CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2681|Reply: 4

Rumah diganggu makhluk halus jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 9-2-2012 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Tak sure ade ke tak cerita ni, sebab aku terkejut juga bace berita dari malaysiakini,, rupenye copy pasted dari bernama

so guys, apa cerite ni.. aku tengok dalam ni tak de..ade sesape yang tau? share la..
Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat Kota Bharu sejak seminggu lepas, terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.

Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.

Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja-kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab.

Zainab berkata gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.

"Kira-kira pukul 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan “Selamat Tinggal Semua” dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu," katanya kepada pemberita.

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu.

“Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan mendendam keluarga kami,” kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lepas.

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh.

Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara pukul 7 pagi hingga malam pada setiap hari.

"Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula.

"Kami sudah membaca ayat Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 12:02 PM | Show all posts
Gangguan secara fizikal yang teruk nih..habis harta benda. Ingat makhluk halus aka jin ni tak bole sentuh2 fizikal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 03:33 PM | Show all posts
uish..siap tulih kat duit lagiiikk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 04:09 PM | Show all posts
kenapa laa kes2 hot nihh banyak area2 sane.... tak utara mesti pantai timur.... lepas tuhh panggil bomoh.... prfffttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 07:30 PM | Show all posts
Ada yg mengirim ar tu... Sebab biasanya jenis yg tak bertuan ni takkan kacau org... Takpun ada ahli keluarga makcik ni yg tak sengaja terganggu makhluk nih... Kekadang kita tak sedar kita dah langgar kawasan diorang nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055792 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list