CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2767|Reply: 14

asrama

[Copy link]
Post time 25-10-2012 02:05 PM | Show all posts |Read mode
tak tahu pula kalau cerita aku ini pernah disiarkan atau sama seperti post2 sebelum ni...
tapi yang akan aku ceritakan ni adalah dari pengalaman aku sendiri dan tidak terbawa-bawa hasil pembacaan dan penulisan lain...

asrama ni terletak dihujung padang sebuah sekolah di daerah sepang...sekitar tahun 1999..bukan asrama kerajaan negeri..
gambaran serba sedikit mengenai asrama ni, nak ke asrama ni akan melalui kuartes guru..kemudian akan jumpa dewan makan diatasnya adalah surau.. disebelah dewan makan pula ada 2 blok dorm perempuan dan 2 blok pelajar lelaki..yang memisahkanya adalah bilik mandi pelajar lelaki dan perempuan...bagi pelajar lelaki, perlu melintasi blok perempuan dan bilik warden untuk sampai ke dorm...sebelah kiri kawasan asrama tu lereng bukit..sama dengan belakang asrama pelajar lelaki...

masa mula2 jejakkan kaki seperti biasa maklum la junior dan masih budak2 lagi..
kisah seram ni bermula dengan sebuah van asrama yang dah lama rosak dan tersadai didepan bilik warden..kalau siang namapk van ni seperti xde masalah...
tapi kalau malam, van ni paling menyeramkan...lagi2 pelajar lelaki..perlu melalui bilik warden dan van ni untuk sampai ker dewan makan...pelajar senior slalu raging junior kan..adat selokah berasrama.. kami yang junior ni slalu kena..malam kena g ambil air kat dewan makan.senior ni pula time2 kul 12 kul 1 la haus..nak tak nak, saye terpaksa la pergi dengan teman..masing2 junior..sampai kat bilik warden, masa tu dorm pelajar perampuan dah gelap lgpon dah kul 1pagi... nampak macam biasa, aku dengan Amin (bukan nama sebetul) buat selamba g ambik air..masa nak balik ke dorm hati memang tak takut sebab tade apa2 tadi...so jalan dengan lenggang kangkung..samapi jek tepi van tu, bulu roma berdiri tegak, aku dengan amin terdiam, terpaku macam tak boleh gerak...

dalam terpaku tu, aku cuba ingat surah2 suci al-quran, tapi xberjaya ingat walaupon al-fatihah... oh lupa Amin ni badan dia agak gempal,gemuk dan rabun dia agak kuat..tapi berlagak xnak pakai cermin mata..haha.. sambung tadi, keadaan tu xpasti berapa lama...tiba kami dengar bunyi-bunyian dari arah van..rupa2nya ada lembaga hitam dalam van tu..dia duduk di seat sebelah pemandu memandang ke arah kami..besar lembaga tu, kalau tengok bukan saiz manusia biasa.tak tahu pila kalau badan berbulu ke tak...dengan mata yang merah..berpeluh kami masa tu ketakutan.tiba2 kaki boleh bergerak, dengan pantas lari masuk dorm..botol air tadi tak tau kemana...percaya atau tak, Amin yg berbadan gemuk tu lari lagi laju dari aku..

sampai jek dorm kami xcakap banyak..sebab macam tak percaya apa yang kami nampak tadi...keesaokanya aku dengan Amin demam dan di cop homesick. aku tak nak bagitau sesiapa takot menakutkan junior yang lain...

*ti ada masa aku sambung..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 02:21 PM | Show all posts
...sambunglah..selamat hari raya~
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:58 PM | Show all posts
Wahhh Sila sambung semula ya.. Tak sabar nak tahu apa jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2012 08:01 PM | Show all posts
Ok...kita sambung lagi....

Sapa2 yang pernah duduk asrama biasa penah fly malam kan....aku pon tak terkecuali....
Rasanya ada 1 malam, aku,amin dan fizi... (fizi ni besar skit dari Amin) nak g fly sbab petang tu dapat makan sikit je.. Senior makn xingat junior...haha....jam masa tu kul 10.30mlm....kami nekad nak keluar....supsap kami dah diluar kawasan sekolah....oh ya...belakang asrama, kebawah skit ada laluan pejalan kaki...kira macam. Trek joging....sepanjang laluan trek joging ni sebelah kiri ada longkang besar...dah kiri kanan lereng bukit....

Selesai pekena nasi goreng dgn air sirap, kami nak balik ikut jalan yang sama, tapi terhalang sbb nampak pak guard skolah tu tengah borak dengan anggota polis.. Polis ni pula slalu aim budak2 asrama....nakal sangat kot budak asrama ni...he...
So terpaksa buat 1 pusingan besar...nak ikut belakang. Separuh jalan ok sebab lalu kawasan perumahan. Bila da sampai laluan pejalan kaki, dlm 300meter sampai pagar asrama, kami seperti terasa sesuatu yang tak kena. Dengan serta merta kami jalan seiring..aku kat tengah2 memandangkan badan aku masa tu kurus, bila menghampiri sebuah pondok rehat, bulu roma terus berdiri. Pondok ni biasanya cerah...maksud aku kalau ada orang kat pondok tu mest nampak kelibat sebab kawasan tu terkena lebihan sportlight dari pusat memandu yang dekat...

Tapi malam tu pondok tu nampak gelap, seolah-olah ada dinding. Gelap sgt.....tiba2 ada suara berdehem..macam senjaga dibuat2 macam nak kami toleh kearah pondok tu. Kami toleh tp tak nampak apa2..gelap. Bila kami pandang depan balik, perasaan takut yang amat sangat datang..serentak kami bertiga berhenti dan terpaku.

Masing-masing terkelu dan takut. Kami seperti dibawah sesuatu, melintasi bawah sesuatu. Kiri Amin dan kanan Fizi seperti ada tiang yang sebesar 2tiang elektrik tepi jalan....kami tengok betul2, tiang tu berbulu!!!kiri dan kanan kami..tersentak pandang keatas, ada sepasang mata sedang memerhatikan kami bertiga. Tak pasti ketinggian mahkluk ni..sebab kami betul dibawah 'dia'. Lebih tepat di celah kelangkang. Ntah dari mana datang kekuatan kami bertiga lagi menuju pagar asrama tanpa menoleh kebelakng.

Kat pagar tu ada lubang biasa pelajr lelaki guna untuk fly malam. Skali lagi amin dan fizi buat aku terkejut, mereka boleh terjun tiruk nak masuk lubang pagar tu..padahal slalu bukan main susah lagi dorang nak lepas lubang tu...mungkin terlalu takut....sampai dalam dorm, masing2 buat xtow...peljar lain perasan muka kami pucat dan berpeluh....kami jawab, kena kejar anjing je...xnak panjangkan cerita....


*sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 10:03 PM | Show all posts
seronok+seram.
tergelak aku bce perkataan tiruk tu. haha. sambung lg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 11:22 PM | Show all posts
sambung2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 11:58 PM | Show all posts
menarik. kalau ada lagi cepat2 sambung. raya2 pun nak feel seram jugak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2012 11:50 AM | Show all posts
Menarik!!
Sila sambung cepat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2012 01:32 PM | Show all posts
kakidiam posted on 25-10-2012 08:01 PM
Ok...kita sambung lagi....

Sapa2 yang pernah duduk asrama biasa penah fly malam kan....aku pon ta ...

Kalau tak silap, tu hantu galah kan? Huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2012 02:49 PM | Show all posts
Aku sambung lagi.....

Ada satu hari, malam minggu kalau xsilap aku, biasa la aktiviti bebas...ada yang basuh baju, borak-borak, main carom. Masa tu pelajar lelaki yang tinggal dalam 15orang. Jam menunjukkan pukul2pagi...kononya nak overnight la. Dorm ni ada 3 pintu. Depan,tengah dan belakang. 2tingkat dorm ni.tanggan pon ada 3.pelajar yang duduk bawah ada katil.  Ata pula cuma dapat tilam yang tebal. Tp pelajar senior biasa doublekan tilam biar tinggi skit.

Aku masa tu tengah baca komik, brader tu da kumpul..dengan radio yang terpasang, pelajr lain gelak2. Macam biasa..havoc dan meriah. Tiba2 pintu belakang diketuk. Banyak kali. Kemudian pintu tengah dan pintu depan. Kami ingat ada pelajar lain nak kenakan kami, akan tetapi bila difikirkan balik, tak sesiapa yang keluar walaupon nak pergi tandas.

Kami dah rasa lain macam, ketukan terhenti, semua aktiviti yang dorang buat td terhenti, masing mula berkumpul. Pelajr senior mengingatkan kami, selagi hari belum cerah atau x dengar suara manusia, jangan buka pintu walau apa sekali pun. Bulu roma berdiri lagi. Kali ni 3 3 pintu digegarkan. Macam nak tercabut dibuatnya. Masa tu kami sedar, tu bukan tindakan manusia. Memang kuat pintu dorm kami digegarkan. Ketakutan memang nampak pada muka pelajr2 lain..amin dgan fizi jangn cakap la. Dah pucat muka.

Tiba2 dengan tak semena-mena, ketiga-tiga pintu terbuka dengan kuat. Padahal kalau nak difikirkan logik memang sush pintu tu nak terbuka macam tu, setiap pintu da 6lock..2 atas 2 bawah 2 tengah.  Masa terbuka ketiga-tiga pintu angin memang kuat.boleh dengar pokok bergoyang. Anjing menyalak. Kami xberani nak keluar atau nak tutp pintu. Semua tercengang.

Dalam angin kuat tu, tiba2 ada satu kelibat lembaga hitam masuk dari pintu depan dan keluar pintu belakang...seolah-olah berlari..zuppp..hilang..besar dan hitam. Wajahnya tak nampak. Kami terpaku.terkejut dan ketakutan. Bila lembaga tu keluar ikut pintu belkang, angin yang kuat tadi terus terhenti. Pulih seperti biasa. 15 orang pelajar tadi termasuk aku, amin dan fizi, ketakutan tanpa bersuara, hilang. Menyembunyikan diri. Ada yang dibwh katil, dicelah antara dua tilam, dan aku, ada dalam almari baju dan yanng pasti bukan almari aku..

Sampai kepagi kami macam tu. Takut punya pasal. Nasib xde yang kena rasuk ke apa ke. Termasuk beberapaa pelajar senior..chettt.
Apa da punya senior...



*akan disambung kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 02:01 AM | Show all posts
best cerita ni. TT sambung cepat okayyy ;D


Selamat hari raya TT
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 02:28 PM | Show all posts
slmt hari raya....
sambung ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 03:31 PM | Show all posts
kakidiam posted on 26-10-2012 02:49 PM
Aku sambung lagi.....

Ada satu hari, malam minggu kalau xsilap aku, biasa la aktiviti bebas...ada ...

Sempat lagi lari masuk dlm almari baju ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 01:35 PM | Show all posts
sambung..sambung....

kali ni chapter tandas plak...penah juga member kena dalam tandas..main kira2...biasa la kalau asrama ker pa ker mesti tandas berderet-deret kan....kawan ni baik punyer time nak terbuang...lebih kurang time tu kul 10 malam..hari jumaat malam sabtu.student lain ramai yang balik...jadi dia pon g toilet memandangkan xnak kongsi rokok...nak hisap sorang2, selambe jek g tandas. tengah baik termenung, tiba2 terdengar tapak kaki..mungkin masa tu kawan fikir ada orang lain juga masuk tandas.masa tu di pilih tandas kedua akhir..second last macam tu. dia pun tak fikir apa-apa...dan-dan ada suara budak pulak..

"yang ni takda orang....yang ni pun takde orang...."

kawan dah makin takut sebab makin dekat dengan dia. alih-alih sampai depan tandas kawan ni..

"eh..eh...yang ni ada orang la..kih..kih..kih...."

kawan tu dengan xfikir pape lagi, buka pintu, xcuci tuh...tengok xda ap-apa..meremang bulu roma dia. tegak. dengan pantas dia lari..ketuk pintu dorm panggil sorang member..suh teman dia nak cuci..hahahaha...siap blanje rokok sebatang jangan bagitau orang lain..

ada kes lain...biasa la hari minggu kan..aktiviti tdo pastu basuh baju..memandangkan tempat nak cuci agak terhad, kena la bergilir2..kalu student junior malas nak fikir, cuci kan lantai je. ada abang senior ni, dia cuci sabtu malam ahad, xperlu berebut la kan..
tengah baik punyer cuci siap bawak radio (tak tow la boring ke takut kan..) tup..tup...berus basuh dia terlepas..tempat cuci ni agak tinggi, dalam 1.5-1.7 meter tinggi..(ntah sape la yang design tempat ni). dia pon tunduk nak ambil berus tu, macama biasa jek..tiba-tiba dia terpandang ada kotak kayu agak panjang baek kat bawah tempat basuh tu.

"...bila pulak ada orang simpan loker dalam tandas ni.." fikiran dia agak blur2 masa tu sambil garu-garu kepala..

bila dia tengok betul-betul dari sudut lain, mengucap kawan ni..apa yang dia ingatkan loker tadi rupa-rupanya KERANDA...
bulu roma meremang tegak...tanpa cakap apa-apa...zuppp....zappp......dia hilang meninggalkan basuhan yang separuh jalan...bila dia masuk dorm, konon nak buat muke biasa, dengan muke pucat, buih sabun ada kat tangan lagi masa, student lain macam dah memahami, sampai ke pagi baru sume g tandas..hahaha...

ada skali tu, kazen datang melawat, lelaki dalam usia dia lebih kurang hujung 20-an masa tu..nampak macam alim..kira dia rajin ikut2 tabligh..belajar ilmu agama..dia nak ikot masuk dorm konon nak pergi tandas, padahal nak join aku hisap rokok jap..

"jang..aku nak singgah tandas jap..."
aku pon tunjuk pintu nak masuk tandas..sambil berjalannak masuk dorm, tiba2 samapai depan pintu dorm jek, tengok2 belakang dia pon ada kat belakang..aik..bukan main cepat aku tya...express ker..??

"tak lah..dahsyat betul tandas korang..ada orang berlatih main pedang..."

"hahahaha...." sambil ku membalas dengan senyuman...



**sambung lagi ek nanti... cheeto^^
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 02:44 PM | Show all posts
kakidiam posted on 29-10-2012 01:35 PM
sambung..sambung....

kali ni chapter tandas plak...penah juga member kena dalam tandas..main kira ...

yg ni macam dalam cerita Karak, tak silap ada gak hantu budak yg main kira tandas ni hehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.096382 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list