CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: bscollection

ORE BESUT..NOK NGAKU JD ORE GANU KO, ORE KELATE???

[Copy link]
Post time 21-10-2012 11:09 PM | Show all posts
Suka tengok banner waktu PIALA MALAYSIA , ' Orang Ganu, Kelantan Pegho'... maksudnya, orang besut ni, orang terengganu yang dijaga oleh kelantan. Apapun, Kelantan ke, Terengganu ke, kita kan adik beradik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 05:35 PM | Show all posts
October 28, 2012 17:57 PM        
Kampus Universiti Jordan Di Besut Beroperasi Sept 2013


BESUT, 28 Okt (Bernama) - Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) sebuah universiti terbesar di Jordan dengan lebih 22,000 penuntut akan membuka kampus cawangannya di Bukit Keluang, Besut pada September tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata universiti tersebut menyatakan persetujuan untuk membuka cawangannya bagi pengajian dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Katanya dengan penubuhan JUST itu, ia akan membuka peluang pembelajaran bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah penduduk di rantau Asia Tenggara.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah meluluskan penggunaan bangunan Kolej Imtiiaz di Bukit Keluang yang sebelum ini dicadang untuk pelajar Imtiaz sebagai kampus universiti berkenaan," katanya selepas merasmikan program Korban Perdana 21 ekor lembu anjuran Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut di sini, Ahad.

Beliau berkata pelajar dari Jordan akan belajar di universiti itu untuk tempoh dua semester, manakala pelajar dari Asia Tenggara termasuk Malaysia pula akan meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat ijazah pertama.

http://www.bernama.com/bernama/state...=705141&cat=tm
-- BERNAMA Last edited by kibbas91 on 28-10-2012 05:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 02:44 AM | Show all posts
Dan_M posted on 5-6-2012 02:25 AM
Reply 49# hafizah66

Jirea-jirea, kenalea-kenalea, saing-saing, woreh waroh ambo oghe Besut (Seti ...
Mungkin bagi orang tranung, marang, dungung, dan kemamang pulok, orang Besut nga Setiu ni anok tiri jah, ker guaner?

Ntah.. dok rajing pun anggap orang Besut nga Setiu ni anok tiri negri tranung.. tp paling dok suka org guna nama republic of besut... plese respect our state memandangkan besut masih dlm negeri trg... bila merdeka?  tak nak ngaku org  tranung pun dakpe tapi tak payah guna nama besut tu.. guna nama republic lain deh..  hihi.. maaf kalo saya terkasar bahasa. saya tak ada masalah bergaul dengan orang besut, setiu, kelantan.. ada juga sedara mara dan kawan2 saya tinggal di sana... tapi bg mereka org besut, setiu tetap orang tranung.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 08:39 AM | Show all posts
ade sumber kate..(tok sohih la sumber nih)

Besut jatuh ke terengganu sbb raja kelantan kalah dalam pertandingan laga ayam...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:02 AM | Show all posts
little_buzz posted on 6-6-2012 04:00 PM
we are the republic..berkecuali nie...The republic of Besut...

Terbaik......
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 10:02 AM | Show all posts
IRZeeBuk posted on 29-10-2012 08:39 AM
ade sumber kate..(tok sohih la sumber nih)

Besut jatuh ke terengganu sbb raja kelantan kalah dala ...

benar sekali puan hamba....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2012 10:05 AM | Show all posts
kirawang posted on 24-7-2012 08:33 AM
Topic ni menarik..
Saya pernah tanya mereka mereka isi petrol kat station sempadan Terengganu Kelan ...

nanti selepas kelate merdeka.....dapat balik royalti minyak...kemakmuran berpanjangan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 11:37 AM | Show all posts
IRZeeBuk posted on 29-10-2012 08:39 AM
ade sumber kate..(tok sohih la sumber nih)

Besut jatuh ke terengganu sbb raja kelantan kalah dala ...

odo sungguh r@ja-r@ja zaman dulu, tanah besar tu boleh main beri jee.. huhu...

Pernah dengar tak peribahasa 'kalah jadi abu, menang jadi arang'. Sebenarnya peribahasa tu kaitannya dengan kesultanan terengganu dan kelantan. Ia ada diceritakan dalam buku sejarah darul iman, walau faktanya mungkin tak tepat sebab bukan dari sumber prmier tapi boleh bagi hint yang pertempuran ini memang pernah berlaku.

Ada 7 buah kapal dagang dari Indonesia datang mencabar sultan mansur beradu lawan ayam. Pertaruhan, kalau sultan menang akan dapat 7 buah kapal tu, kalau pedagang tu menang mereka akan dapat separuh negeri terengganu dari kuala terengganu ke kemaman. sultan Mansur setuju, sebab walaupun dia sultan terengganu, tapi baginda hidup lama di kepulauan Riau, dan tidak ada rasa ikatan dengan negeri terengganu

Bila berlawan, sultan mansur hampir kalah. Jadi Long Senik (sultan kelantan 1st ?? betulkan saya) yang masa tu belum jadi sultan bawa 17 pendekar kelantan buat-buat mengamuk di kuala terengganu sebab nak timbulkan kekacauan jadi pertandingan tu akan terbatal atau ditangguhkan, sebab sudah tentu ayam sultan terengganu akan kalah. JAdi akhirnya pertandingan itu dibatalkan, ayam tu terbang tinggi hinggap pada kapal kesemua kapal tu terbakar menjadi abu, dan lepas tu hinggap pula pada istana sultan terengganu dan terbakar jadi arang.

Long Senik dan sultan mansur akhirnya mnjadi sahabat baik sebab mengenangkan jasa baginda long senik berpura-pura mengamuk di kuala terengganu dan membatalkan pertandingan laga ayam tadi, kalau tak dah hilang separuh negeri terengganu, balasannya baginda terengganu mengiktiraf ketuanan Long Senik keatas negeri kelantan, itu bermulanya lineage kesultanan kelantan moden sekarang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 01:46 PM | Show all posts
kalo dr sejarah yg ditulis di MDD, Dungun penduduk dia ramai berasal dr Riau.

ambe lahir di Jerteh, Terengganu.

membesar di pelbagai daerah: Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Marang n Kuala Terengganu.  Kemaman je famili ambe dok pernoh menetap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041570 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list