CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AwgSagi

Perihal Melayu: Adat Berhantu - Sir Frank Swettenham (1850 - 1946)

[Copy link]
Post time 7-7-2012 09:41 AM | Show all posts
thread yg bagus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2012 12:37 PM | Show all posts
Reply 16# hest

ada 2 perenggan akhir saya tak masukkan... rasanya dah tak signifikan. isinya cuma bunga2 ayat untuk penutup kisah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:53 PM | Show all posts
Reply 18# hakass009

hakass... kat cerita tu dia tak sebut. Tapi ada kisah yang bertajuk Tahyul Orang Melayu, dia ada sebut nama Tok Guru Sultan Perak bernama Haji Wan Muhammad Abu Hasan
yang menulis surat kepada beliau menyatakan ketidak-bersetuju beliau mengenai perbincangan masalah tahyul dengan Sultan ketika itu, rujuk post #30: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=659028&extra=page%3D1&page=2

Apabila saya tanya Pakcik Google, dia bagi saya site & info kat bawah ni:

http://www.thaqofah.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=107:haji-wan-muhammad-mufti-sultan-perak-darul-ridzuan&catid=16:ilmuan-islam&Itemid=22

Mufti kerajaan Perak

Mengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.

Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).
Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.

Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.

Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 01:21 PM | Show all posts
hmh..mcm pernah baca dalam mastika pasal adat berantu ni...
Nostalgik nama frank swetenham nih masa aku sekolah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:50 AM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 03:48 PM | Show all posts
Entah bagaimana Pawang yang sepatutnya masa itu sudah tidak sedarkan diri, sedar pula tentang hal ini, lalu dengan pelita itu, menaburkan lantai di sekelilingnya dengan beras kunyit dan air mawar;
AwgSagi Post at 6-7-2012 16:21


ada bau-bau sarkastik di situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2012 04:19 PM | Show all posts
Reply 27# medaz

Yep. Mungkin dia hairan kot sebab sepatutnya dah tak sedar hal sekeliling.

Pernah menyaksikan rawatan secara Adat Berhantu medaz?

Saya pernah. Cuma sedikit saja bezanya dengan apa yang dilalui oleh Swettenham.

Yang saya saksikan tu, ada 2 jenis instrumen muzik digunakan, biola dan gendang. Untuk permainan ketika awal ketibaan perawat ghaib itu, digantung mayang pinang kat atas palang rumah. Mayang tu akan digunakan untuk 'orang yang datang' bermain-main sebelum 'dia' bertanyakan hajat orang2 yang hadir, of course, melalui menurun kat bomoh yang lead upacara tersebut.

Lain2 benda yang kena sediakan ialah harum-haruman seperti minyak duyung, kain kuning untuk ikat kepala / sapu tangan / tutup muka, dan rokok brand olskool seperti capstan / benson / dunhill / daun pucuk.

Melihat upacara ini seolah-olah melihat wayang bangsawan yang melibatkan raja2 dahulukala. Cara bercakap pun boleh berubah-ubah ikut siapa yang turun kat lead bomoh tu. Kalau yang turun tu Raja, cara bercakap pun beradab dan ada yang pandai berseloroh.  Kalau yang turun tu Panglima, dia tanya pun direct takde nak berseloroh & biasanya pemarah, especially kalau apa yang dia nak tak di bawa, contoh seperti rokok tak betul, ikat kepala / tanjak bomoh tak betul seperti ikatan panglima dll.

Setelah membaca banyak peristiwa mengenai Adat Behantu ni, kesimpulan peribadi saya, kaedah yang digunakan tak jauh berbeza di antara masyarakat melayu, samada di Malaysia atau di Brunei.

Cuma perbezaan yang paling ketara ialah, tokoh2 yang dipanggil oleh Lead Bomoh untuk turun masuk ke tubuhnya bagi merawat orang yang berhajat. Biasanya mengikut nama2 tokoh2 yang dikenal di kawasan itu.

Contohnya di Brunei, kat tempat yang saya saksikan tu, antara tokoh yang turun ialah, Semaun (yang paling kerap dan beliau terkenal di Brunei sebagai orang kuat di zaman awal kesultanan Brunei), Raja Bukit Sagan, Raja Pusaran Air dan lain2. Kebanyakkannya berstatus raja yang mengawal sesuatu daerah di alam mereka atau orang yang pernah terkenal kerana kekuatan atau kelebihan2 tertentu.

Demikianlah sedikit saya kongsikan pengalaman saya menyaksikan Adat Berhantu. Sekarang ni rasanya dah semakin tak dipraktikkan rawatan secara berhantu ni. Nampaknya perawat juga berrevolusi. Kaedah moden sekarang ni dah tak pakai sangat ritual2 yang memerlukan 'satu orkestra' untuk memanggil makhluk ghaib ni. Perawat sekarang pun dah advance guna teknologi juga, ada yang tak perlu pertemuan fizikal dengan pesakit.

Mungkin, pada pandangan saya, makhluk2 yang biasa datang ketika Adat Berhantu tu pun dah tak wujud atau telah memberi jalan kepada generasi penganti mereka yang ikut membuat transformasi sesuai dengan transformasi yang dibuat manusia.

Adakah mungkin? Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 05:10 PM | Show all posts
Reply 28# AwgSagi


   Siapa cakap x wujud..ada lagi. Cuma bila hidayah dan ilmu mengenai agama Islam berkembang di kalangan masyarakat kita, maka terpinggirlah adat2  dan upacara Melayu yang menyalahi akidah ini. Jin2 pun dah xde siapa lagi nak mengampu / membodek / meminta tolong / memberi makan kepada mereka.
Maka benarlah ayat Al Qur'an yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. -
(ayat 6: Surah Al -Jin)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 12:27 PM | Show all posts
informasi yg terbaikk...

kalu la misteri nusantara korek benda2 mcm ni kan ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 12:37 PM | Show all posts
Reply 29# evilcooler

Betul masih wujud, tapi kurang dipraktikkan. Atau mungkin kaedah atau nama dah berubah... rebranding kata orang sekarang. Panggilan Adat Berhantu tu bunyinya jer dah ada hubungan dengan mahkluk alam ghaib, jadi kenalah ubah bagi nama sedap2 kot.

Anyway... surah Jin tu pun ada menyatakan ketakjuban golongan jin ketika mereka terdengar Nabi SAW membacakan ayat2 dari Al-Quran. Hanya jin2 yang menyimpang dari jalan Allah jer yang takut dengan ayat2 Allah, kerana, seperti juga manusia, golongan jin juga tertakluk kepada mematuhi suruhan2 Allah SWT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 12:44 PM | Show all posts
Reply 30# stryder_cats

stryder... kurang pasti sesuai untuk dipertontonkan. dilakonkan mungkin boleh.

sebabnya... upacara yang saya saksikan tu ada syarat yang perlu dibuat kalau tak... dikatakan tak menjadi. syaratnya... tak boleh guna kuasa elektrik atau enjin generator. masa buat tu, kitaorang cuma guna lampu minyak tanah dan rumah lead bomoh tu langsung tak guna elektrik... sebetulnya rumah dia kat sawah pagi.

besar kemungkinan juga, yang turun tu makhluk2 yang olskool tak menerima pembaharuan dalam dunia mereka atau mungkin mereka terkesan dengan arus elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply 1# AwgSagi

mana ya
    nak beli buku ni? cari kat kedai buku,popular n kedai buku yang femes takde la buku ni..berminat nak beli ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 02:20 PM | Show all posts
Reply 33# imanamsyar

saya tak beli, pinjam kat public library

buku terbitan:
Penerbit Universiti Malaya


www.um.edu.my/umpress


ISBN983-100-145-1
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.488244 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list