Museo Casa Enzo Ferrari ialah muzium yang dibina bersebelahan rumah kelahiran Enzo Ferraridi Modena Itali. Bagi yang mengenali Enzo Ferrari ialah pengasas syarikat pengeluar kereta terkenal Ferrari. Muzium yang menelan belanja EURO 18 Juta (RM 71 Juta) ini menempatkan 21 buah kereta yang menerima sentuhan Enzo ketika hayatnya. Selain itu terdapat juga muzium untuk Enzo Ferrari yang dilahirkan di rumah bersebelahan muzium ini pada tahun 1898. Atap muzium ini direka khas supaya kelihatan sepert hood hadapan kereta lumba dengan warna kuning Ferrari. Sebenarnya muzium ini tidak ada kena mengena dengan Ferrari tetapi dibina sendiri oleh peduduk bandar bagi mendapatkan lawatan pelancong. Muzium rasmi Ferrari terletak di Maranello.