CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Projek RM64 bilion bakal diagih

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEKTOR pembinaan tempatan bakal menerima manfaat besar apabila beberapa kontrak projek mega yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM64 bilion dijangka diagihkan sepanjang tahun ini.\rSelain kontrak bagi projek MyRapid Transit (MRT) Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang bernilai RM20 bilion serta projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) sepanjang 316 kilometer dari Banting ke Taiping bernilai RM7 bilion, kontraktor tempatan juga boleh menjangkakan pengagihan kontrak berkaitan projek landasan berkembar elektrik (EDT) dari Gemas ke Johor Bahru bernilai RM7 bilion.\r\n\n\n\n\rKontrak bagi pembangunan projek Koridor Sarawak Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bernilai RM30 bilion juga dijangka diagihkan tahun ini.\r\r\n\n\n\n\nBagi projek MRT Lembah Klang, pemilik dan pengendali projek berkenaan, iaitu MRT Co setakat ini menganugerahkan dua daripada lapan pakej kerja sivil  RM1.74 bilion kepada IJM Corporation Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd.\rMRT Co sudah mengesahkan 90 lagi kontrak membabitkan enam pakej pembinaan akan diagihkan sebelum pertengahan tahun ini bagi memastikan aliran MRT Sungai Buloh ke Kajang itu dapat disiapkan menjelang Julai 2017.\rProjek WCE menanti perjanjian konsesi antara anak syarikat 64 peratus milik Kumpulan Europlus Bhd (KEuro), West Coast Expressway Sdn Bhd dengan Kementerian Kerja Raya dimuktamadkan.\rKerja sivil projek itu yang akan dilaksanakan menggunakan model bina-kendali pindah dengan tempoh konsesi selama 60 tahun dijadual bermula akhir bulan ini dan kontraknya dijangka mula diagih pada separuh kedua tahun ini.\r\n\n\n\rSementara itu, dua perunding projek EDT Gemas ke Johor Bahru telah dilantik manakala tender bagi melaksanakan projek berkenaan dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.\rProjek EDT Gemas yang juga bahagian terakhir landasan berkembar elektrik utara ke selatan Semenanjung Malaysia dijadual dimulakan awal tahun tahun ini.\rDi SARAWAK, beberapa kontrak membabitkan kerja pembinaan infrastruktur, jalan luar bandar, stesen jana kuasa dan empangan dijangka diagihkan dalam suku akan datang khususnya apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk membiayai pembangunan pelabuhan laut dalam Samalaju di Bintulu.\rPenganalisis OSK Research, Kong Heng Siong, berkata kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan beberapa projek pembinaan mega yang bernilai berbilion ringgit bagi mewujudkan persekitaran baik di tengah-tengah kelembapan ekonomi global serta menjelangnya pilihan raya umum ke-13.\rMengenai syarikat yang berpotensi dilantik kontraktor utama kontrak mega itu, beliau berkata TRC Energy dan IJM Bhd mempunyai kedudukan kukuh untuk mendapatkan baki pakej pembinaan MRT manakala konsortium Gamuda-MMC berpeluang cerah memenangi pakej kerja pembinaan terowong yang dianggarkan RM8 bilion.\r“Kami juga melihat IJM Bhd berada dalam kedudukan kukuh untuk meraih sekurang-kurangnya separuh daripada kontrak pembinaan WCE berikutan hubungan rapatnya dengan KEuro manakala syarikat tempatan seperti Mudajaya Bhd mungkin berpeluang cerah mendapatkan sebahagian kecil projek itu,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list