CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3043|Reply: 0

Lelaki Tidak Kompleks

[Copy link]
Post time 13-4-2013 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Perangai lelaki apabila dinilai dari sudut pandang seorang wanita  mungkin tersasar kebenarannya. Wanita itu kejadiannya rumit berbanding  kaum lelaki lantas pemikiran dan perbuatan terdapat jurang perbezaan.  Pemikiran wanita lebih kompleks, tumpuan wanita lebih variasi dan  kadang-kadang mampu menjangkau ke satu tahap yang tidak dijangka.

Apabila dinyatakan bahawa lelaki tidak kompleks, wanita akan berkerut  dahi dan tidak mudah menerima hakikat kerana bagi wanita, semua perkara  mempunyai pusingan dan putaran dan mustahil adalah jalan lurus yang  ringkas. Tetapi, itulah kenyataannya.


Jika dilihat pada ‘bell curve’ atau puratanya, lelaki itu tidak  kompleks, tidak rumit. Walaupun ada lelaki yang rumitnya melebihi kaum  wanita, jumlahnya adalah umpama spesis terancam. Lelaki itu ringkas,  lelaki satu arah dan bertindak mengikut arahan. Mendengar wanita cuba  untuk ‘post-mortem’ mengapa lelaki melakukan sesuatu perkara adalah amat  melucukan.



Ramai yang tidak mempercayai bahawa lelaki dijadikan serba ringkas. Usah  pening untuk mengerti tindak-tanduk lelaki. Selama ini jika selepas  pertemuan pertama dan lelaki tidak menghubungi, wanita akan  berteka-teki, menilai diri, menjeruk rasa mengenang mengapa lelaki   tidak cuba menghubungi selepas berjumpa.


Lantas dijawab persoalan itu dengan “He’s just not that into you” yang  membawa maksud lelaki itu hanya tidak berminat dengan kamu. Tiada apa  yang salah pada diri wanita, cuma yang lelakinya tidak berniat untuk  memanjangkan perhubungan. Jadi wanita tidak perlu fikir tentang itu dan  teruskan perjalanan hidup sehingga berjumpa dengan lelaki yang berminat  dengan anda.


Apabila ditanyakan apakah yang dimahukan wanita, soalan ini ialah misi  mustahil untuk dijawab walaupun oleh kaum wanita sendiri ataupun oleh  yang empunya diri. Apabila soalan yang sama diajukan kepada lelaki,  jawapan mereka amat ringkas, makan, main dan seks. Cetek? Mungkin.  Tetapi inilah lelaki.


Apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, motivasinya adalah perkara 3 itu.  Lelaki sifatnya suka main-main. Apa sahaja yang ada unsur main-main  atau hiburan akan mengujakan spesis ini. Kenapa lelaki suka merempit?  Kenapa lelaki suka hisap rokok? Kenapa lelaki suka main game? Kenapa  lelaki suka sports? Kenapa lelaki suka kereta? Pernah menonton ‘Video  Zonkers’ atau rancangan seumpamanya? Berapa peratus yang terlibat adalah  wanita?


Majoriti yang suka merepek, main skateboard dan jatuh tertonggeng ialah  lelaki. Rakan saya memberi alasan bahawa lelaki tidak suka bertanya arah  kerana mereka ingin bertembung dengan benda-benda baru di sepanjang  jalan dan dalam masa yang sama menguji kemahiran navigasi mereka di  jalan raya. Terjemahan di pihak wanita ialah lelaki ‘being ridiculous’  dan menghabiskan masa. Bagi pihak lelaki, sesat itu menghiburkan!


Kemudian, isteri-isteri kadang-kadang suka memberi isyarat dengan  harapan suami memahami. Perlu diingat bahawa kadang-kadang isyarat yang  dipancarkan isteri frekuensinya tidak sama dengan frekuensi penerimaan  suami. Apabila apa yang diterima lain daripada apa yang diminta, mulalah  kecil hati dan perbalahan tercetus. Ingatlah bahawa lelaki orangnya  tidak kompleks!
Cakap sahaja apa yang anda mahu. Jika orang lelaki diminta membeli gula  sekilo, ayam seekor, telur 5 biji, dia akan pulang dengan barang-barang  tersebut secara tepat. Jangan mengharapkan ada aiskrim, biskut, ayam 2  ekor yang akan ditambah dalam pesanan tersebut.


Untuk hadiah harijadi, jika yang dimahukan ialah minyak wangi tetapi  tidak diberitahu dan lelaki membelikan jam tangan, jangan hampa. Lain  kali beritahu dia yang anda inginkan minyak wangi.


Kenapa lelaki mudah tergoda dengan wanita lain? Jawapannya mudah sahaja,  mereka teruja dengan sesuatu yang baru dan ada harapan untuk flirt  (unsur-unsur hiburan) dan percaya bahawa jika mereka pandai coverline  (unsur-unsur hiburan dan kemahiran), wanita yang ada dalam hidup mereka  tidak perlu tahu. Kaum lelaki juga pandai mengasingkan antara hiburan  dan perasaan.


Apabila wanita diletakkan dalam situasi yang sama, cara wanita berfikir  lebih rumit. Hati wanita tidak mampu mempunyai dua lelaki dalam satu  masa dan tidak merasa bersalah tentangnya. Dalam episod ‘Sex And The  City’, Carrie pernah mencuba untuk menjadi seperti lelaki, bertukar  pasangan hanya untuk seks. Dan percubaan Carrie gagal kerana sifat  wanita memang tidak boleh mengasingkan intimasi dan perasaan.


Bukan berpihak kepada kaum lelaki tetapi wanita perlu menerima hakikat  bahawa lelaki ialah insan yang serba ringkas, dan tidak perlu  dikomplikasikan. Itu menjelaskan hadirnya ramai lelaki yang  dikategorikan wanita sebagai ‘tidak berguna’. Apabila fakta ini boleh  diterima oleh wanita, banyak perkara akan menjadi mudah dan banyak  airmata yang dapat dijimatkan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051730 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list