COPY PASTE: SEMUA DI JEMPUT HADIR!!! Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat. Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013. Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012 Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung. Pameran Pendidikan Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency. Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri. Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain. lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. |