CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: SulurBidar

Hidupan Liar Hutan Belantara Yg Belum Pernah Diteroka

[Copy link]
Post time 29-5-2012 01:36 AM | Show all posts
ulat gonggok besar?? kat umah sy  ade yg kecik je...yg biasa...cuma last year,kalo x silap...kat umah saya ni ade jenis ulat sebijik macam lipan...tp kaki die berbulu macam labah2..jalan die punye la laju..takut gak..past sy suruh adik sy gogel,die kata lipan gua...kalo kena lipan tu,mau gatal2 1 bdn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 04:44 PM | Show all posts
cerita kat bawah di ambil dari buku Tamar Jalis yang menceritakan tentang Mawas, yeti atau panggilan terkenal iaitu bigfoot.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.
Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.
Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat -cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat--ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is-lam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me-nganut agama Islam.
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang--orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu bebe-rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang ma-hukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came-ron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai-land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa-ling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke-hilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita me-ngenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 06:20 PM | Show all posts
best topik nih..... dlu aku time skolah pernah naik salah satu gunung kat pantai timur..
pernak jumpa ngan LIPAN, mmng besar sngt.. dlm 3 jengkal kot. warna merah htam gitu. sume lari slamatkan diri dlu.. laju je lipan tu jln... bnyk kaki lah katakan hehe... kitaprg baling batu je halau natang tuh.... kulit dia keras sngt kot.... xde efek pon dah kena gan batu besar2 tuh... sory xde pic.... xde hp camera time tuh. klo ada pon  x  terpikir nak snap sbb dah panik haha......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 03:29 PM | Show all posts
Reply 16# SulurBidar


    http://www.youtube.com/watch?v=VpWOAAUoL1g&feature=related

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 03:32 PM | Show all posts
Reply  SulurBidar


    ;feature=related
Zxfg47 Post at 14-7-2012 15:29



Omak ko!!!!
Aku rasa, boleh telan rimau..
TAk pun Seladang boleh dingap begitu saja..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 03:41 PM | Show all posts
Reply 45# SulurBidar


    Kau rase video tu btul ke fake? Aku rase cam btul jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 03:44 PM | Show all posts
korg penah dgr ttg mongolian dead worm?



takde kt malaysia tp org selalu jumpe kt mongolia, to be particular at gobi desert. bentuk mcm cacing cuma besar die leh mencecah 1.5 m....leh memancutkan asid dan elektrik statik utk melumpuhkan mangsa...tak pasti la wujud ke tak makhluk ni sebenarnye.....hibernasi dlm pasir selama sethn dan hanya kuar utk makan...pastu tido balik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 03:47 PM | Show all posts
Reply  SulurBidar


    Kau rase video tu btul ke fake? Aku rase cam btul jer.
Zxfg47 Post at 14-7-2012 15:41



   

Bagi aku masa nak tengok.. aku bukan pakar sgt kaji mengkaji bab photgraphy ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2012 03:51 PM | Show all posts
korg penah dgr ttg mongolian dead worm?



takde kt malaysia tp org selalu jumpe kt mongolia, to ...
annehuda Post at 14-7-2012 15:44


Aku macam terperasan bahawa tu tajuk filem..
Nanti akucarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.300636 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list