CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3100|Reply: 1

Lelaki dan kelemumur

[Copy link]
Post time 10-4-2013 11:01 AM | Show all posts |Read mode
KELEMUMUR mungkin masalah biasa bagi sesetengah orang, namun bukan  perkara wajib yang mesti dialami, apatah lagi ia boleh ditangani dengan  pelbagai jenama syampu berubat.

Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh  sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.  Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika  selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak  hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu  berjumpa pakar kulit.



Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah  kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak,  kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya.


Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel  kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit  tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.


Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan  gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang  itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan  jelas dilihat pada mata kasar.


Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui.  Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai  ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami  kelemumur.


Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan  menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu  banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.



Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia  terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa  atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan.


Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan  berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah  serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan.


Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan  anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda  mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.



INFO: Golongan berisiko alami kelemumur


# Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga  pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan  kelemumur sepanjang hayat.


# Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon  lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai  kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar  berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.


# Rambut dan kulit kepala yang berminyak


# Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.


# Masalah penyakit berkaitan neurologi.


INFO: Punca


# Kulit kering – punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit  berkeruping.


# Kulit gatal dan berminyak – menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan  berminyak.


# Kurang bersyampu


# Masalah kulit seperti psoriasis


# Ekzema pada kulit kepala


# Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut


# Perubahan hormon


# Tekanan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 01:06 PM | Show all posts
my boss, few of my staff and my female friend ada masalah dandruff
huhuhu seriau tengok ....


kalau diorang garu ... berterabur dandruff
lagi kronik kalau pakai baju hitam ....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034497 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list