CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

PROTON pamer aksi memberangsangkan di S-WRC Monte Carlo

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROTON memulakan aksi pertama saingan Kejuaraan Super Rali Dunia (S-WRC) dengan prestasi memberangsangkan apabila menduduki kelompok 10 teratas selepas tamat peringkat khas (SS) pertama daripada empat SS di Rali Monte Carlo, semalam.\rPemandu PROTON, Per Gunnar Andersson yang menggunakan jentera Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan hari pertama itu yang menyaksikan beberapa pemandu kelompok depan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) terpaksa menarik diri kerana pelbagai insiden kemalangan dan kerosakan enjin.\r\n\n\n\n\r      Pemandu Citroen, Sebastien Loeb mengambil alih pendahulu baru selepas Jari-Matti Latvala terpaksa menarik diri kerana jentera Ford yang dipandunya mengalami kemalangan. Loeb berkelebihan lebih seminit di depan pemandu Sepanyol, Dani Sordo yang mengalami kerosakan suspensi jentera Mini yang dipandunya, diikuti Petter Solberg (Ford) dan Sebastien Ogier (Skoda S2000).\r\r\n\n\n\n\n     PROTON turut terbabit dalam insiden kemalangan apabila pemandu dari Itali, Giandomenico Basso gagal meneruskan perlumbaan selepas melanggar tembok sambil Andersson akan memulakan perlumbaan hari kedua dengan kelebihan empat minit di depan pencabar S-WRC, Craig Breen (Ford Fiesta).\r“Jentera sangat menakjubkan sepanjang hari, nyata lebih mantap dan laju berbanding musim lalu, tetapi matlamat ialah memandu dengan berhati-hati supaya dapat menamatkan perlumbaan di Monte Carlo ini,” kata Andersson.\r“Cengkaman tayar penting di permukaan yang basah dan bersalji. Ini bermakna kami perlu lebih berhati-hati ketika memecut dan membrek. Penting untuk berasa selesa dan selamat dengan jentera dan Satria Neo S2000 memberikan saya tahap keyakinan yang diperlukan itu.”\rSementara itu, Ketua PROTON Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood berkata, keupayaan Satria Neo S2000 menamatkan saingan dalam kelompok tiga teratas di kalangan pencabar WRC seperti Citroen, Ford dan Mini, memberi rangsangan hebat buat pasukan dan syarikat pengeluar kereta nasional itu.\r\n\n\n\r“Ada tiga hari lagi untuk bersaing di Rali Monte Carlo ini, tetapi keputusan pada empat SS pertama nyata amat bermakna dalam penampilan sulung PROTON di litar S-WRC. Lebih penting ia memberi petunjuk jelas kami sedang menuju ke arah yang tepat dalam aspek pembangunan jentera Satria Neo S2000,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list