CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Semua projek MRT diagih tahun ini

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MRT Corp, pemilik dan pengendali My Rapid Transit (MRT) Lembah Klang, akan mengagihkan kontrak semua 90 pakej pembinaan projek itu menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkannya beroperasi pada pertengahan 2017 seperti dijadualkan.\rSyarikat milik kerajaan itu dijangka mengumumkan anggaran kos projek pengangkutan mega bagi laluan Sungai Buloh ke Kajang dalam tempoh terdekat ini.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, kos keseluruhan sebenarnya hanya akan diketahui selepas semua kontrak bagi pakej kerja pembinaannya diagihkan kepada kontraktor yang layak.\r\r\n\n\n\n\nSebelum ini, penganalisis menganggarkan projek itu akan membabitkan kos antara RM35 bilion hingga RM50 bilion.\rBagi memastikan projek MRT itu dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan dengan kos yang disasarkan, MRT Corp semalam memuktamadkan pelantikan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd sebagai rakan pelaksana projek (PDP).\rPelantikan konsortium MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd itu sebagai PDP bagi membolehkan projek terbabit dilaksanakan secara cekap mengikut fasa yang ditetapkan tanpa memerlukan pembabitan kontraktor ‘turnkey’ yang biasanya menggunakan model reka bentuk dan bina.\rKetua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata pelantikan PDP adalah mustahak memandangkan pelaksanaan projek MRT yang bersaiz besar dan rumit itu mempunyai banyak risiko seperti penangguhan serta kos berlebihan.\r\n\n\n\r“Melantik kontraktor ‘turnkey’ untuk membina projek MRT boleh menelan belanja yang besar jika terdapat perbezaan dari segi perancangan atau kos. Model ini PDP akan menghalang ini daripada berlaku,” katanya pada pengumuman pelantikan konsortium MMC Gamuda KVMRT sebagai PDP projek MRT di Putrajaya, semalam.\rPada majlis itu, MRT Corp turut mengumumkan pelantikan HSS Integrated Sdn Bhd dan SNC-Lavalin (Malaysia) Sdn Bhd sebagai Jurutera Pemeriksa Bebas (ICE) projek MRT.\rMRT Corp kemudian memeterai Ikrar Integriti Korporat bersama HSS Integrated Sdn Bhd dan SNC-Lavalin dan Pakatan Integriti bersama MMC Gamuda KVMRT yang disaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan semua pihak memegang prinsip perniagaan yang bersih.\rPerjanjian berkenaan disaksikan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.\rMengulas lanjut peranan PDP, Azhar berkata konsortium berkenaan akan menerima yuran pengurusan sebanyak enam peratus daripada kos keseluruhan projek MRT apabila ia disiapkan kelak.\r“Jika kos akhir projek MRT kurang atau menyamai kos yang disasarkan, PDP berhak mendapatkan nilai penuh yuran pengurusan itu, namun jika ia lebih daripada disasarkan, yurannya akan dikurangkan mengikut formula dipersetujui,” katanya.\rPDP itu juga, katanya boleh menebus semula perbelanjaan kecemasan tambahan dengan jumlah maksimum RM2.8 bilion jika ada keperluan berbuat demikian sepanjang tempoh pembinaan projek MRT.\r“Kami komited untuk melindungi kepentingan awam dan sasaran syarikat adalah untuk mengambil risiko dari segi masa dan kos projek ini. Kami yakin PDP yang dilantik mampu melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepakaran serta pengalaman teknikal mereka melaksanakan beberapa projek kejuruteraan mencabar di negara ini,” katanya.\rMengenai pembiayaan projek itu, Azhar berkata ia sudah dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan, namun maklumat lanjut mengenainya hanya boleh diberitahu oleh anak syarikat milik penuh kementerian itu, Dana Infra.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041326 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list