Bus terbesar di dunia sudah bersedia untuk dilancarkan di Beijing dan Hangzhou, China. Dikatakan kerana disini isu pengangkutan harus selari dengan isu populasi yang semakin meningkat.
Berdasarkan data pada 2010, jumlah populasi di China adalah melebihi 1.3 bilion manusia. Masuk akal la jika pengangkutan awam di sana juga harus berkembang dan besar. Maka idea untuk menyediakan bas yang besar timbul untuk menyelesaikan masaalah isu ketidak cukupan pengangkutan awam ini. Bas Youngman JNP6250G, yang berukuran 82 kaki panjang dan 13 meter panjang daripada bas yang biasa. Ia boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu masa. Pada permulaan ia akan dilancar kan di kedua-dua bandar yang paling padat di China ini dahulu sebagai percubaan.
Walaupun kelajuan maksima bus ini hanya sekitar 50 km sejam, ia tidak lah bermakna satu pengangkutan yang lambat. Rancangan untuk menyediakan laluan khas bagi bas ini di jalan bakal memudahkan perjalana bagi pengguna perkhidmatan ini kelak.
|