View: 129|Reply: 0
|
Jepun, China promosi tukaran yen-yuan
[Copy link]
|
|
CHINA dan Jepun akan memulakan usaha mempromosikan pertukaran langsung mata wang kedua-dua negara itu pada bulan ini berikutan aktiviti perdagangan semakin berkembang, lapor akhbar Nikkei semalam.\rSebahagian besar perdagangan antara ekonomi kedua dan ketiga terbesar di dunia itu diselesaikan dalam dolar Amerika Syarikat, berdasarkan peraturan kewangan dan adat pasaran.\r\n\n\n\n\r Namun, pertukaran langsung antara yen dan yuan yang lebih banyak akan mengurangkan risiko mata wang serta kos penyelesaian dagangan. Kedua-dua kerajaan bersetuju pada Disember lalu untuk mengambil langkah memudahkan urusan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Nikkei berkata, satu jawatankuasa kerja dua hala akan melihat kepada kaedah menggalakkan pelaburan dalam sistem perbankan, meningkatkan bilangan peniaga tukaran asing serta mengkaji undang-undang dan menimbang untuk menubuhkan pusat dagangan luar pesisir yuan dalam pasaran tukaran mata wang di Tokyo.\rMenteri Kewangan Jepun, Jun Azumi akan melawat China hujung minggu ini, untuk berbincang mengenai kerjasama kewangan dua hala dan krisis hutang Eropah. \rChina sudah menjadi destinasi eksport terbesar Jepun dan rakan dagangan utama, mengatasi United Kingdom.\rKelonggaran secara beransur-ansur mengenai penggunaan yuan dalam urus niaga antarabangsa sudah membawa kepada peningkatan perdagangan China yang kini diselesaikan dalam yuan.\r\n\n\n\rNegara lain termasuk UK, Singapura dan Taipei yang juga mencari bahagian dalam perniagaan luar pesisir yuan yang semakin meningkat, manakala pihak berkuasa China tampil dengan satu siri inisiatif bagi mengantarabangsakan mata wangnya.\rJawatankuasa berkenaan yang bakal bertemu buat kali pertama di China, akan turut dihadiri pegawai daripada Kementerian Kewangan Jepun, Agensi Perkhidmatan Kewangan, Bank of Japan serta Bank Pusat China, menurut akhbar berkenaan. – REUTERS.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|