CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4548|Reply: 9

Kat mana nak mengadu kalau bank ambik duit kita secara culas

[Copy link]
Post time 12-4-2012 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Boleh pergi tribunal pengguna ke tak?

Saya dah kena 2 kali akaun overpayment atas sebab yang tak munasabah. Akibatnya saya kena denda RM100 untuk kesalahan pertama dan RM200 untuk kesalahan ke-2.

Saya tak puas hati, sebab pada saya bank pun buat silap jugak sampai akaun saya overpayment. Tapi ofcourse lah bank takkan mengaku kesilapan diorang akibatnya saya yang jadi mangsa.

Kali nih kalau bank tak refund balik duit denda yang diorang kenakan kat saya, saya nak bawak kes nih ketengah.

Boleh tak tribunal pengguna tolong saya atau ada tak badan lain yang boleh tolong saya??

Sekian tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 05:03 PM | Show all posts
setahu sy, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah tempat yg sesuai untuk sebarang aduan berkaitan service / perkhidmatan ni tak kira la kedai-kedai tertentu ke, syarikat2 ke, bank ke, or even orang perseorangan (contoh: ambil upah jahit baju, sbb pernah terbaca satu kes seumpama kat cariforum dulu). Rujuk website TTPM.

sebagai alternatif, saya cadangkan kamu buat aduan direct kepada Bank Negara Malaysia. Boleh cuba hubungi pegawai ini, En. Mazlan Ariffin 03-2698 8044 ext. 8284. Atau emel kepada beliau di [email protected].

good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 07:07 PM | Show all posts
kenapa salah bank lak TT??.....
TT yang issue cek terlebih, kenapa nak salahkan bank?.....

Yang ai tak puashati, bank (maybank) kenakan denda RM100 sedangkan RHB cuma RM50 je....
Hari tu ai issue check tersilap guna check company, bila nak clear, dah overdrawn.....ai pulak memang pelupa, ingatkan bagi personal check....tapi ai bank in lah sebelum pkl 10am....tapi masih kena penalty RM100......
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 07:13 PM | Show all posts
hmm...tak leh komen coz takde akaun yg disebutkan seperti diatas..
jgn maree...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 09:39 PM | Show all posts
setahu sy, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah tempat yg sesuai untuk sebarang aduan b ...
rhys88 Post at 13-4-2012 17:03



    Ok saya akan cuba hubungi en. Mazlan nih atau mungkin saya email dulu masalah saya untuk minta pendapat beliau.

TQVM for your help. Bantuan anda amatlah saya hargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 10:03 PM | Show all posts
Reply 3# jazaa


    Kalau nak tahu, cerita dia macam nih.

Kes pertama

Saya ada issue cek gaji kat sorang staf nih. Tapi bila dia bank-in cek tu kena tendang sebab nama cek tak matching dengan nama dia. Dia pun call saya kata bank inform dia cek kena tendang. Saya pun suruhlah dia ambik balik cek tu. So, dia pun pegilah bank nak ambik balik cek tapi bank bagitahu cek tu dah dipos kepada saya. Staf kat JB & saya kat KL. (Aneh sebab sepatutnya cek dipulangkan kepada penerima bukan pembayar)

Saya pun tak buang masa terus issue cek baru sebab nak tunggu cek tu sampai balik kat saya tak tahu bila. Lagi pun ini gaji orang. Saya ada jugak call bank nak tanya status cek tu tapi bank taknak release maklumat melalui telefon. So, saya konfiden jer cek tu kena tendang dan ingat ada duit dalam akaun. Rupa2nya pihak bank dah tolak akaun saya tapi tak masuk akaun penerima sebab diorang sebenarnya tak tendang pun cek tu cuma KIV sebab nak sahkan nama staf saya tuh.

FYI, dah berkurun saya issue cek gaji staff saya tu atas nama yang sama tapi tak pernah kena tendang sebab saya bank in kat KL. Tapi kali ni kena tendang sebab saya bagi kat dia dan dia bank in kat JB.

Akibatnya, akaun saya overdrawn dan saya kena denda RM100.

Bila saya tanya diorang, diorang kata saya sepatutnya stop payment kat cek tu. Logik ker alasan diorang nih??? Satu lagi pasal apa diorang debit akaun saya tapi tak kredit akaun penerima?? Boleh ker cam tu?

Saya pun diam kan jer laaa.....

Tapi kes kedua buat saya hilang sabar:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2012 10:17 PM | Show all posts
Kes kedua

Cek masuk dan cek keluar clear pada hari yang sama. Saya ada bank In cek dan clear 2 hari. Pada hari yang sama jugak ada satu cek keluar clear. Hari tu saya dapat call dari bank nih suruh bank in duit sebelum kul 9.30am sebab akaun tak cukup duit nak bayar cek keluar nih. Saya pun bank in lah amaun tu sebelum kul 9.30 pagi walaupun saya tahu ada cek masuk clear hari tuh.

Tup2 saya dapat debit note dari bank kata akaun saya overdrawn dan kena denda RM200 sebab kesalahan ke-2.

Masalahnya, bila saya dapat bank statement, takde tunjuk pun akaun saya overdrawn. Elok jer dia tunjuk kat situ clear cek masuk dulu lepas tu baru clear cek keluar dan duit cash yang saya bank in jatuh no. 3. Maknanya sebenarnya saya tak perlu bank in duit sebab akaun saya ada duit cukup sebab cek masuk dah clear dulu baru dia clearkan cek keluar.

So, macamana sebenarnya nih? Adil ke tidak bank nih caj akaun saya overdrawn dan ambik duit saya RM200 sebab kononnya denda?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 08:35 PM | Show all posts
Kes kedua

Cek masuk dan cek keluar clear pada hari yang sama. Saya ada bank In cek dan clear 2 ha ...
zalco Post at 13/4/2012 22:17


biar betul bro.. kalau fund tak cukup dalam akaun jgn memandai issue cek melainkan PD (postdated).. dah 4 tawun dah system same day clearance utk local cheque & next day clearance utk outstation cheque berkuatkuasa, takkan ko tak aware:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/8/nation/20080408181241&sec=nation



ko issue lagi 1 lagi cek tendang, nama terus blacklist masuk dlm (DCHEQS) Dishonoured Cheque Information System & current account ko terus kena tutup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 08:53 PM | Show all posts
kenapa salah bank lak TT??.....
TT yang issue cek terlebih, kenapa nak salahkan bank?.....

Yang  ...
jazaa Post at 13/4/2012 19:07


hehe.. stuju dgn jazza.. sendiri silap salah kan bank plaks..  kalo tak paham macam mana cek berfungsi, cer download guide nih dan paham2kan (especially bahagian Do's & Don't when using cheque):
http://www.bankinginfo.com.my/_system/media//downloadables/current_account.pdf


tetapi kalo TT yakin dan pasti TT di pihak yg betul dan rasa bank yang salah boleh lah buat aduan kat sini:

Contact Centre (BNMTELELINK)
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Bank Negara Malaysia
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur

Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)  / 03-2174-1717
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 03:37 PM | Show all posts
Kes kedua

Cek masuk dan cek keluar clear pada hari yang sama. Saya ada bank In cek dan clear 2 ha ...
zalco Post at 13-4-2012 22:17



dear TT..have u ever heard about bank reconciliation statement? akauntan kompeni awak mesti pernh tunjuk pd awak kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.078914 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list