CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

Malaysia hab Nissan pasang enjin teknologi hijau

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) akan mengadakan rundingan rasmi dengan Nissan Motor Co. Ltd Jepun bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan dan pengeluaran enjin dan kenderaan Nissan yang berkonsepkan teknologi hijau di Asia Tenggara.\rPengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng, berkata rundingan itu akan dimulakan jika semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang akan diumumkan kerajaan dalam tempoh dua bulan ini, menghasilkan dasar serta insentif yang jelas serta konsisten berhubung aspek dan insentif yang akan diperoleh pemasang dan pengeluar enjin dan kenderaan jenis itu di Malaysia.\r\n\n\n\n\r  “Pemasangan dan pengeluaran teknologi jenis itu memerlukan modal yang amat besar. Justeru, sebarang keputusan (dari Nissan Motor) untuk menjadikan sesebuah negara di rantau ini sebagai hab pengeluarannya akan dibuat bersandarkan kepada polisi yang jelas dan konsisten untuk jangka panjang.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami akan menunggu maklumat lengkap mengenai dasar kerajaan dalam NAP sebelum memulakan rundingan rasmi dengan mengemukakan cadangan kepada mereka untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran enjin dan kereta berteknologi hijau Nissan di rantau ini. \r“Sebagai pemasang dan pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia, kami tidak mahu negara ini sekali lagi ketinggalan kepada Thailand dan Indonesia, khususnya dari segi persaingan untuk muncul sebagai negara pertama di rantau ini memiliki kemudahan berteknologi tinggi itu,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan media sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur semalam.\rNissan kini menjadikan Thailand sebagai hab pemasangan dan pengeluaran kenderaan untuk rangkaian model pick-upnya di rantau ini berikutan dasar dan insentif menarik   ditawarkan. \rBerikutan wujudnya prospek tinggi yang memperlihatkan peningkatan sambutan terhadap kereta berkonsepkan enjin hijau dan menjimatkan di Asia Tenggara, Nissan Motor kini sedang meninjau menempatkan operasi pemasangan dan pengeluaran teknologi enjinnya dan keretanya sama ada di Thailand, Indonesia atau Malaysia.\r\n\n\n\rAng berkata, peluang kini terbuka luas untuk Malaysia kembali semula ke landasan sebenar, khususnya dari segi mentransformasikan industri automotif tempatan yang kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara, mampu berdiri sama tinggi dengan industri automotif Thailand dan Indonesia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list