|
Sempena Maulidur Rasul (Dengar - Muhammad Al-Ameen full studio pg #2)
[Copy link]
|
|
errr...hantu???tudung???ada kaitan ek hantu dan tudung?ka ada hantu yg pakai tudung?: ...
far_072 Post at 8-2-2012 11:19 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sowie..salah masuk benang..tata |
|
|
|
|
|
|
|
siti comel... dia pakai tudung tu nampak mcm ala2 nora danish lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Ketika cinta tu.. ang xtau la.. siti mmg saja atau dia silap masuk.. yg sebelum bagai menari di ...
ang Post at 6-2-2012 18:01 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Part selepas haaaa haaaaa "Melebur menjadi satu" sepatutnya Siti tak payah nyanyi, hanya korus terakhir je baru SIti nyanyi. Tapi ct tersilap nyanyi tu pasal die terlupa lirik untuk masuk ke bridge seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik berdoa utk org berbuat baik dan menasihati secara baik juga
daripada bwt dosa mngumpat, mengata etc
mengherdik salah org yg dikatakan berdosa tp ibarat ckp depan cermin terkutuk diri sendiri
hewhew
harap2 satu hari Siti akan pakai tudung sepenuhnya....
amin~ |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu kerohanian bukan trend
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar ihsan SITI NURHALIZA PRODUCTIONS & SHAHRIL AZMAN ZAIN
BAGI Siti Nurhaliza, melahirkan album kerohanian bukanlah satu trend sebaliknya salah satu cabang dakwah.
SELAMA hampir 17 tahun menjadi seorang penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza telah membuktikan kehebatannya menerusi lagu-lagu pop dan tradisional.
Namun kata Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti ini, biarpun lagu-lagu dari genre itu ada kekuatan sendiri, ia tetap tidak boleh menandingi cabaran untuk merakamkan lagu-lagu dakwah dan kerohanian.
Walaupun sudah merakamkan sebuah album kerohanian berjudul Tahajjud Cinta sekitar dua tahun lalu, bagi Siti dia cukup merindui untuk mengalunkan semula lagu-lagu bercorak sedemikian.
Seandainya diberi peluang untuk tampil dengan album seperti itu, Siti mahu memberikan hasil yang terbaik serta memperbaiki segala kelemahan terutama aspek lenggok nyanyian.
“Apabila menyanyikan lagu-lagu kerohanian, ia amat berbeza dengan lagu pop mahupun tradisional. Emosinya perlu lebih mendalam kerana apa yang dinyanyikan itu adalah memuji kebesaran Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
“Jika lagu pop dan tradisional, saya boleh katakan mudah kerana apa yang perlu kita lakukan hanyalah menggunakan imaginasi dan bayangan selain meletakkan diri kita dalam lagu itu.
“Tetapi ia amat berbeza dengan lagu-lagu dakwah dan kerohanian. Ia lebih kepada penghayatan dan cara kita mengalunkan lagu itu yang datangnya daripada hati yang tulus untuk mendapatkan hasil terbaik,” jelas Siti sewaktu dihubungi S3, baru-baru ini.
Apabila memperkatakan lagu-lagu kerohanian, Siti antara penyanyi yang bukanlah asing dalam genre itu. Malah, sebelum kelahiran album Tahajjud Cinta lagi, Siti sering menjadi penyanyi jemputan untuk konsert Islamik mahupun persembahan yang memerlukannya menyanyikan lagu sedemikian.
Biarpun sudah ada pengalaman, tetapi kata Siti merakamkan album Tahajjud Cinta merupakan antara pengalaman terindah sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.
Apatah lagi perlu mengalunkan lagu-lagu memuji kebesaran Yang Maha Esa dan Rasulullah, Siti mengakui cabarannya bukan kecil-kecil anak.
“Apabila melagukan bahasa Arab, kita perlu pastikan lenggok dan sebutannya betul agar maksudnya tidak lari. Kalau diperhatikan secara luaran, untuk berdakwah dengan cara nyanyian memang dilihat mudah.
“Tetapi kalau tidak kena gayanya, maka maksud yang hendak disampaikan itu tidak akan menjadi. Atas alasan itu, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati.
“Mujurlah Salleh dari kumpulan Brothers banyak membantu saya untuk menyanyikan dengan cara yang betul,” cerita Siti tentang album yang turut memuatkan lagu popular, Ku Percaya Ada Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Habsah Hassan itu lagi.
Sempat juga penghibur berusia 33 tahun ini ditanya lagu kegemarannya dalam album itu dan tanpa berfikir panjang, Siti memilih Asma Al-Husna sebagai pilihannya.
Kata Siti, mungkin untuk sesetengah orang agak sukar untuk menghafal 99 nama Allah itu dengan cara konvensional.
Tetapi apabila ia dilagukan dan didengar berulang-kali, tidak mustahil ia mudah menjadi halwa telinga sekali gus melekat di minda.
Malah ujar Siti lagi, Asma Al-Husna nyanyiannya itu juga menjadi lagu kegemaran suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sehinggakan ia menjadi trek wajib di dalam kereta.
Antara lagu lain yang menjadi perhatian termasuklah Ya Rasulullah, Tahajjud Cinta, Pintu Rindu, Batas Asaku dan Ketika Cinta.
Dalam masa yang sama juga, Siti dengan penuh hemah menolak tanggapan segelintir pihak yang mengatakan album kerohanian dilahirkan hanya sekadar mengikut trend seperti di Indonesia.
“Bagi saya lagu-lagu kerohanian merupakan satu cabang dakwah yang bukan dilahirkan atas aspek komersial semata-mata.
“Tetapi ia adalah untuk kita sesama saudara Islam mengingati antara satu sama lain. Saya merakamkan lagu-lagu ini kerana ia adalah salah satu dakwah saya kepada masyarakat.
“Saya mahu menggunakan bakat kurniaan Allah ini untuk berkongsi dengan masyarakat ke jalan yang lebih positif,” jelas pemenang trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh diplomasi.
Biarpun sudah dua tahun Tahajjud Cinta dipasarkan, ternyata keinginan Siti untuk merakamkan lagu-lagu kerohanian tidak pernah padam.
Malah kalau diberi kesempatan dan peluang sekali lagi, dia mahu menampilkan lagu-lagu yang lebih indah selain menyelitkan zikir-zikir mudah.
Keterujaan Siti untuk merakamkan kembali lagu-lagu kerohanian memang terpancar jelas daripada butir bicaranya lebih-lebih lagi selepas berkunjung ke Maghribi dan Dubai sempena hari lahirnya yang ke-33, baru-baru ini.
“Saya memang sukakan irama Timur Tengah yang bagi saya cukup unik dan lain daripada yang lain. Ia begitu mengasyikkan dan mempesonakan. Untuk itu, jika saya mahu merakamkan album kerohanian kedua saya selepas ini, saya mahukan bunyi seperti itu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi sebagai penyanyi lagu-lagu kerohanian, Siti telah pun berpadu suara bersama kumpulan nasyid terkenal, Rabbani menerusi lagu Muhammad Al-Ameen.
Lagu itu telah diperdengarkan kepada khalayak sewaktu Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al-Ameen yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu hujung minggu lalu sempena sambutan Maulidur Rasul.
Untuk percubaan pertama berduet dengan Rabbani, Siti menyifatkan ia berhasil lebih-lebih lagi dengan bantuan ahli anggota kumpulan untuknya menghayati setiap bait lirik lagu tersebut.
“Bukan hanya Rabbani tetapi saya juga mendapat tunjuk ajar daripada pencipta lagu dan lirik lagu itu, Ustaz Sohibul Sabikin bagi mendapatkan mood terbaik.
“Apa yang saya harapkan kolaborasi pertama kami ini akan terus mendapat respons yang baik daripada pendengar dan peminat. Insya Allah, siapa tahu, akan lebih banyak kerjasama daripada kami selepas ini,” kata Siti yang sudah beberapa kali bekerjasama dengan kumpulan itu dalam konsert serupa sebelum ini.
---
datuk k paling minat lagu asmaul husna uolss.. kagum i.. tetiberrss |
|
|
|
|
|
|
|
cptler rilis muhammad al-ameen...best plak lagu ni...![](static/image/smiley/default/sad.gif)
jgnlah dibuang cam lagu Suara Sepi & Hanya Semalam |
|
|
|
|
|
|
|
sempena maulidur rasul minggu depan, jom dgr lagu ni...
nak dgr lagu versi studio sepenuhnya cari "al -ameen" di radioctm youtube... |
|
|
|
|
|
|
| |
|