CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 6

Lelaki Tinggi Kurang Risiko Sakit Jantung ?

[Copy link]
Post time 31-3-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Ramai gadis-gadis mengimpikan lelaki yang tinggi sebagai teman istimewa di dalam hidup mereka dengan berfikiran lelaki tersebut boleh menjadi ‘perisai’ dan melindungi si gadis dari sebarang ancaman bahaya.

Malah, ada juga pendapat yang mengatakan lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya di dalam kerjaya, kehidupan dan dalam institusi kekeluargaan.

Namun, satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology telah mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung!



Menurut satu kajian oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek.

Untuk memastikan kesahihan dakwaan itu, kajian itu telah dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki yang dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan ke semua responden dipantau dalam tempoh selama 22 tahun.

Ke semua responden yang terlibat diminta mengisi borang soal selidik mengenai ketinggian, berat badan dan kesihatan am serta perlu mengemaskini maklumat mereka itu setiap tahun.

Di penghujung kajian tersebut mendapati, seramai 1,444 atau tujuh peratus daripada responden menghidapi masalah jantung!

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai ketinggian 1.8 meter atau lebih, didapati 24 peratus kurang cederung menghidapi masalah jantung berbanding lelaki yang mempunyai ketinggian 1.72 meter atau kurang daripadanya.

Bukan itu sahaja, keputusan itu diperoleh selepas mengambil kira beberapa kriteria lain seperti umur, berat badan dan tekanan darah tinggi.



Kumpulan penyelidik itu berpendapat, tidak dinafikan antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka.

Oleh itu, ia boleh membawa kepada pengumpulan plak di arteri dan menyebabkan tekanan darah tinggi ketika dewasa.

Penyelidik itu turut berpendapat bahawa biologi lelaki yang lebih tinggi juga menyebabkan mereka kurang menghidapi masalah jantung.

Tetapi, ini hanyalah kajian yang cuba dilakukan untuk mengkaji sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Mungkin bagi penyelidik terbabit, ‘hipotesis’ awal itu membawa kebenaran dalam persoalan yang dia sendiri timbulkan.

Bagi kita rakyat Malaysia, seharusnya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita walaupun berlainan jantina supaya dapat menggelakan diri dari ‘terhinggapnya’ penyakit yang serius.

sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 04:13 PM | Show all posts
tentu rais yatim kemetot ada sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 12:26 AM | Show all posts
masalahnya majoriti lelaki melayu tinggi x sampai 1.8m...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 05:50 PM | Show all posts
173cm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 07:53 PM | Show all posts
i 182
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:22 AM | Show all posts
puh lepas...183cm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 01:27 PM | Show all posts
"Kumpulan penyelidik itu berpendapat, tidak dinafikan antara punca risiko sakit jantung di kalangan lelaki pendek disebabkan oleh penyakit zaman kanak-kanak yang membantutkan pertumbuhan mereka."

maknanya, lelaki-lelaki Melayu ramai la yg ada penyakit masa kecik-kecik dulu yg sampai terbantut pertumbuhan mereka itu? aku yg berketinggian 172cm ni, nak cari yg 180cm pun jenuh jugak.

aku Melayu, so, aku cakap pasal lelaki Melayu je la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.037019 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list