CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sunsweet78

[MERGED] ALL ABOUT HEPATITIS

[Copy link]
Post time 16-8-2007 01:33 PM | Show all posts
amboi, takutnya dengar... nie mula la kene berjaga-2... kene check nie... risau giler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2008 05:05 PM | Show all posts

hepatitis B..

ermm.. can i get some information about hepatitis B nie tak? Segala perkara yg berkaitan dgn penyakit nie.. n link yg leh sy rujuk utk penyakit nie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 05:34 PM | Show all posts
Penyakit Hepatitis B

Apakah itu Hepatitis B

    Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.
    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?
    Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:
  • Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui:
  • pemindahan darah, hemodialisis
  • berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan),pisau cukur, berus gigi
  • kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
  • mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
Perinatal (sekitar kehamilan) daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang- orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
  • Pesakit Hemodialisis
  • Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
  • Mereka yang mengidap penyakit kelamin
  • Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.
Tanda dan Gejala
  • Gejala seakan-akan mendapat selesema
  • Demam
  • Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
  • Keletihan dan lemah
  • Hilang selera makan
  • Loya dan muntah
  • Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)
Jenis Hepatitis B
Berbentuk akut:
  • Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
  • Mereka boleh sembuh sepenuhnya.
Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)
  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
  • Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.
Komplikasi
  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
  • Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki
Langkah-langkah umum yang perlu diambil:
  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).
Rawatan
    Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman
virus.

Petua Pencegahan
    Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.
    Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa
bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.
  • Suntikan pertama
  • selepas sebulan - suntikan kedua
  • selepas 6 bulan - suntikan ketiga
Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam
  • Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.
  • Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.
  • Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.
  • Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.
  • Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
  • Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
  • Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
  • Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
  • Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:34 PM | Show all posts

hepatitis B (80% punca barah hati)

Hepatitis B punca 80 peratus barah hati

    Oleh Hafizah Iszahanid
               

     HEPATITIS B juga boleh berjangkit melalui proses kelahiran.

                   Ramai tidak tahu virus hepatitis 100 kali lebih berjangkit daripada HIV

HEPATITIS B adalah jangkitan hati yang serius disebabkan virushepatitis B (HBV). Bagi sebilangan orang, jangkitan itu boleh bertukarmenjadi kronik sehingga membawa kepada kegagalan hati, barah hati atausirrosis (keadaan yang menyebabkan hati berparut untuk selama-lamanya).Malah, HBV dikatakan punca utama barah hati dan sirrosis yang kronik.

Mengikut statistik, hepatitis B kronik menduduki tangga ke 10dalam carta punca kematian paling utama di seluruh dunia dengankira-kira 350 juta orang dijangkiti sepanjang hayat.
        
     Malah, hepatitis B kronik juga menjadi punca 80peratus daripada barah hati utama dunia. Dianggarkan setiap tahunkira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit hati kronikyang berkaitan dengan hepatitis B. Di Malaysia, dianggarkan 5.24peratus penduduk mengalami hepatitis B (kira-kira 1.3 juta).

Secara saintifiknya, hepatitis B berpunca daripada virushepatitis B yang menyerang sel hati. Virus ini boleh dipindahkandaripada ibu kepada anak ketika proses kelahiran atau menerusipemindahan darah atau pendedahan terhadap darah dan bendalir laindaripada pesakit.

Virus ini 100 kali lebih berjangkit daripada HIV, dankebanyakan orang tidak menyedari mereka dijangkiti. Ini kerana gejalapenyakit hepatitis B mungkin tidak muncul dengan serta-merta. Justeru,ramai pesakit hepatitis B kronik mengambil sikap sambil lewa dalammendapatkan pemeriksaan. Sikap ini juga mungkin didorong oleh kurangnyapengetahuan mengenai program rawatan yang khusus untuk mengawal virushepatitis B.


                        
GAMBAR hati yang diserang sirosis (atas) dan hati normal.

                        

Presiden Yayasan Hepar Malaysia (MLF) yang juga Ketua PengarahKesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata penting untuk pesakithepatitis B kronik mendapatkan pemeriksaan menyeluruh bagi menentukantahap penyakit mereka supaya rawatan yang khusus boleh dijalankan.

Katanya, ada juga kes membabitkan segelintir doktor yangtidak mengetahui wujudnya protokol rawatan untuk pesakit hepatitis B.Ini menyebabkan timbulnya salah anggap oleh pesakit yang berasakanmereka tiada harapan untuk mendapatkan rawatan.

"Sikap segelintir doktor itu adalah masalah yang seriuskerana pesakit yang tidak mendapatkan rawatan kemungkinan besar akanberhadapan komplikasi penyakit yang lebih serius seperti penyakit hatikronik, sirrosis dan kanser hati.

"Oleh itu, pesakit hepatitis B seharusnya didiagnosis supayadapat ditentukan sama ada rawatan diperlukan atau tidak selain jenisdan tempoh rawatan yang sesuai. Walaupun ada sebilangan pesakit yangtidak memerlukan rawatan serta-merta, mereka ini juga harus mendapatkannasihat doktor supaya komplikasi penyakit boleh dielakkan," katanya.

                                Katanya, diagnosis awal serta rawatan yang betul dapat menyelamatkannyawa. Paling penting, hepatitis B boleh merosakkan hati dan disebarkankepada orang lain walaupun anda tiada memiliki sebarang tanda dansimptom.

  "Justeru, penting untuk anda membuat ujian jika anda percaya anda terdedah pada jangkitan hepatitis B," katanya.

Bagaimanapun, katanya jangan terpedaya untuk membeli sebarangmakanan tambahan yang boleh membaiki fungsi hati tanpa sebarangpengesahan daripada doktor pakar yang bertauliah.

Gejala

Bagi sesetengah orang, hepatitis B menunjukkan simptomnya padaperingkat awal (terutama bagi bayi dan kanak-kanak) tetapi bagisesetengah yang lain pula tanda awal tidak kelihatan. Secara umumnyagejala hepatitis B akan muncul 12 minggu selepas anda dijangkiti dan iaboleh terjadi sangat serius atau pada tahap 'lemah' (mild).

Rawatan

Ada banyak rawatan hepatitis B yang ada di pasaran. Antaranya Sebivo
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:41 AM | Show all posts
bukan hepatitis B saje yg bleh menyebabkan liver cirrhosis n barah hati.
tapi, hep c pun bleh menyebabkan barah hati juga
it's a silent killer
lagi teruk dari aids.
u wont notify that u r having hep b/ c virus unless pegi buat blood test.

i know a lot about this because my late dad passed away because of this.
am sorry to say, if tanda2 atas tu sume dah kuar,
maknanya, memang dah hampir pada mati unless buat pindahan hati.
tapi, chances of having the virus again pun high juga.

alhamdulillah,
ica dah buat blood test n takde virus tu
sesape yang ade lebih duit, baik buat blood test n amik anti virus dia.
tak mahal sangat la.
kurang dari RM200
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 12:28 AM | Show all posts
ada sesapa yg boleh citer tak apa bezanya antara simptom hep b & hep c yeh? tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2008 07:46 PM | Show all posts
Hepatitis B lebih mudah berjangkit
Oleh Hafizah Iszahanid

TANPA rawatan, bayi baru lahir juga berisiko tinggi untuk menjadi pembawa HBV.

JANGAN culas jika sepanjang kehamilan, anda perlu melalui pemeriksaan setiap bulan. Jangan berkira mengenai masa yang perlu diperuntukkan jika terpaksa membuat pelbagai ujian tertentu sepanjang kehamilan itu.

Ujian seperti ini bukan saja mengesahkan keadaan kesihatan anda tetapi juga mempengaruhi janin. Misalnya bagi seorang wanita hamil yang dijangkiti virus hepatitis B, wujud risiko ia akan berjangkit pada fetus.

Sama ada bayi akan dijangkiti virus, bergantung pada bila jangkitan terjadi. Jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan, risiko jangkitan kurang daripada 10 peratus untuk bayi mendapat virus. Jika pada akhir kehamilan, risiko itu meningkat hingga 90 peratus.

Pakar Perunding Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Rosmawati Mohamed, berkata hepatitis serius pada bayi hingga boleh mengancam nyawa. Malah, bayi mungkin berisiko alami masalah kesihatan yang lebih serius.

Beliau berkata, tanpa rawatan, bayi baru lahir juga berisiko tinggi untuk menjadi pembawa. Justeru, bayi boleh menyebarkannya kepada orang lain. Apabila mereka membesar, 25 peratus pembawa berisiko untuk meninggal dunia disebabkan barah hati.

"Hepatitis B selalunya tidak mendatangkan masalah ketika kehamilan. Bagaimanapun, virus boleh disebarkan kepada bayi ketika proses kelahiran, sama ada kelahiran itu normal atau pembedahan," katanya.

WANITA hamil perlu mengambil ujian hepatitis B.

Bayi baru lahir yang tidak menerima vaksin hepatitis B mula menunjukkan simptom jangkitan yang akut dalam tempoh sebulan atau empat bulan selepas dijangkiti.

Bagi kebanyakan kes, mereka mula menunjukkan jangkitan antara empat hingga enam bulan. Tidak seperti orang dewasa, bayi yang diserang hepatitis B selalunya kronik.

"Oleh itu wanita hamil perlu mengambil ujian hepatitis B. Doktor akan memberi bayi vaksin dalam tempoh sehari selepas dilahirkan," katanya.

Secara umum, hepatitis B yang kronik adalah masalah kesihatan global yang serius. Ia berada dalam kedudukan ke 10 penyebab utama kematian. Disebabkan virus hepatitis B (HBV) yang menyerang sel hati, hepatitis B kronik boleh menyebabkan parut pada hati (cirrhosis), barah hati, kegagalan hati dan kematian.

Justeru, ia menjejaskan kesihatan sekitar 350 juta orang dan bertanggungjawab pada 1.2 juta kematian setiap tahun. Antara 15 hingga 25 peratus mereka yang terjejas secara kronik akan mati disebabkan komplikasi jangkitan HBV seperti cirrhosis dan barah hati.

Prof Dr Rosmawati berkata, jika jangkitan berlaku lebih daripada enam bulan, ia dianggap sebagai jangkitan yang kronik dan selalunya akan kekal sepanjang hayat. Ada kalanya pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi ada yang mengalami jaundis, sakit perut, hilang selera makan, muntah dan sakit sendi.

Dianggarkan hampir 78 peratus kes hepatitis B yang kronik terjadi di Asia dan dianggarkan 360,000 kematian disebabkan hepatitis B terjadi setiap tahun membabitkan populasi Asia Timur saja. Di Malaysia, kelaziman kadar hepatitis B di kalangan populasinya adalah 5.24 peratus iaitu sekitar 1.3 juta penduduk.

"Ramai orang tidak tahu bahawa HBV mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV. Di kawasan ia menjadi endemik, kebanyakan populasinya dijangkiti sejak bayi atau kanak-kanak," katanya.

Malah, jangkitan atau pindahan HBV paling kerap terjadi antara ibu dan anak ketika proses bersalin. Ini kerana ibu tidak menyedari dia adalah pembawa atau pesakit hepatitis B yang kronik.

Selain itu, HBV juga tersebar melalui pemindahan darah, berkongsi atau menggunakan semula jarum (seperti proses bertatu) atau seks tidak selamat. HBV tidak tersebar melalui minuman atau makanan, berkongsi tandas, menyusukan bayi, berpeluk atau berkucup atau bersin dan batuk.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang dijangkiti HBV tidak menunjukkan sebarang simptom. Malah, mereka mungkin mendapati ujian darah untuk fungsi hati adalah normal. Secara umum, HBV tidak menunjukkan simptom yang spesifik dan pesakit tidak menyedari risiko barah hati sehingga ia menyerang pada tahap sangat serius.

"Barah hati selalunya membawa kematian kerana ketika barah itu masih pada tahap awal, tiada simptom ditunjukkan. Ini menyebabkan diagnosis barah hati selalunya pada tahap yang lewat," katanya.

Berbanding wanita, lelaki lebih kerap diserang barah hati apatah lagi jika memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan masalah yang sama. Lazimnya, barah hati akan terjadi pada usia antara 35 hingga 65 tahun.

Rawatan

Mendapatkan vaksin adalah langkah terbaik mencegah hepatitis B. Sebanyak 116 negara melaksanakan program imunisasi HBV manakala hanya 10 peratus saja kanak-kanak sihat yang menerima vaksin ini gagal membina antibodi mencegah HBV.

Anda perlu tahu vaksin tidak bermanfaat untuk mereka yang sudah dijangkiti HBV. Di Malaysia, suntikan melindungi daripada HBV sudah dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan sejak 2002. Bagaimanapun, untuk kanak-kanak yang lahir sebelum 2002, mendapatkan vaksin hepatitis B adalah antara agenda yang perlu diberi pertimbangan.

Suntikan ini penting kerana kanak-kanak yang dijangkiti HBV selalunya akan berhadapan dengan jangkitan yang kronik. Malah, tanpa vaksin, sebanyak 90 peratus bayi dijangkiti HBV pada tahun pertama kehidupannya. Sementara antara 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti pada usia antara satu hingga empat tahun juga akan dijangkiti HBV kronik.

Risiko kematian disebabkan barah hati dianggarkan 25 peratus pada mereka yang dijangkiti HBV kronik ketika kanak-kanak.

Ada pelbagai vaksin mencegah jangkitan HBV di pasaran, antara yang terbaru ialah Sebivo yang dibangunkan Novartis.

FAKTA : Bagaimana HBV merebak?


  • HBV lebih mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV
  • Virusnya boleh ditemui dalam dalam darah, air liur, air mani dan cecair vagina.
  • HBV tidak merebak melalui udara, makanan, air, susu ibu, berpelukan, bercium, batuk, bersin atau berkongsi gelas minuman atau makanan.
  • Penyebaran HBV daripada emak kepada anak berlaku ketika bersalin sama ada proses bersalin itu melalui saluran peranakan atau pembedahan.
  • Sebanyak 90 peratus bayi yang dijangkiti ketika lahir jika tidak menerima rawatan akan alami HBV lebih kronik.
  • Kebanyakan warga Asia dan Afrika dijangkiti HBV ketika kanak-kanak atau ketika dilahirkan.
  • Kebanyakan warga Eropah dan Amerika pula dijangkiti HBV ketika remaja menerusi aktiviti seksual dan penggunaan dadah.
  • Lebih daripada 2/3 kes HBV tidak menunjukkan sebarang simptom.
  • Kadangkala jika simptom muncul, ia selalu disalah tafsir sebagai influenza, demam, letih, sakit sendi, sakit otot, hilang selera makan, pening dan muntah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 05:53 AM | Show all posts
Originally posted by notebook at 10-2-2008 12:28 AM
ada sesapa yg boleh citer tak apa bezanya antara simptom hep b & hep c yeh? tq



file:///C:/DOCUME%7E1/User/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/User/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 05:54 AM | Show all posts
HAV- hep A virus

HBV- hep B  virus


dan


seterusnya

.
.
.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 04:28 PM | Show all posts

Reply #2 nafham's post

saya nk tye sikit, dimana kita boleh dapatkan suntikan Hepatitis B nie dan berapakah bayaran yg dikenakan? terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 07:34 PM | Show all posts

Reply #3 syahlavender's post

insyaAllah setiap klinik ade...

setiap satu suntikan rm45 rasanya...


tp lain tempat lain harga...

tp kena cek darah dulu... hep b cek klu x silap rm30
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by syahlavender at 29-5-2008 04:28 PM
saya nk tye sikit, dimana kita boleh dapatkan suntikan Hepatitis B nie dan berapakah bayaran yg dikenakan? terima kasih...


aku amik kat KK free je...
kwn2 aku amik under faculty kene RM45...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 06:13 PM | Show all posts
HVB serang hati




MUNGKIN ada individu berumur 20 tahun ke atas tidak sedar mereka pembawa virus Hepatitis B (HVB). Sebagai pembawa dan dalam usia semuda ini, anda tidak mengalami masalah kesihatan kerana kesan serangan HVB biasanya kelihatan apabila seseorang itu berumur 40 tahun ke atas.

Bagi individu dewasa, belum terlambat untuk mendapatkan perlindungan kerana suntikan vaksin bukan saja dapat 憁elemahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:57 PM | Show all posts
minta maaf mencelah. semuanya takut pada Hpt B sampai takut nak bekerja dengan Pembawa Hpt.B.

sebenarnya di malaysia , hampir 2 juta orang mengidap penyakit ini. ini tidak termasuk yg tidak mengetahui mereka ada penyakit ni sebab tak pernah buat ujian darah. bangsa yg byk adalah cina.

bila kena virus ini, badan sepatutnya akan menghasilkan antibodi sendiri bagi menghapuskan virus ni. ramai org yg terkena virus ni, biasanya akan sembuh sendiri. namun ada orang yg mempunyai antibodi rendah, akan mengidap penyakit ini seumur hidup dan dikenali Pembawa. Ia ada 2 iaitu Aktif dan Pasif.

Biasanya ia pasif, namun 1-2% je Pembawa menjadi aktif dan perlu dirawat. penyakit ini boleh dirawat melalui ubat-ubatan.Sekiranya teruk, baru dicadangkan pemindahan hati.

Pembawa hpt B (pasif) boleh bekerja dan bersukan seperti orang lain dan mempunyai jangka hayat seperti orang lain. namun apa yg penting kena jaga diet pemakanan dan gaya hidup.

maknanya tak perlu takut sampai nak lari dgn Pembawa hpt.b sebab mereka sebenarnya berada di sekitar anda.

perlu diingatkan mereka dijangkiti bukan dari pelacur atau dadah sahaja. biasanya secara tidak sengaja seperti bersin/batuk dari pembawa, pemindahan darah seperti cuci buah pingang, kongsi barang2 peribadi semasa berkhemah, etd... so jangan bagi tanggapan buruk.

menurut maklumat yg diterima kebanyakan yg mengidap penyakit ini yg bekerja di hospital seperti jururawat, atendan, termasuk doktor sendiri.

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:51 AM | Show all posts
Keberkesanan produk USANA di dalam menyembuhkanberbagai-bagai jenis penyakit telah pun terbukti melalui testimonipesakit-pesakit dari seluruh dunia yang telah mengamalkan produk USANA.Produk-produk USANA telah berada di pasaran dunia selama 14 tahun. Jangkamasaini adalah terlalu lama bagi mencari kesilapan dan keburukan, maupun kesansampingan negatif yang mungkin diakibatkan dari pengambilan suplemen USANA.Namun Suplemen USANA telah berjaya melepasi tempoh ujian kesan sampingan denganjayanya. Anda boleh mendapatkan begitu banyak maklumat testimoni USANA dariberbagai-bagai jaringan web di internet. Di laman ini, disertakan jugasebahagian dari testimoni-testimoni yang dimaksudkan.

USANA masuk ke Malaysia secara rasminya pada bulanJanuari 2007. Testimoni-testimoni dari pengguna USANA di Malaysia mungkin tidakbegitu banyak dibandingkan dengan testimoni dari luar negara. Namun begitu,saya akan cubamendedahkan beberapa kes kesihatan yang telah berjaya saya rawat denganmenggunakan USANA dan bacaan ayat-ayat Al-Quran disamping doa-doa yangdiajarkan oleh Rasulullah s.a.w.  terutama bagi pesakit yang mengalamimasalah kesihatan dan gangguan makhluk halus secara serentak. Berikutdisenaraikan penyakit-penyakit  jasmani yang telah biasa saya rawat denganmenggunakan USANA dan keberkesanannya adalah melebihi 90%.

  • Migraine (Sakit kepala)
  • Rabun mata disebabkan oleh     penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis.
  • Rambut gugur tanpa sebab.
  • Resdung. Hidung sentiasa     tersumbat, gatal-gatal dan selalu bersin. Mata selalu menjadi merah.
  • Jerawat batu di muka.
  • Kerap mendapat sakit ulcer     di mulut.
  • Kulit muka selalu     berminyak terutama di waktu bangun pagi.
  • Sakit tengkuk disebabkan     takanan darah tinggi.
  • Sakit urat belikat.
  • Sakit pinggang
  • Lelah
  • Sakit jantung
  • Kencing manis
  • Gastrik
  • Tak lawas buang air kecil
  • Batu karang dalam ginjal
  • Sembelit
  • Buasir
  • Jarang buang air besar.     3-7 hari sekali.
  • Kebas-kebas anggota badan     terutama kaki dan tangan
  • Tidak datang darah haid.
  • Darah haid keluar     berlebihan (darah wiladah)
  • Masalah kesuburan. Sukar     mendapatkan zuriat.
  • Kerap berulang ke tandas     kerana buang air kecil pada waktu malam semasa tidur.
  • Cystic Fibrosis     (Ketumbuhan dalam rahim)
  • Sakit lutut. Cecair     synovial berkurangan; atau tulang lutut dan rawan lutut terhakis.
  • Fiber tendon pada lutut     dan kaki kerap putus disebabkan aktiviti lasak.
  • Sakit tapak kaki terutama     diwaktu pagi dan apabila memijak lantai yang sejuk dan keras.
  • Kekejangan otot.
  • Ghout.
  • Lenguh-lenguh kaki.
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang berpeluh apabila     bersukan.
  • Barah seperti barah buah     dada dan barah usus.
  • Mengantuk yang berlebihan.
  • Badan tidak bermaya.     Kurang tenaga.
  • Lemah tenaga batin.
  • Sakit-sakit urat.
  • hepatitis B

Utkmengetahui lebih lanjut.
silahantarkan alamat dan no hp ke emel.


[email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 09:24 AM | Show all posts
salah satu punca darah dari keturunan...
emak dan adik telah meninggal akibat jangkitan Hepatitis B...
sungguh derita .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 08:14 PM | Show all posts
...banyak betul thread hepatitis yang dibuka...so...aku mergekan jer semua threads nie...to forumers yang ada bukak thread hepatitis...please take note...your thread aku dah mergekan into this digest thread...u guys can continue your discussion kat sini saja...ok??...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:06 AM | Show all posts
hmm kalu future hubby ada Hep B ape nak wat yer? kita kena amik vaksin la yer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:28 AM | Show all posts
ok ke kalau kita makan HEPAVITE (yg ada kandungan silymarin) sebagai supplement? tapi dia kata untuk chronic liver disease..... kalau kita makan yg hanya ada tanda tanda sikit sikit ni okke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 09:16 AM | Show all posts
ada beberapa soalan nak tanya, sesiapa blh tolong jawab..

1) klu anak2 kita dah ambik  hepatitis B injection masa bb dulu, now dah 12 tahun, berapa lama vaksin tu boleh bertahan sebelum ambik vaksin kedua??

2) utk org dewasa yg pernah ambik vaksin tu jugak, dalam 5 tahun yg lalu, berapa lama boleh tahan sebelum ambik vaksin kedua??

3) hepatitis C ada vaksin ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083645 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list