CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16536|Reply: 3

Peraturan FORUM CARI dan BOD MELAKA ~ Sila baca !

 Close [Copy link]
Post time 29-2-2012 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 1-3-2012 10:31


Anyone who visits this board please take note!



Rules of CARI FORUM as per described by ADMIN are as follows:



1) Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:


Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung.


Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini.


Perkara yang mengenai jual beli juga tidak dibernarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.


Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.


Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:


Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti.


Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan.


Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.


Avatar:


Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.



Signature:



Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.


Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.


Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini.


Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.


Puak/ kelompok tidak dibenarkan:


Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.


Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:


Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang.


Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.


Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu.


Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.


Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum,lucah, mencarut dan mengugut diharamkan:


Sebarang kata di atas adalah tidak dibenarkan, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Jika ahli terlibat dan melakukan kesalahan ini, ID anda akan terus menjadi Banhammer.



Fitnah, maki, personal attack, mengungkit perkara sensitif dan kata kasar juga tidak dibenarkan:


Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID akan menjadi Bamhammer.



Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:


Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID akan menjadi Bamhammer.



Private Message (PM):


Ahli forum menggunakan PM untuk mengiklan, memaki, mengfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.



Thread bunuh diri:


Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau membincang mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.



SPAM:


Ahli yang buat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih berulangi, moderator berhak tolak kredit ahli berkenaan.


Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.



Mengutip derma atau menyeru ahli menderma diharamkan:


Bagi mengelakkan masalah yang tidak seronok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Sebab forum ini susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini.


Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.



Bahasa:


Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.


Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi Peraturan CARI Forum atau Peraturan Board.


Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mamatuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.


Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.



Sekian untuk makluman




Ada faham?!!!!!!!!!!!!!!!!!






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-2-2012 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 29-2-2012 14:13





PERATURAN BOD MELAKA



Penat nak cakap banyak kali. Harap-harap semua yang menjengah bod nih dapat la membaca peraturan nih sebelum membuka thread! benda mudah jer pun. Arahan pun dalam BAHASA MALAYSIA kan kan ..So, sila baca sebelum nak bunyik2 kalo thread yang anda buka kena katup@ LU FIKIRLA SENDIRI !



1. THREAD BERUNSUR PERNIAGAAN


Jika mengikut pada rules yang telah ditetapkan oleh pihak FORUM CARI, tiada sebarang thread berupa ADVERTISEMENT perniagaan dibenarkan dibuka sama sekali di BOD ini memandangkan telah ada spesifik BOD disediakan oleh pihak forum.


Walau bagaimanapun,  atas budi bicara pihak moderators BOD ini, maka 1 thread khas telah disediakan oleh pihak mod khas untuk mempromosikan perniagaan mereka yang berada di sekitar Melaka.Link thread dah besar ni tak nampak jugak taktau la nak cakap aper. Jika ada sebarang thread berupa iklan perniagaan dibuka, maka dengan senang hati, kami akan menolak minimum -30 kedit. HARAP MAKLUM.


SIla tepek perniagaan anda di sini:



~Advertisement @ Melaka~



2. SEARCH

Panduan untuk mencari thread berkaitan yang diperlukan adalah seperti di bawah. Pening la kalo asyik buka thread yang sama jer..Adehh..:@

Mula-mula, click button SEARCH seperti yang tertera




Selepas itu, dah keluar BOX seperti kat bawah nih, search la mana2 thread yang korang nak .Faham ?


Semudah ABC je pun, harap2 dapat le search dulu sebelum buka thread yang SAMA.


Kat bawah ini, few rujukan untuk threads yang selalu orang nak cari :

Thread Peluang Pekerjaan di Sekitar MELAKA
Thread berkaitan Rumah Sewa di Sekitar MELAKA
Thread berkaitan Port Makanan Best di area MELAKA
Thread Hotel di sekitar MELAKA
Tempat Menarik di MELAKA

Mak andam/Butik Pengantin di MELAKA



3. BORAK

Kalau nak berborak sambil mengenal rakan-rakan baru, boleh ler jengah ke thread borak yang memang dihighlight kan warna BIRU GELAP .


Sebarang pindahan peraturan BOD akan dibuat dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.Harap maklum.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 03:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 15:44




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua forumer yang lama atau pun yang baru yang memang selalu lepak kat Bod Melaka ini. Seperti yang sudah dimaklumkan, anda semua bebas berforum, berborak, bergurau senda, berdiskusi etc. di dalam Bod ini. Cuma dibawah diberi sedikit panduan supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari:

Secara am nya,di semua board,forumer tidak dibenarkan membuat posting:

a.        Multiple posting
b.        Porno posting
c.        Advertising to sell/buy things.
d.        Get rich quick postings and other types of scams.


Secara khususnya di dalam Bod Melaka ini, dalam kita leka berforum ingat lah sebarang posting tidak boleh menyentuh dan menggunakan yang dibawah:

1. Sensitiviti kaum dan agama
2. Mempersendakan kaum keluarga forumer dan forumer tersebut.
3. Perkataan berunsur lucah, kesat dan sewaktu dengannya yang boleh membawa kepada pergaduhan sesama forumer.

Jika ada keraguan atau pun masalah, bolehlah pm kepada mana-mana moderators di bod MELAKA. Pandangan membina sentiasa dialu-alukan demi kemeriahan board kita bersama. Berforum lah dengan aman dan gembira.

MAJULAH BOD MELAKA UNTUK NEGARA.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 03:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 15:55


PERATURAN MELETAK GAMBAR

BY AX (EX-MODERATOR)


1. Klik kanan pada gambar tersebut






2. Click kat properties





3. Copy address(URL) gambar tersebut





4. kemudian paste kan URL tersebut macam ni





  1. [img]http://geograpia.com/malaysia/malaccalogo.jpg[/img]
Copy the Code


5. selain cara di atas ada gak cara len..klik kat Image Tag






6. Paste URL yg copy td paste kat box Image Tag tu








6. so siap lah gamba anta boleh la di tayang kepada org ramai






Jika gamba tersebut dr PC anda...leh la upload kat www.photobucket.com atau mana2 tempat upload gamba...sekian terima kasih...salah dan silap harap di ampun.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.898353 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list