View: 3977|Reply: 8
|
Setuju syarat poligami dilonggar, bela anak dara tua
[Copy link]
|
|
Setuju syarat poligami dilonggar, bela anak dara tua
SAYA menyokong surat Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail yang berharap syarat berpoligami dilonggarkan.
Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini.
Jika ada golongan ini yang menjadi isteri kedua secara rahsia maka mereka digelar perampas.
Pernahkah nasib mereka dibela? Bagi yang mempunyai karier pula tentulah akan mendiamkan diri kerana ingin menjaga status, tetapi naluri manusia tetap sama ingin berkeluarga.
Di mana pejuang-pejuang wanita yang membela nasib wanita?
Apakah golongan andartu bukan wanita? Kebanyakan mereka mendiamkan diri kerana budaya kita yang akan menyelar wanita yang tidak berkahwin bila cuba mendekati lelaki akan dianggap wanita tersebut gatal atau kemaruk jantan.
Pernahkah mereka terfikir nasib wanita golongan ini bila mereka tua nanti? Adakah ada tangan yang akan menyuapkan mereka nanti bila sakit nanti? Adakah ada tangan yang akan memimpin mereka bila tua nanti? Cubalah faham wahai penggubal undang-undang nasib golongan ini.
ZAHIZA
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Golongan andartu ini ramai tetapi tidak ada satu NGO atau parti politik pun yang membela nasib golongan ini.
saya sanggup di lantik sebagai Menteri Andartu...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Longgarkan syarat berpoligami
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban
WANITA Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.
Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.
Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini.
Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.
Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.
Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradapan serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.
Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.
Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas.
Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.
Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' saperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.
Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlah sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada bahagianya andartu
CERITA Norazlinda tentang bahagianya jadi andartu seperti diceritakannya di ruangan ini sebulan lalu, disanggah oleh Masizlah, pensyarah IPTA yang mendakwa pandangan itu salah kerana gagal menghayati tujuan Allah mencipta lelaki dan ada perempuan.
''Saya berani menyanggah pendirian dan pemikiran Norazlinda kerana sesungguhnya apabila seseorang lelaki dan wanita itu berkahwin maka dengan sendirinya dia menamatkan zaman bujangnya dan itu yang harus menjadi matlamat umat Nabi Muhammad.
''Saya mula mengikuti ruangan ini sejak zaman menuntut lagi, hinggalah kini bergelar warga emas, setiap minggu pasti ada keluhan wanita yang menghadapi masalah rumah tangga tetapi wanita tetap tidak pernah putus asa melangsungkan perkahwinan.
''Dalam kehidupan berumahtangga ada gembira dan kecewa. Namun pengalaman itu tidak akan dirasai oleh andartu seperti Norazlinda. Saya kasihan pada Norazlinda kerana dia tak berani membuat perubahan dalam hidupnya.
''Secara terus-terang, dulu pun saya seperti Norazlinda. Saya leka dan berbangga dengan status andartu kerana ketika itu saya ada wang, ada teman lelaki dan perempuan, kerjaya sangat bagus, ekonomi mantap dapat bantu orang tua, keluarga malah sahabat handai. Pendek kata saya ada segala-galanya.
''Waktu itu saya fikir saya 'selamat' daripada 'kesengsaraan' hidup seperti kebanyakan wanita yang bernasib malang dalam perkahwinan. Ditambah pula ketika itu saya sendiri pernah kecewa bercinta, lantas saya tidak takut dengan status andartu.
''Lebih-lebih lagi saya ada segalanya, wang, masih muda, cukup dikenali dalam kerjaya saya, kesihatan terjaga, rajin bersukan dan melakukan apa juga aktiviti yang saya suka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
''Hakikatnya, apabila usia memanjat waktu , saya terfikir sampai bila saya harus hidup sendirian. Semua kelebihan yang saya banggakan sebagai andartu, lambat laun akan 'diambil' oleh yang empunya. Tuhan memberi semua itu hanya untuk sementara. Sampai waktu kita tidak akan punya apa-apa lagi.
''Saya berani katakan di sini, semua andartu yang berani dan lantang mengatakan boleh mengecap nikmat kebahagiaan sendiri hanyalah golongan andartu yang di bawah usia 50 tahun. Apabila mencecah usia emas terutama setelah bersara, ketika itu ibu bapa sudah tiada di sisi, anda akan merasa betapa sunyinya hidup sendirian.
''Nak harapkan kawan-kawan, mereka tidak boleh selalu berada disisi, mereka pasti sibuk dengan keluarga sendiri, sementara saudara kandung juga sudah dimamah usia, jadi kepada siapa anda boleh bergantung harap untuk memenuhi hari-hari yang banyak terluang?
''Percayalah, apabila sampai usia emas, anda akan hilang kegemilangan hidup zaman andartu yang sentiasa ceria dan gembira sebaliknya bertukar muram dan pudar. Yang semakin pasti, tiada sesiapa di sekeliling yang akan benar-benar dapat mendampingi kita ketika usia emas. Anak saudara pun menghilang membawa haluan masing-masing meskipun waktu kecil mereka, anda yang menjaga dan membesarkan mereka.
''Pada usia emas juga, anda mula diserang sakit-sakit sendi sehingga menyukarkan bergerak bebas.
''Jika ditakdirkan anda sakit dan memerlukan rawatan, siapakah yang akan membawa anda ke kelinik, ke hospital atau menemani anda jika sakit berpanjangan?
''Memikirkan masalah seperti inilah, maka saya buang status andartu kebanggaan saya sepanjang usia saya 37 tahun sebaliknya menyimpan azam mahu berkahwin. Memang pada awalnya sukar, tetapi setelah berfikir panjang, saya bertekad.
"Saya kikis habis sikap sombong dan bangga dengan status andartu. Tidak kira pahit mana pun pengalaman dikecewakan ketika bercinta dulu, mahupun deritanya hidup wanita diseksa suami atau diceraikan, saya nekad berkahwin. Jika diizinkan mungkin jodoh saya hingga ke akhir hayat, jika tidak saya berserah kepada Allah.
''Alhamdulillah, walaupun ketika itu usia saya 37 tahun, berkat doa, seorang jejaka menghampiri. Kini, telah 17 tahun usia perkahwinan kami. Saya memiliki dua putera yang sudah dalam belasan tahun. Rezeki saya bertambah kerana setahun berkahwin, saya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dan suami berjaya dalam bidang perniagaan yang diminatinya.
''Tawakal saya kepada Allah bukan setakat memberikan jodoh, malahan menerima apa juga ciri suami yang dijodohkan tidak kira usia dan latar pendidikannya. Pokok pangkal, saya berpegang kepada agama. Saya dan suami berkompromi, paling penting, jangan sombong dengan apa yang Allah berikan kepada kita.
''Bohonglah kalau saya katakan segala-galanya manis. Hidup sebagai andartu juga saya tahu tidak semuanya manis. Jangan pandang sinis terhadap kehidupan orang lain seperti anggapan Norazlinda terhadap ibu dan kakaknya yang dikatakan 'sengsara' dek kerenah suami tidak bertanggungjawab.
''Nasihat saya, berdoa dan yakinlah kepada Allah kerana Dia yang mengatur segala-galanya. Kepada semua andartu, mulai saat ini berdoalah, mohonlah dipertemukan jodoh yang baik dan melahirkan zuriat, yang akan mendoakan kita di dunia dan akhirat.
''Saya sendiri jadi saksi perbezaan hidup seorang andartu dengan wanita berkahwin. Bertawakallah bahawa perkahwinan yang diberikan oleh Allah itu adalah sebaik-baik kehidupan kurniaan-Nya.'' Itu nasihat Masizlah kepada andartu agar jangan lagi buang masa mencari jodoh yang telah ditentukan Allah di luar sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
ader ke andartu yg yang sanggup menanggung laki + bini 1st ?...dah laki tak mampoo tapi nak menikah gak kene la si andartu tu tanggungsama.......
kalu nak kawen lg satu kene mintak surat kebenaran 1st wife nape ramai je yg buat bini 1st tak tau? |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline posted on 25-2-2013 09:41 PM ![](http://english1.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
saya sanggup di lantik sebagai Menteri Andartu...
i would suggest u buka agensi cari jodoh, more effective then jadi menteri andartu.
mcm sue ckp action speak louder than words.
Mcm mana ipan, kita buka agensi cari jodoh, sbb yg i tau ramai lagik antertu kat luar. So why not kita cuba menjodohkan si dara berumur ni dgn si teruna berumur. Guna akal u yg genius tu utk pikir cara2 terbaik (speed dating ker apa ker) nak menjodohkan lebihan lelaki @ pompuan yg belum kawen ni. Priority utk pompuan/lelaki age 3 series ke atas.
Jd bini no.2 is an option yg ramai pompuan takkan redha, so we should go for the 1st option. which yg i suggest awal tu. Last edited by Innrukia on 26-2-2013 08:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 26-2-2013 08:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
i would suggest u buka agensi cari jodoh, more effective then jadi menteri andartu.
mcm sue ckp ...
yess..i loikeee...kak inn.. ..
action speaks louder than words....
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai lagi kot jejaka bujang diluar sana. aku yakin. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|