CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Buruh Indonesia tuntut naik gaji

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Sejak bertahun-tahun lamanya, beberapa firma terkenal dunia memperoleh keuntungan besar daripada kilang di Indonesia, dengan membayar pekerja gaji yang lebih rendah berbanding buruh di China dan India.\rBagaimanapun kesedaran dikalangan pekerja mendorong mereka melancarkan mogok industri di seluruh negara bagi menuntut gaji dan faedah lebih baik.\r\n\n\n\n\rTerbaru,  lebih 20,000 pekerja kilang pengeluaran di Bekasi, meninggalkan kerja masing-masing bagi melancarkan mogok,  27 Januari lalu dalam usaha mendapatkan bayaran lebih baik berbanding pekerja di China atau India.\r\r\n\n\n\n\n“Kami tiada pilihan selain menghentikan semuanya dan menghalang jalan raya. \rKami bersedia bertemu kerajaan tempatan dan pihak berkuasa tetapi tiada siapa mendengar suara kami. Kami tidak boleh meneruskan kehidupan dengan gaji ini,” kata seorang pekerjam Sarjo Suragil, 37.\rMenuntut kenaikan gaji minimum, pekerja di Bekasi menghalang jalan tol ke Jakarta, menyebabkan kesesakan selama 10 jam.\rKetika tindakan itu merebak ke seluruh negara dengan jumlah penduduk 240 juta itu, pekerja menyedari   semakin banyak gangguan ditimbulkan, semakin tinggi peluang untuk suara mereka didengar.\rKilang di zon Bekasi mengeluarkan produk untuk kereta, elektronik dan firma fesyen, menghasilkan barangan bernilai AS$4.5 bilion (RM13.5 bilion) setahun, menurut perangkaan kerajaan.\rPekerja di Bekasi berang selepas mahkamah membatalkan kenaikan gaji minimum daripada 1.29 juta rupiah (RM430) sebulan kepada 1.49 juta rupiah (RM496).\rSelepas pekerja melancarkan bantahan, gabenor mengumumkan semula kenaikan gaji itu pada malam sama.\rKerajaan, yang meraikan rekod pelaburan asing sebanyak AS$20 bilion (RM60 bilion) tahun lalu, berusaha mencegah mogok industri yang boleh menakutkan pelabur.\rPersatuan Majikan Indonesia berkata kenaikan gaji juga boleh membuatkan pelabur beralih arah.\r“Jika gaji naik cepat, pelabur asing dalam beberapa industri mungkin mula mencari tempat lain,” kata setiausaha agung persatuan itu, Franky Sibarani.\rJawa Barat adalah wilayah kelapan yang  menyaksikan pekerja memperoleh kenaikan gaji lebih 14 peratus beberapa bulan lalu, dan mereka di wilayah lain merancang tindakan serupa.\rPenganalisis berkata pekerja digerakkan dengan kejayaan mogok tiga bulan di lombong emas dan tembaga gergasi syarikat Amerika Syarikat, Freeport yang berakhir Disember lalu, dengan 37 peratus kenaikan gaji.\rIa adalah mogok paling lama dalam sejarah moden Indonesia.\r“Selepas kes Freeport, pekerja sekitar Jakarta dan Jawa Barat mula melihat apa yang berlaku di sana dan berasa mungkin mereka juga boleh mendapatkan kenaikan gaji,” kata Chris Manning dari Universiti Kebangsaan Australian.\rDalam satu kes bulan lalu, kilang yang mengeluarkan kasut Nike bersetuju dengan tuntutan beribu pekerjanya dan membelanjakan AS$1 juta (RM3 juta) membuat bayaran kerja lebih masa. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.146856 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list