Assalamua'laikum forumer sekalian,
Kepada mereka yang minat dalam bidang videografi, anda boleh mencuba nasib dalam pertandingan ini
yang dianjurkan sempena International Construction Week (ICW) di KLCC pada 14-16 Februari ini. Tema untuk video ini adalah Keselamatan di Tapak Pembinaan. Mohon share link di bawah ni beramai-ramai ye.. Tarikh Tutup Penghantaran Video : sebelum atau pada 31 Januari 2012 (selewat-lewatnya)
Boleh juga tengok link iklan pertandingan ini di Portal Finas
Pertandingan Video Kreatif CIDB 1BINA.my (Pertanyaan Lanjut sila hubungi 03-26987751 - Puan Soleha Azmi)
TEMAVIDEO Keselamatan Di Tapak Binaan GENREVIDEO -Komedi -Animasi -Filem Pendek -Dokumentari -Video Klip -Lain-lain yang bersesuaian dengan tema utama ‘Keselamatandi Tapak Binaan’. FORMATVIDEO -Perlulah dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ dalam bentuk DVDmenggunakan format MPG2/AVI/H.264. DURASI Durasi video tersebut hendaklah tidak lebih dari 5 minit.Butir-butir penyertaan untuk pertandingan ini adalah seperti berikut: TARIKHTAMAT PENGHANTARAN VIDEO 31 Januari 2012 (Selasa) sebelum atau pada jam 5.00 petang di PejabatCIDB e.Construct Services Sdn. Bhd. HADIAH YANG DITAWARKAN Juara : RM3,000 (IPT/Public) & RM2,000 (Sekolah Menengah) Naib Juara : RM1,500 (IPT/Public) & RM1000 (Sekolah Menengah) Tempat Ketiga : RM1,000 (IPT/Public) & RM500 (Sekolah Menengah) TERMA DAN SYARAT -
Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis khas pada hariterakhir ‘e.Construction 12’. Video yang menjuarai pertandingan juga bakaldisiarkan secara eksklusif di Portal CIDB 1BINA.my dan Laman Facebook Rasmi1BINA.my. -
Video-video yang dipertandingkan (setelah disenaraipendek) akan ditayangkan di skrin khas pentas utama e.Construction 12 sepanjangkarnival berlangsung selama 3 hari. Untuk makluman, semua hasil karya yang telahdihantar akan menjadi hakmilik sepenuhnyaCIDB e.Construct Services Sdn. Bhd. |