\n\n\nKok Keong tewas pada pusingan ketiga kepada Ardy Wiranata ketika badminton dipertandingkan sebagai acara pertunjukan di Barcelona 1992.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list