CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia mampu meningkat semula

[Copy link]
Post time 15-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Data tinjauan menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini alami pusingan  lebih baikJIKA ramalan Bank Dunia tepat,  2012 akan menjadi tahun kedua ekonomi global mengalami pertumbuhan paling perlahan dalam dekad ini, iaitu pada tahap sama ketika kemelesetan ekonomi dunia seperti krisis kewangan 2008/2009, sekali gus rantau Asia tidak terkecuali menerima kesannya.  \n\n\n\n  Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pertumbuhan ekonomi China dijangka bertumbuh pada kadar yang amat perlahan pada separuh kedua tahun ini jika masalah kewangan di Eropah menjadi lebih teruk.\n\n\n\n\n\n  Ia secara tidak langsung memberikan berita suram memandangkan peranan China sebagai negara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global berbanding mana-mana ekonomi lain.Kira-kira 600 ahli ekonomi terbaik sektor swasta dunia yang ditemubual  berkata, momentum pertumbuhan global kini makin pudar, bersama-sama unjuran pertumbuhan kukuh yang disasarkan bagi rantau Asia.Jadi, mengapa pelabur begitu tertarik sangat membeli ekuiti di ekonomi baru muncul di Asia (pasaran saham selain Jepun) yang mengalami pertumbuhan kukuh pada bulan lalu sejak 2001. Adakah ia untuk menikmati satu daripada 10 pulangan bulanan paling menguntungkan dalam tempoh satu dekad?“Secara ringkasnya, kebanyakan ekonomi Asia disifatkan sebagai destinasi pelaburan paling menarik kini,” jelas Pengarah Ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun) Credit Suisse di Singapura, Robert Prior-Wandesforde.\n\n\n“Data tinjauan jelas menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini mengalami pusingan yang lebih baik, hasil perangkaan eksport dan data industri di Asia yang makin meningkat tidak lama lagi,” katanya.“Sejarah menunjukkan campuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan inflasi sentiasa berkait rapat dengan menghasilkan peningkatan prestasi dalam pasaran saham.“Inilah (keadaan semasa) yang berlaku sekarang,” kata Prior-Wandesforde.Destinasi pelaburan yang baik atau tidak, faktor negatif luaran berpunca daripada permintaan yang semakin kurang susulan masalah hutang Kesatuan Eropah (EU). Selain daripada penurunan kadar perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat (AS), pelabur dilihat tetap percaya dengan pertumbuhan ekonomi di Asia.Bahan asas, tenaga dan perindustrian adalah antara sektor ekonomi utama yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada Januari lalu – semuanya meraih peningkatan hampir 15 peratus, demikian menurut perangkaan indeks sektor Thomson Reuters bagi Asia Pasifik (kecuali Jepun), dan sektor berkenaan terus menjadi taruhan terbaik pada bulan Februari.Sektor utama itu juga turut disertai beberapa sektor lain seperti teknologi, iaitu salah satu sektor kitaran paling sensitif di Asia.Sektor bukan kitaran yang berbentuk bertahan dan utiliti, adalah dua sektor ekonomi yang mencatatkan prestasi buruk antara 10 sektor utama di bawah indeks berkenaan.Rali ekuiti di Asia dilihat wajar berlaku, khususnya bersandarkan faktor kejatuhan sebanyak 18 peratus yang dialami pasaran di rantau ini tahun lalu.Dua pertiga daripada kejatuhannya itu sudah pun pulih hanya dalam tempoh tujuh minggu, manakala aktiviti belian dikalangan pelabur asing di saham Asia, khususnya dalam enam pasaran utama di rantau ini, yang dipantau firma penyelidikan Nomura, mencatatkan sejumlah AS$15.4 bilion bagi tempoh awal tahun hingga kini, iaitu lebih daripada jumlah AS$14.1 bilion nilai saham yang dijual mereka tahun lalu.Penganalisis UBS berkata, sejak akhir tahun lalu, pelabur dilihat mengendahkan risiko pelaburan walaupun penilaian ke atas saham pasaran global ekonomi baru muncul dinilaikan rendah tujuh peratus, kali pertama sejak 20 tahun lalu.Ketua Strategi Ekuiti Global Firma Pembrokeran yang berpangkalan di Hong Kong, Jefferies, menyatakan sikap hati-hatinya terhadap kitaran lantunan semula yang berlaku berdasarkan kepada skala menghindar risiko.“Kini, kedudukan pasaran di Asia dan pasaran baru muncul amat lemah. Lantunan semula yang berlaku itu adalah sebahagian besarnya berpunca daripada kemasukan dana bagi menyokong semula paras kedudukan pasaran kembali ke tahap neutral sebaik mungkin,” kata Darby. – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.321551 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list