View: 4968|Reply: 10
|
Tauliah mengajar agama
[Copy link]
|
|
Walaupun sudah tahun 2012,namun undang-undang peraturan masih zaman batu.Orang kerajaan kalau abca mesti hangin dgn aku....
Kdg2 benda bagus,sudah dibuang,contohnya mesin syiling parking...dulu2 aku selalu park kat Bandar Hilir dan masukkan 20 sen je sbb aku nak park 20 minit je....
skrg dah 1Melaka guna sistem tiket....nak kena beli tiket,nak gores,nak letak dalam keta,banyakkan sampah dalam kereta dan mcm2 masaila wal musykilah.
Begitulah dengan tauliah mengajar agama.Aku yang ada tauliah Melaka dan Negeri 9 TIDAK boleh mengajar agama di negeri lain...yang aku pelik ,takkan aku nak ambik tauliah seluruh negeri dalam Malaysia?Tidakkah itu menyusahkan?
semua masjid dan surau dalam Malaysia mempunyai modul pengajaran yang sama,ikut mazhab Syafei.Apabila seseorang ada tauliah negeri Melaka,sepatutnya automatik mengajar mana-mana masjid dalam negara,bukan terhad dalam Melaka sahaja.Itulah sebaiknya.
Yang aku pelik,YB DAP bukan Islam yang entah tauliah cap apa boleh pula memberi tazkirah dalam surau...ini undang-undang zaman apa pula?
Kdg2 aku hairan dengan peraturan manusia....mereka sangka peraturan itu bagus,sebenarnya menyusahkan...nasib baik Imam Mekah datang jadi Imam Ramadhan tak wajib ambik tauliah..kalu x,memang haru biru....
Walaupun Imam Mekah mazhab Hambali,boleh pula jadi Imam..yang anak Malaysia mmg belajar dan mengajar ikut mazhab Syafei,tapi tauliah terhad satu negeri.Imam Mekah boleh mengajar satu dunia....
Sepatutnya JAKIM peka bukan pekak.Ramai orang berpendidkan agama mahu mengajar banyak tempat namun masalah
tauliah.Belajar dah ada ijazah dr negara arab pun wajib ambik tauliah...
Kdg2 pelik..ustaz Youtube boleh mengajar semua masjid 1Malaysia....adakah beliau ada tauliah semua negeri?atau ia mengikut budi bicara AJK masjid dan surau?aku pun x tahu....
aku kdgkala ke Pahang,Langkawi,johor dan berada di masjid waktu Maghrib dan tiada aktiviti..kalau aku ngajar,mampus Imam dan AJK tepon polis tangkap aku sebab aku tiada tauliah mengajar di negeri mereka...
Zaman semakin moden,namun peraturan masih zaman batu....kalu korang nak marah,marahlah...aku bagi pendapat sebab peraturan zaman batu perlu ditukau relevan dengan masa sekarang...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ustaz impot ni 1 Malaya boleh gegau............
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ...ha...maaf ...sekarang dah tau...tak per....
Aku selalu posting kat sini kalau pasal agama Islam aku tulis , aku tak der sijil... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pulak nanti TT berdakwah atau mengajar ...ada mengatakan kena percaya kitab injil pulak...ke dalam lah nanti...
Walaupun dalam rukun kena percaya kepada 4 kitab... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# GuaAnakMelaka
Zaman semakin moden,namun peraturan masih zaman batu....kalu korang nak marah,marahlah...aku bagi pendapat sebab peraturan zaman batu perlu ditukau relevan dengan masa sekarang...
Iya ke TT??......
Setau ai....dulu nak ngajor agama tak yah tauliah-tauliah dari negeri.....kalau dia layak....ajor je....
Zaman batu dulu, kalau orang yang berilmu, boleh je turunkan ilmu kat sesapa yang nak belajor..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mungkin sbb nak elakkan mcm -mcm perkara yang dah berlaku mcm skrg ni kot....
Iya lah.....ada Rasul Melayu lah....ada tuhan kerajaan langit lah.....
jadi nak ngelakkan dari terjadi semua tu, majlis agama tetapkan yang mendapat tauliah dari sesebuah negeri tu aje yang layak mengajar kat dalam negeri tu....
Penduduk di negeri lain masih tak kenal dengan penceramah tersebut, jadi kenalah dapatkan tauliah dari negeri tu le pulak......
kalau tak di sebabkan bermacam2 hal yang timbul mesti pejabat agama pun tanak buat perkara2 mcm ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon pernah dengar gak tentang ni. Macam merugikan umat islam sendiri. Kalau tengok kat masjid2 atau surau2, kalau time takde ceramah atau kuliah agama, ramai yg berborak2 kosong je dan membuang masa. Dan masih banyak masjid dan surau2 yg tiada kuliah agama. Orang2 awam macam aku ni, kalau nak baca atau study2 sendiri tu, main ikut mood je. Lebih suka kalau dengar kuliah2 sebab cuma tadah telinga je.
Kategori kuliah agama yg macam mana yg dorang perlukan tauliah ni ye? Sbb jemaah tabligh kebanyakkan bagi bayan, takde masalah pon. majlis2 zikrullah ni pon bagus dari dok buang masa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# aLieNzDaToR
Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau
bersedia memohon tauliah untuk berceramah di Selangor mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi berharap permohonan itu dilayan secara adil.
“Saya tidak kata saya mahu diberi keistimewaan. Saya cuma kata saya ada hak mendapat pengecualian,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) di Parlimen, Rabu malam.
Beliau diiringi oleh bekas Menteri Besar Perlis Datuk Shahidan Kasim dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim. Ketibaan mereka pada 8.25 malam disambut oleh 15 orang Ahli Parlimen BN. Pertemuan mereka berlangsung lebih dua jam.
Menurut Asri, dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ada mengatakan orang tertentu yang boleh diberikan pengecualian daripada tauliah seperti Mufti, ahli-ahli majlis fatwa negeri dan ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri serta pensyarah universiti bahagian pengajian Islam.
“Saya adalah ahli Majlis Agama negeri dan juga seorang pensyarah universiti bahagian pengajian Islam di universiti kerajaan (USM) dan bukannya swasta. Ada pelajar buat Phd dan Masters dengan saya. Arab dan bukan Arab pun ada. Sepatutnya saya termasuk dalam senarai orang yang dikecualikan. Tidak perlu bawa ke mahkamah atau tangkap saya.
“Saya tidak minta diberi keistimewaan. Saya cuma menuntut apa yang berhak saya tuntut. Jika orang lain diberi tauliah berdasarkan kelayakan mereka, mengapa saya tidak diberi? Ada orang yang hanya berkelulusan 4 Senawi diberikan tauliah membuat ceramah, mengapa saya tidak berhak? Salah satu yang dijamin oleh perlembagaan ialah semua rakyat mesti diberi hak dan dilayan sama.
“Saya nak tanya berapa ramai orang mengajar di Selangor yang ada tauliah? Guru agama yang mengajar agama di dalam kelas itu ada tauliah kah?. Ini adalah tanggapan terpilih,” katanya.
Mengulas penahannya oleh JAIS ketika member ceramah di Taman Sri Ukay pada malam 1 Nov
lalu, Asri mempersoalkan tindakan JAIS yang membawa sebegitu ramai pegawai menahannya. Jumlah mereka kira-kira 35 orang.
“Kalau mereka hantar dua orang untuk menahan saya kerana mengajar tanpa tauliah, saya boleh pergi.” katanya.
Menyentuh pertemuannya dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu Isnin, Asri berkata beliau pada mulanya berhasrat untuk melawat Mursyidul Am PAS itu semasa pemimpin itu di IJN. Tetapi selepas keluar IJN beliau masih sakit dan Asri mengambil keputusan menziarahinya dan juga mengambil kesempatan itu untuk memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih.
Apabila ditanya mengapa beliau tidak bertemu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan mengucapkan terima kasih memandangkan Perdana Menteri adalah antara orang pertama mempertahankannya, Asri berkata beliau sering menemuinya sebelum itu kerana selalu diundang memberi ceramah dalam majlis-majlis anjuran UMNO.
Asri juga menegaskan beliau bukan penceramah cari duit. “Saya tak mengenakan caj apabila buat ceramah kerana itu tanggungjawab saya. Saya juga bukan orang “bawah tanah” dan tak perlu bawa “special branch” intip saya.
“Kalau nak tahu ceramah saya, lawat saja laman web saya dan baca artikel yang saya tulis setiap minggu,” katanya.
Ditanya sama ada beliau dipelawa menyertai UMNO dalam pertemuan dengan BNBBC, beliau berkata, “Alhamdulillah, mereka tidak suruh saya masuk parti”.
Diminta pendapatnya tentang soal parti, Asri berkata, parti itu penting dalam negara demokrasi, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menguruskan sesebuah parti.
“Kita lihat kadang-kadang baik orang Islam atau bukan menguruskan parti, jadi porak peranda dan berlaku kacau bilau dalam parti. Parti sepatutnya menjadikan negara damai. Tetapi sekarang banyak masalah dalam parti. Inipun kita kena fikir. Golongan intelektual hendaklah menjadi kelompok yang adil dan memberikan nasihat yang adil.
“Saya lihat sekarang ada fenomena baru dalam negara di mana individu ada kalanya lebih kuat dari parti. Dalam kes Aziz Bari dengan PAS, kita lihat kuasa Aziz menggugat PAS. Kadangkala kes-kes individu boleh menyebabkan pergolakan dalam negara. Masyarakat juga dilihat mula menghormati hak-hak golongan intelektual,” katanya.
Asri berkata beliau menerima ratusan SMS dan e-mel yang memintanya supaya jangan menyertai mana-mana parti politik. “ InsyaAllah, saya mendapat banyak sokongan daripada ribuan rakyat Malaysia kerana saya tidak berparti. Kalau saya berparti, habislah saya.
“Saya mahu menjelaskan, menyertai parti politik adalah jalan terakhir sekiranya semua pintu untuk saya memberi ceramah ditutup,” katanya.
Asri juga menyuarakan kebimbangannya mengenai isu Wahabi yang telah dianggap sesat dan haram oleh sesetengah pihak.
“Apabila mereka menuduh Wahabi itu sesat, saya bimbang hubungan diplomatik kita dengan negara-negara Arab, terutamanya Arab Saudi, akan terjejas,”katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ulasan eksklusif Peguam Bela Dr MAZA; Kamar Ainiah Kamaruzzaman
drmaza.com: Selamat tengahari puan, dan terima kasih atas kesudian puan untuk di temubual. Apa sebenarnya yang berlaku di mahkamah hari ini puan?
Kamar Ainiah (KA): Pihak pendakwa membawa kes ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk semakan keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang menolak permohonan pihak pendakwa untuk kes ini dibawa ke mahkamah tinggi.
drmaza.com: Apa pula hujjah oleh pihak pembela dalam hal ini?
KA: Responden (Pihak Dr MAZA) membawa isu bidang kuasa (jurisdiction) Mahkamah Syariah Negeri Selangor dibawah seksyen 119 enakmen pentadbiran agama Islam mengajar tanpa tauliah.
Bidang kuasa Mahkamah Syariah terdapat di bawah Seksyen 61 enakmen pentadbiran yang mengatakan dalam bidang kuasa jenayahnya, Mahkamah Syariah boleh membicarakan kesemua kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah dan Undang-Undang Bertulis yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan mengenai rukun-rukun agama Islam.
Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran adalah Undang-Undang Bertulis. Maka dengan itu, kesalahannya mestilah berkaitan rukun-rukun agama Islam. Sedangkan Seksyen 119 adalah berkenaan tauliah untuk mengajar agama Islam. Maka wujud perbezaan antara rukun Islam dan juga tauliah.
Oleh itu, Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes terhadap Dr Mohd Asri. Pendakwa sendiri juga mengakui adanya kecacatan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 14. Oleh sebab itu, mereka menggunakan Seksyen 119.
drmaza.com: Di dalam mahkamah, puan ada membangkitkan mengenai definisi ‘rukun’. Apa komen puan?
KA: Kami juga menimbulkan bahawa tiadanya definisi berkaitan rukun-rukun agama Islam dalam mana-mana enakmen dalam yang terpakai di negeri Selangor. Oleh itu kita merujuk pada hukum syarak; iaitu berkaitan perkara yang fundamental dan asas.
Juga saya merujuk pada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan; Sulaiman Takrib melawan Kerajaan Negeri Terengganu. Di mana diputuskan bahawa maksud rukun Islam adalah perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak. Dan kami mengatakan bahawa kesalahan tiada tauliah ini tiada menyentuh dari mana-mana sudut aqidah, syariah mahupun akhlak.
drmaza.com: Puan juga dilihat menyentuh mengenai perlembagaan negara, Fasal 10 dan 11. Apa yang boleh disimpulkan dari sini?
KA: Berdasarkan perlembagaan yang memberi hak-hak asasi Fasal 11, setiap orang berhak untuk mengamal dan menyebarkan ajarannya.
Juga Fasal 10, yang merangkumi kebebasan bersuara serta memberikan buah fikiran.
Dengan adanya seksyen 119, ia menghadkan hak Dr Mohd Asri sebagai seorang warga negara Malaysia yang diberikan hak untuk mengamalkan apa yang termaktub di bawah Fasal 10 dan juga 11 yang dilindungi oleh perlembagaan.
Pihak pendakwa sebentar tadi membantah di atas asas bahawa isu bidang kuasa tiada kaitan dengan permohonan mereka untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah. Dan sepatutnya pihak pembela membangkitkan isu tersebut di Mahkamah Rendah Syariah.
Akan tetapi, apabila pihak pendakwa membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi, maka segala proses di Mahkamah Rendah dengan sendirinya tergantung. Dengan demikian pihak pembela terhalang untuk membawa isu di Mahkamah Rendah.
drmaza.com: Terima kasih puan atas ulasan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perlukah tauliah untuk mengajar agama Allah?
Oleh Ali Bukhari Amir
Dr Mohd Asri Zainal Abidin (selepas ini ditulis sebagai Dr Maza) bukanlah tidak pernah bersalah. Beliau juga manusia biasa. Titipan pendapatnya beralun di media dan gelombang pandangannya sentiasa berlaga dengan arus pemikiran lama, fatwanya pernah disifatkan sebagai candu madat yang menyihir khalayak, dengan slogan angin-angin pembaharuan, dan ia berolak, bergelora penuh waspada.
Bukan sedikit kontroversi yang dicetuskannya telah mara lalu menghempas ke pelabuhan intelektual negara ini, lalu di setiap hujung lidahnya seakan-akan ada duri menikam ke lubuk jantung ramai pihak, tertusuk ke dasar hati para pimpinan Umno dan tidak ketinggalan juga ahli-ahli Pas sendiri.
Sebenarnya, Dr Maza ini berbeza pendapat dengan sesiapa sahaja, tetapi hampir semua kenyataannya, walaupun bersulam sindiran, jenaka, berulam kalam sinis, tapi semua khilaf pandangan itu masih tertakluk dalam wilayah ilmiah, dan sikap melagakan pendapat yang menyongsang arus itu masih terperap di daerah akademik, masih jua terbelenggu di mukim intelektual.
Dalam ruang terbatas dan luang terhad ini, sukar kita sumbat segala perkara untuk menyusun semua pendapat beliau yang kontroversi itu. Ya, dengan sebab itu juga, tentu saja beliau mencipta ramai musuh secara tidak sengaja. Seterunya hadir di celah-celah kelompok mana sahaja, dalam medan politik kepartian dan tentu juga di sebalik dinding madrasah dan gelanggang dakwah.
Meneropong akhbar Berita Harian, Isnin, 2 November yang berbunyi - "Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah", banyak pertanyaan yang boleh diangkat daripada tajuk berita ini. Juga makin berlaksa persoalan yang tumbuh berbangkit jika ditinjau daripada bait-bait perenggan yang terakam dalam laporan berkenaan.
"Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut," demikian isi laporan itu dipetik. Lebih baik kita bersangka baik terlebih dahulu ketika meneropong penggunaan ayat; 100 pengikut itu.
Hal inilah juga yang membezakan antara ajaran sesat dan daie sejati. Ajaran sesat ada pengikut. Orientalis kerap mengguna istilah 'followers' ketika mereka merujuk kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Walhal, ayat yang tepat bukanlah 'Mohammedan followers' (pengikut Muhammad), tetapi 'Mohammedan companions' (sahabat Muhammad). Wallahu'alam. Ini sekadar iklan selingan sahaja.
Syahadan, Dato' Mukhriz Mahathir lewat Facebooknya sendiri sempat juga mencelah antara puluhan komen, "Bukankah Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) berada di bawah Selangor?" Barangkali, dalam andaiannya, tangkapan ke atas Dr Maza itu mungkin direstui pemerintah Selangor; PKR?
Benar, hal ini juga yang menghairankan kita semua. Setiap tangkapan yang bermotifkan politik, (contoh tersohor ISA) sememangnya tidak masuk akal. Tidak akan ada sebarang jawapan yang memuaskan. Kalau ada pun jawapan, sentiasa ada ruang untuk ditanyakan kembali kerana jawapan yang diberikan itu sememangnya lemah.
Menjawab soalan anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di Facebook, kita boleh teliti semula pendirian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang meminta Jais sendiri memberikan jawapan terhadap penahanan Dr Maza itu.
Isu tauliah
Dr Maza bukannya baru membuka kuliahnya di kawasan yang terkenal dengan panggilan Ukay. Sudah lama kuliahnya beroperasi di situ. Kalau tidak salah, sudah pun ada jadual-jadual kuliahnya di sekitar Lembah Kelang termasuk Ukay. Soalan pertama, kenapa baru sekarang timbul isu tauliah?
Kuliah Dr Maza turut dihadiri Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Baik Saari, Zuraida dan Khalid Ibrahim kesemua mereka adalah anggota pimpinan Pakatan Rakyat. Sudah tentu Saari dan Zuraida mengetahui perjalanan kuliah itu sejak beberapa lama. Oleh sebab mereka berdekatan, maka tentulah mereka mudah menghadiri kuliah tersebut.
Jika Saari dan Zuraida mengetahui kehadiran Dr Maza, secara logiknya, Khalid Ibrahim tentu tahu sedikit sebanyak mengenai kehadiran Dr Maza itu. Khalid tidaklah punya masa untuk mendengar kuliah kerana rumahnya di Shah Alam barangkali, terlalu jauh dan tentu saja ada undangan lain yang menyebabkan beliau tidak pergi mendengar kuliah itu. Lagi pun, mendengar kuliah itu perkara 'sunat', dibuat dapat pahala, ditinggalkan tiada berdosa apa-apa.
Khalid tidak mendengar ceramah, tetapi beliau tidak menyekat kuliah Dr Maza. Itu sudah cukup baik. Yang menjadi masalah ialah, menyekat dakwah, seruan ke arah kebaikan. Tindakan menyekat dakwah itulah yang sepatutnya dijauhi kerana hal tersebut ada dirakam di dalam al-Qur'an.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah: 114)
Apabila Khalid Ibrahim tidak tahu-menahu hal penangkapan Dr Maza ini, kita tentu teringat kes Memali yang mana kematian Syuhada' Memali itu pun tidak diketahui Sultan Kedah. pabila Sultan Kedah sendiri menjirus air mawar dan mengunjungi pusara syuhada Memali, hal itu telah menolak sangkaan dan dakwaan bahawa mereka itu adalah penderhaka atau bughah.
Barangkali, musim ini adalah musim Umno menaja kempen membasmi ajaran sesat sehinggakan kes pembunuhan di Memali itu pun cuba dikaitkan dengan ajaran sesat. Satu 'keberuntungan' juga apabila kes 'Rasul Melayu' ini hadir di celah-celah kemelut ini. Selepas bom pertama dilempar ke atas Rasul Melayu, mungkin bom C4 akan diledakkan ke atas isu Memali sebagai ajaran sesat guna meranapkan imej Pas sekali gus Pakatan Rakyat. Mungkinkah itu yang berlaku ke atas Kosmo! baru-baru ini?
Asy-Syahid Ibrahim Libya dan isu Memali timbul seiring dengan isu-isu tauliah yang digemakan Umno sekitar awal-awal 1980-an. Isu tauliah ini cukup popular ketika media yang dikawal Umno sering memutarkan Amanat Haji Hadi dengan gemaan slogan politik suku, agama suku di tetuang udara, radio dan televisyen.
Umno telah menggunakan isu tauliah guna menyekat kemaraan pidato Pas yang cukup bingit dan garang sekali pada zaman-zaman itu. Zaman berdarah di Memali serta Amanat Haji Hadi itu membuatkan segala kaset, buku dan risalah 'booklet' yang ditulis mengenainya memang laris dijual. Rakyat benar-benar dahagakan maklumat.
Isu tauliah berganti isu permit polis dan kisah kehebatan Dato' Nakhaie
Isu tauliah memang cukup panas saat itu apabila agamawan-agamawan daripada pembangkang mula berceramah. Perlahan-lahan, isu tauliah tenggelam, bagaikan batu besar yang dilontar jauh ke dasar laut yang paling dalam, lalu diganti dengan isu permit polis untuk membuat perhimpunan. Kini, isu permit polis pula yang berbaris di dada akhbar.
Kini isu tauliah kembali bergema semula. Kepada anak muda yang sukar hadam sejarah, belum meratah peristiwa Amanat Haji Hadi dan Memali, memang sukar melihat semua ini dengan jelas. Cerita-cerita mengenainya menjadi samar-samar sahaja.
Mengulas isu Memali ini, ramai juga tokoh veteran Abim dan Pas merawikan kisah lalu, "Ustaz Nakhaie dulu, bila berceramah mengenai tragedi Memali, ana menangis sebak, kita semua pun menjadi pilu bila mendengar pidatonya dalam keadaan sebak ... Ustaz Nakhaie ini memanglah tinggi ilmunya, luas pengetahuan dan dalam benar pengertiannya terhadap fiqh agama ..."
Dan banyak lagi testimonial mereka terhadap sosok Ustaz Nakhaie ini. Rasa kagum mereka ternyata masih mengembang saat mengenangkan nostalgia pada masa silam.
Lalu, kita pun tercari-cari juga di manakah letak duduk tulisan YDP Yadim ini. Ya, memang benar. Saya sebagai pencinta puisi, penggemar ayat-ayat retorik, terpegun sejenak menatap keindahan bait-bait yang tersusun di setiap rangkap puisinya itu. Hayati puisi tanpa judul di pautan url http://www.yadim.com.my/ydp/ydp.asp
Serangkai mutiara madah pujangga
dalam sejambak bunga bahasa,
tersusunan indah warna dalam lukisan makna
tidak terungkap hikmah kebesaran Ilahi
yang terpancar dari rahsia ciptaan langit dan bumi
yang terserlah dalam rangkap-rangkap suci Qurani,
Hikmah manusiawi yang kita miliki
hanya seceduk air dari lautan tidak bertepi
sejauh mana pun rasional insani berpesta dalam diri
hanya sekadar kerdip lilin menerangi malam sepi
Bila manusia merasa dirinya secerah mentari
menerangi buana kehidupan duniawi tanpa misteri
rahsia segalanya terbongkar tanpa petunjuk Ilahi
kerana manusia punya sakti dan upaya diri
Tika rasional berbicara dalam khayalan
mampu ukir wajah real dalam kejadian
di alam maya berkeliaran pesan memesan
teknologi canggih menghubung dunia tanpa sempadan
syaitan terlepas dari ikatan dan maksiat berkeliaran
lalu bumi mengaduh kesakitan
dan bencana mengaung meluah kemurkaan
kerana perlakuan manusia menginkari Tuhan
dan asyik berpesta dalam mabuk kekuasaan
amanah diketepikan, kebijaksannan dihumban
hanya kepentingan sendiri jadi keutamaan
ke mana kita di masa hadapan
dan kiamat hanya sepekan lagi akan memuntah kemusnahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul ini memang puisi beliau, salut kepada Dato' Nakhaie. Jika bukan, kita minta maaf banyak-banyak kerana kurang usul dan kurang periksa. Kita bukan mahu merumitkan keadaan dan mencipta permusuhan demi permusuhan. Kita cuma mahu memperbetul keadaan sahaja.
Kita sebutkan bahawa puisi di atas adalah puisu beliau kerana ada petikan tulisan beliau seperti di bawah ini:-
"Perjuangan untuk mempertahankan Islam itu memang tidak akan terhenti walau bagaimana sekalipun situasi yang dihadapi. Justeru, ungkapan puisi ini adalah untuk mengingatkan para pejuang kebenaran dan keadilan serta para da’i yang semakin berkurangan dan suara mereka makin sepi dalam hiruk pikuk manusia mencari kepuasan diri dan mabuk kekuasaan tanpa menghiraukan amanah dan kewajipan."
Jadi, barangkali, puisi di atas berkemungkinan besar adalah milik ciptaan beliau sendiri. Kita betul-betul rasa kagum akan hal ini, apatah lagi ketika menatap ayat ini, "dan kiamat hanya sepekan lagi akan memuntah kemusnahan."
Dr Maza juga berpuisi dan ada juga lagu-lagu puisi beliau yang diharamkan RTM. Hal itu pernah tersiar juga dalam Melodi TV3, tapi kita lupa tarikhnya. Maka, sama hebat jugalah kedua-dua tokoh ini.
Salafi, Wahabi atau pergeseran politik?
Mutakhir ini, ramai juga orang cenderung melihat hal penangkapan Dr Maza ini dengan isu Wahabi, Salafi. Apabila timbul isu begini, ada pula orang yang cenderung mengaitkan penahanan ISA ke atas pemimpin Al-Arqam dahulu, Ashaari Muhammad atas alasan kepercayaannya yang berkiblat kepada Syiah Imam 12. Syiah, Wahabi di negara ini, babak sengketa antara kedua-dua mazhab ini, mungkin mirip kepada sengketa antara Kaum Muda dan Kaum Tua pada zaman dahulu agaknya.
Semoga salahlah hendaknya andaian ini. Lagi pun, bukannya isu sengketa Syiah dan Wahabi ini yang kita mahu dengungkan di sini. Adapun tujuan kita menulis di sini, ialah kerana kita mahu bertanya sahaja - adakah penangkapan Dr Maza baru-baru ini, khasnya berhubung memorandum PGSM kepada Yang Dipertuan Agong itu, ada kaitan dengan masalah iktikad, kepercayaan Dr Maza atau disebabkan oleh perbezaan khilaf politik dan sengketa untuk merebut kedudukan dalam Yadim?
Kita tanya saja. Perlembagaan dan perundangan negara tidak menyatakan bahawa bertanya itu suatu dosa dan kesalahan. Orang yang bertanya bukan penjenayah.
Alkisahnya, dalam sidang media baru-baru ini, Dr Maza telah menjelaskan hal tawaran Perdana Menteri untuk mengisi jawatan penting dan tinggi di Yadim. Lalu, pada akhir sidang media itu, Dr Maza menembak dua butir peluru pertanyaan kepada Dato' Nakhaie. Pertama, kalau beliau (Dr Maza) tidak digemari Pas dan Umno, adakah YDP Yadim sekarang disukai Pas dengan kekalahan tokoh agamawan itu di Baling? Peluru kedua, Dr Maza meminta supaya Yadim diauditkan juga.
"Saya tanya ini, jika benarlah kriteria ini yang digunakan untuk mengisi jawatan itu," kata Dr Maza dengan sindiran halusnya. Sekali lagi, kita perlu berwaspada dan cermat meneliti juga terhadap perang-perang sengketa antara kedua-dua tokoh agamawan yang dihormati dalam bidang keilmuan masing-masing ini. Perjalanan masih jauh, tetapi sengketa antara agamawan telah banyak merencatkan perjalanan jauh beribu liku ini.
Adakah benar, perang ini bermuara daripada faham dan iktikad kepercayaan atau cuma sekadar pergeseran politik? Sekali lagi, kita bertanya sahaja dan kita harap, semua orang akan selalu bertanya begitu sebelum menyumbatkan dalam tempurung kepala dengan andaian yang bukan-bukan.
Bukannya tak tahu, sudah heboh di warung-warung dewan rakyat, telah bertepuk meja dan bersorak orang kita di parlimen kedai kopi mutakhir ini dengan pertikaian, sarat dengan muatan sengketa rantingan mengenai status syiah dan wahabi, kaum muda dan kaum tua. Di Facebook, telah pun berjela-jela komentar ringkas, adakah wahabi ini begini, begini dan adakah syiah itu begitu, begitu? Tiada pula kita dengar, adakah ini berpunca daripada dendam lama yang belum terlaksana?
Adakah ini semua bermuara daripada politik dan bukan pergeseran mazhab agama? Asal-usul tumbuh pergeseran agama sehingga muncul mazhab syiah itu bukankah ia berawal daripada khilaf politik antara Syiah Ali dan Syiah Muawiyah? Sekali lagi ini telahan yang mungkin salah dan pertanyaan juga. Bertanya bukan suatu dosa.
Kita pun bukannya mahu hidup untuk merebakkan wabak persengketaan sesama Muslim. Bukan sedikit ribut kekesalan yang kian menerpa dalam diri, dan tidak sedikit taufan keresahan yang melanda kita semua dengan kejadian yang membingungkan ini. Orang bawahan hanya terdaya membungkus kerisauannya di dalam dada.
Dan kita, hanya mampu membuang kekhuatiran yang bersarang di kepala dengan usaha menulis seperti ini. Kalau ada pihak yang mahu marah, biarlah. Kita cuma tanya saja. Kita puas hati mengutuk Najib Razak atas isu Altantuya saja. Kalau menulis isu lain dengan garang menyerang agamawan, kita pun tidak sampai hatilah juga.
Agamawan politikus (atau agamawan yang jiwa politiknya lebih menyerlah daripada jiwa dakwah) perlu merenung panjang, apakah mereka mahu sekat seruan dakwah sesama mereka atas alasan tauliah itu? Bersamalah kita merenung kembali firman dalam surah al-Baqarah ayat 114 itu.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?" ...
"Perlukah tauliah untuk mengajar agama Allah?" Badi'uzzaman Said Nursi pernah bertanya kepada para pegawai Mustafa Kamal At-Taturk yang cuba menghalangnya daripada terus menyebarkan ajaran Islam di Turki. Said Nursi yang terkenal dengan Risalah I-Nur itu akhirnya terhumban ke penjara, hidup terseksa dengan sebab kekejaman pemimpin pertama Republik Turki itu.
Arakian, merenung kembali bait-bait terakhir dalam puisi YDP Yadim itu, menerawang pula rasa kekhuatiran yang membalut jiwa ...
Tika rasional berbicara dalam khayalan
mampu ukir wajah real dalam kejadian
di alam maya berkeliaran pesan memesan
teknologi canggih menghubung dunia tanpa sempadan
syaitan terlepas dari ikatan dan maksiat berkeliaran
lalu bumi mengaduh kesakitan
dan bencana mengaung meluah kemurkaan
kerana perlakuan manusia menginkari Tuhan
dan asyik berpesta dalam mabuk kekuasaan
amanah diketepikan, kebijaksanaan dihumban
hanya kepentingan sendiri jadi keutamaan
ke mana kita di masa hadapan
dan kiamat hanya sepekan lagi akan memuntah kemusnahan.
Meneliti baris terakhir bait puisi ini, suatu pertanyaan menendang-nendang dalam kepala, apakah kini telah hampir tiba saatnya yang disifatkan sebagai, "dan kiamat hanya sepekan lagi akan memuntah kemusnahan." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|