CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

Fragmen: Pop Yeh Yeh patut didokumentasikan

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PADA Jumaat lalu, bermula Konsert 60-an Pop Yeh Yeh diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) dan berlangsung selama tiga hari berakhir semalam. \rIstilah pop yeh yeh ini agak unik namanya. Nama pop yeh yeh adalah istilah dalam bahasa Melayu, mungkin kerana ia membawa aliran muzik pop dan rock n roll tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri muzik keMelayuan.\r\n\n\n\n\rDiperkenalkan sekitar tahun 1964 atau 1965 oleh Allahyarham M Osman dengan lagu Suzana dan Datuk A Rahman Hassan terkenal menerusi lagu Tak Mengapa, kedua-duanya boleh dianggap sebagai pelopor muzik aliran pop yeh yeh.\r\r\n\n\n\n\nAda yang berpendapat nama yeh yeh itu diambil daripada lagu She Love nyanyian kumpulan The Beatles iaitu kumpulan pop rock n roll terkenal dari British. Antara baris lirik lagu itu ialah, She Love You... yeah, yeah, yeah.\rMuzik tahun 60-an tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Memasuki era tahun 70-an, sudah mula masuk pengaruh pelbagai jenis muzik daripada rock, pop, R&B, blues dan disko. \rNamun, pop yeh yeh ada meninggalkan ikon tersendiri. Motosikal skuter, seluar agak singkat atau senteng, bowtie, rambut berjambul depan dengan kaca mata hitam adalah ciri-ciri yang biasa dilihat kepada pemuzik dan penyanyi kumpulan tahun 60-an. \rBerbeza dengan aliran muzik tahun 70-an yang selalunya berambut agak tebal, panjang, mengerbang, seluar beggy (seluar kembang), memakai skaf adalah ciri-ciri umum untuk muzik aliran itu.\r\n\n\n\rMenyaksikan persembahan kumpulan dan penyanyi 60-an di Konsert 60-an Pop Yeh Yeh di IB sebenarnya tidaklah sekadar menghayati lagu-lagu mereka sahaja. Lebih daripada itu, muzik mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada proses evolusi kepada perkembangan industri muzik pada hari ini. \rPenggunaan gitar elektrik sama ada rythm gitar atau bass dan gitar utama sudah menjadi penting berbeza dengan instrumen muzik pada tahun 40-an hingga 50-an yang selalunya menggunakan violin, biola, double bass dan alat tiupan seperti saksofon, trumpet dan  trombone.\rPeralihan muzik yang agak klasik kepada genre rock n roll sudah boleh dikesan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee apabila beliau memperkenalkan lagu Bunyi Gitar dalam filem Tiga Abdul. \rPada hal dalam kebanyakan filem P Ramlee, tidak ada elemen gitar elektrik ini digunakan. Dalam filem Antara Dua Darjat, P Ramlee menggunakan piano, manakala menerusi filem Ibu Mertuaku, saksofon menjadi instrumen muzik yang utama. \rSehingga kini belum ada kajian terperinci secara akademi mengenai proses perubahan dalam industri muzik kita, terutama mengenai kebangkitan muzik pop yeh yeh ini dan pengaruh serta kesannya dalam dunia muzik tempatan sekarang.\rPada tahun 70-an sehingga lewat tahun 80-an, ada beberapa kumpulan muzik komersial yang muncul dengan pendekatakan ala-kombo seperti Carefree, Black Dog Bone, Sweet September, Heavy Machine, Headwind, Gelombang Biru dan D’Atomic Power dari Sabah. Kumpulan ini cuba menampillkan alat muzik tiupan seperti trumpet dan saksofon. Malahan dalam kumpulan Headwind, seorang pemuziknya bermain double bass, sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh mana-mana kumpulan muzik.\rSudah tentu jauh berbeza dengan kumpulan muzik sekarang yang kebanyakannya berasa sudah lengkap dengan ada pemain gitar bass, gitar utama dan rythm serta dram. Manakala pemain keboard atau alatan muzik lain dianggap sebagai sessionist atau pemuzik undangan, yang diperlukan bergantung kepada keadaan. \rWalaupun sudah lebih empat dekad aliran pop yeh yeh ini meninggalkan kita, tetapi muziknya tetap sedar didengar. Memanglah ia agak nostalgia dan klasik. \rNamun, kumpulan rock seperti XPDC dan Kristal menyegarkan semula beberapa lagu daripada zaman pop yeh yeh ini untuk dijadikan versi rock.\rSememangnya mengubah suai menjadi lebih rock tidak sukar kerana asas pada muzik tahun 60-an atau pop yeh yeh ini memang diambil daripada rock n roll juga. \rOleh itu, sudah tiba masanya juga pusat pengajian tinggi baik awam atau swasta cuba membuat kajian dan perbandingan mengenai perkembangan serta pengaruh muzik pop yeh yeh seperti struktur muzik, ikon, kesannya pada budaya dan sosial. \rLebih daripada itu, kita juga boleh dikatakan tidak ada langsung usaha untuk mendokumentasikan pemuzik, penyanyi dan penulis lagu bagi era tahun 60-an. \rKita tidak ada buku atau rujukan mengenai siapakah sebenarnya Kassim Selamat daripada The Swallows yang menyanyikan lagu La Obe, Datuk Jefrydin bersama The Singlap 5, mahu pun Datuk A Rahman Hassan dengan Orkes Nirwananya. Tidak ada. Adakah mereka bukan sebahagian daripada orang seni yang patut juga dicatatkan dalam sejarah budaya dan seni negara?

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.158370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list