CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2277|Reply: 2

Pelabur mempunyai hak memecat jawatan walaupun anda pengasas syarikat!

[Copy link]
Post time 3-4-2012 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by webxcrawler at 3-4-2012 20:41

Ingin berkongsi artikel dengan kengkawan dalam dunia kerjaya, di mana para pelabur mempunyai kuasa untuk memecat jawatan anda walaupun anda adalah pengasas syarikat itu

Pelabur syarikat Blackberry pecat pengasas syarikat itu



Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins.



Thorsten Heins(kanan) mengantikan Mike Lazaridis dan Jim Balsillie selaku Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) berkuat kuasa pada Januari 2012 Kredit Foto: theverge.com


Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google. Thorsten Heins memulakan kerjaya awalnya di Research in Motion(RIM) sebagai pada 2007 Naib Presiden Kanan di unit perniagaan RIM kemudian menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi(COO) Kejuruteraan Produk kemudian meneruskan kerjaya sebagai Ketua Pegawai Operasi(COO) Produk dan Jualan pada Julai 2011 sebelum dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) & presiden yang baru pada Januari 2012. Sebelum memulakan kerjaya di RIM, Thorsten Heins adalah Ketua Pegawai Teknologi(CTO) di Siemens AG.

Masa depan perniagaan produk Blackberry yang bergelut hebat dengan pengeluar yang lain khususnya Apple dan Google telah memaksa para pelabur-pelabur untuk menuntut perubahan kepimpinan dalam syarikat ini agar dapat mengembalikan kegemilangannya di samping menyakinkan para pelabur untuk terus melabur di dalam syarikat teknologi ini. Malah masalah kegagalan titik tunggal terburuk yang berlaku pada tahun lepas sedikit sebanyak merencatkan prestasi syarikat ini setelah menerima kritikan teruk dari para pengguna. Masalah kegagalan titik tunggal yang berulang telah menyebabkan para pengguna memikirkan untuk bergantung kepada pesaing yang lain untuk membekalkan keperluan mereka dalam menguruskan urusan yang diperlukan.

Selain itu menurut siaran akhbar rasmi dari press.rim.com, Barbara Stymiest selaku ahli Lembaga Pengarah Bebas RIM sejak 2007 telah dipilih sebagai Presiden Lembaga Pengarah Bebas RIM yang baru, jawatan yang sebelum ini turut dikongsi oleh Lazaridis dan Balsillie. Profil kerjaya wanita berusia 55 tahun ini di mana dia pernah mengetuai Bursa Saham Toronto malah pernah disenaraikan sebanyak tiga kali di antara 50 ahli perniagaan wanita yang berjaya oleh majalah Fortune dan lain - lain jawatan penting itu diharap dapat membawa perubahan yang besar bagi RIM khususnya memberi pulangan pelaburan bagi para pelabur.

Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang bersama-sama memulakan empayar perniagaan RIM dari awal pada 1985 dan telah menjadi sebuah empayar perniagaan global dengan mencatat jualan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion) tahun lalu, mendapat kritikan kuat sejak beberapa tahun ini ekoran penguasaan iPhone Apple dan sistem Android Google. Hal ini telah menyebabkan para pelabur kian gusar dengan nilai perlaburan yang besar telah diberikan untuk meneruskan perniagaan teknologi ini. Walaubagaimanapun keedua-dua mereka yang merupakan antara tiga pemegang saham terbesar syarikat ini, bagaimanapun akan kekal menjadi ahli Lembaga Pengarah dengan Mike Lazaridis terus aktif berperanan sebagai naib pengerusi dan mengetuai jawatankuasa inovasi.


Kredit & kalu nak baca artikel sepenuhnya: http://www.gombug.net
*p/s Saje copy n paste kandungan dalam bahasa melayu utk dikongsikan bersama..bebuhsan
**Kalu salah tepek/share kat board nie dan perlu delete,pindah etc should be no problem. thanxs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2012 10:01 AM | Show all posts
apa yg peliknya? aku bukak kompeni, lepas tu aku jual kompeni kat hang, tapi aku still keje dgn kompeni tu, boleh ke aku cakap kat hang aku nak run kompeni suka bapak aku sebab aku yg bukak kompeni?

atau, aku beli henfon, aku jual kat hang, tapi aku kata nak guna lagi henfon tu sebab kat resit original tulis nama aku. amboi.....

tajuk lain: PEMILIK SYARIKAT BOLEH PECAT PEKERJA. kan tak pelik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2012 08:00 PM | Show all posts
apa yg peliknya? aku bukak kompeni, lepas tu aku jual kompeni kat hang, tapi aku still keje dgn kompeni tu, boleh ke aku cakap kat hang aku nak run kompeni suka bapak aku sebab aku yg bukak kompeni?

atau, aku beli henfon, aku jual kat hang, tapi aku kata nak guna lagi henfon tu sebab kat resit original tulis nama aku. amboi.....

tajuk lain: PEMILIK SYARIKAT BOLEH PECAT PEKERJA. kan tak pelik.
bobok Post at 6-4-2012 10:01


Tiada yang pelik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067713 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list