CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 11

Bandar Maharani Diisytihar Sebagai Bandar Diraja

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:11 PM | Show all posts |Read mode
MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.
Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).

“Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan,” titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul. Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Menurut baginda, walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui internet kerana ia belum tentu benar.

Sultan Johor berpesan agar masyarakat Islam sentiasa mengamalkan hidup berlandaskan Islam dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan mengamalkan suruhannya supaya mereka menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan negeri akan merancang pembangunan di bandar diraja itu sesuai dengan statusnya sekarang.

“Ke bawah Duli Tuanku sering berangkat mencemar duli ke bandar ini kerana keindahannya yang terletak di muara Sungai Muar dan mempunyai bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1920-an,” katanya.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin setempat bagi mengkaji bentuk pambangunan yang akan dilaksanakan di bandar ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jorak, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh berharap kerajaan negeri memastikan tanah kerajaan di bandar ini dijadikan rizab tertentu bagi diseimbangkan dengan pembangunannya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2012 08:34 PM | Show all posts
sebelum ni............x de ek...?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 08:41 PM | Show all posts
idop muor... dan muor76 heheheheehee
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:15 AM | Show all posts
terbaek..err apa keistimewaannya kalau jadik bandar diraja?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:37 AM | Show all posts
Kalau negeri lain, bandar diraja biasanya  bermaksud sultan bersemayam di situ macam Arau, Perlis; Kuala Kangsar, Perak; Kelang, Selangor (tapi sekarang ni SUltan Selangor bersemayam di Shah Alam, jadi camne status Kelang?)

Adakah ini bermakna Sultan Ibrahim akan bersemayam di Muor?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:54 AM | Show all posts
Kalau negeri lain, bandar diraja biasanya  bermaksud sultan bersemayam di situ macam Arau, Perlis; K ...
alphawolf Post at 6-2-2012 09:37


sultan nak bersemayam kat muor?
huhuhu patutlah kedai2 kain kat depan istana tu semuanya kena punggah..menghalang pandangan katanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2012 11:34 PM | Show all posts
Tahniah orang Muor...sejak dah ada highway sudah tak lalu kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 10:38 AM | Show all posts
muo terbaeekkk....... baru mkn mee bandung muo mlm kelmarin kt bus stand pagoh... ngan sup kambing kt mamak jln sisi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 11:16 AM | Show all posts
tumpang gembira
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:44 PM | Show all posts
wah dah naik taraf bandor Muor rupanya, tahniah utk diriku yg menjadi anak jati muor
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 11:53 PM | Show all posts
tahniah untuk warga muar.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 03:34 PM | Show all posts
alhamdulilah...tahniah akhirnya muor bandar kelahiran dan kebangaanku menjadi bandar diraja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.112178 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list