Walaupun bangsa Cina di Brunei ramai,namun kerajaan tidak memberi warganegara.Mereka hanya diberi taraf penduduk tetap walaupun lahir di Brunei.
Singapore juga tidak pernah memberi taraf warganegara kepada jutaan rakyatnya,hanya taraf Penduduk Tetap.Mereka boleh berniaga,membeli tanah dan apa sahaja,kecuali mengundi.
Namun Allahyarham Tunku Abdul Rahman dengan hati ikhlas memberi 1.2 juta warga Cina dan India warganegara..Majoriti Melayu tidak pernah komplen dengan keputusan kerajaan yang baru Merdeka.
Namun hari ini ,mereka yang mendapat taraf warganegara banyak mengungkit Hak Istimewa Melayu dan taraf Bumiputra walaupun ia ada dalam Perlembagaan.
Kumpulan Dong Zong contohnya,mahu hak sama rata semua bangsa dan agama.
Mengikutcatatan sejarah sebelum kemerdekaan negara kita, menjelang tahun 1930, bilangankaum PENDATANG dari Tanah Besar Cina telah MELEBIHI penduduk Melayu/Bumiputradi Semenanjung Tanah Melayu.
”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkansyarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulanselepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Iniberbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masihtidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup dibawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCAdan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukanistimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankankepentingan-kepentingan sah kaum lain”.
pemimpinMCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepadaperjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakanpenggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaandengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, danPerkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaumbumiputera.
Sebuah buku tekskajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan:"Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkansyarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telahmenerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Denganpenubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumikomuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.
MalaysianStudies, p. 50. Longman. ISBN 983-74-2024-3.
Dalam Perlembagaan ,jelas Kedudukan hakistimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak ditulis bagi menjaga hak dan kebajikan bnagsa Melayu dan Bumiputra.
Pada masa kini ,Cina telah berjaya dalam politik dan ekonomi.Malah bangsa Cina mampu menghantar anak-anak belajar di luar negara tanpa biasiswa dan pinjaman.
Pengaruh kuat sentimen "CINA PERLU BERSATU UNTUK BERKUASA PENUH " ,maka pada PRU13,banyak kerusi Parlimen dan Dun dimenangi Cina.
Mantan PM pernah berkata " Orang Cina boleh menjadi PM " perlu dihayati.
Apabila ekonomi kuat,politik juga akan dikuasai.
Kini juga ada warganegara yang menghina Yang Dipertuan Agong kerana mereka menganggap itu hak warganegara dan boleh bercakap,menulis,bertindak apa sahaja.
Ini berita dalam akhbar hari ini :
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menahan seorang wanita kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebooknya baru-baru ini. Menurut satu kenyataan oleh suruhanjaya itu, suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. Wanita itu dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. "Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook-nya," menurut kenyataan berkenaan.
Orang Melayu ikhlas mengorbankan hak dan ikhlas menerima Cina dan India sebagai warganegara,namun setelah ekonomi mereka kuat,mereka mahu menguasai politik pula.Bangsa Melayu akan terus ketinggalan.
Jumlah org miskin plg ramai adalah Melayu.Bangsa paling ramai kaya adalah Cina.
Walaupun Melayu ada MARA,Uitm,PUNB dan lain-lain untuk menjaga hak Bumiputra dan kelebihan ini sering dipertikai bangsa lain walaupun Perlembagaan telah ditulis untuk menjaga hak-hak bnagsa Melayu sebagai pribumi.
Bnagsa Melayu adalah bangsa yg paling berbudi.Sanggup berkongsi rumah dengan bangsa lain walaupun kini tetamu lebih mulia dari tuan rumah.Tuan Rumah masih lg miskin dan mundur.Begitulah baik budinya bangsa Melayu.
Singapura dan Brunei hanya memberikan taraf Penduduk Tetap kerana mereka takut suatu hari nanti tetamu akan merampas rumah dan menjadi tuan rumah..manakala tuan rumah pula akan menjadi tetamu..
Melayu adalah Tuan Rumah namun kerana Melayu memiliki budi yang baik,mereka berkongsi rumah kepada tetamu-tetamu...Mereka tidak pernah mengeluh atau kecewa dan ikhlas menerima semua sbg saudara..
Lihatlah Melayu..mereka membeli kedai Cina,memuji kedai Cina malah kondem bangsa sendiri ..Begitulah ikhlasnya Melayu..
Memang menyedihkan,satu-satu bandar pelusuk negara dikuasai satu bangsa sahaja dalam bisnes...Melayu hanya boleh menjadi pengguna dan pembeli dan gagal menjadi penjual.
Bangsa Melayu mahu semua kaum mendapat nikmat dan hak,namun janganlah hak Melayu dan keistimewaan Bumiputra yang memang jelas tercatat dalam Perlembagaan dipertikaikan.Walaupun ada hak keistimewaan ,Melayu masih gagal ,miskin dan mundur berbanding bangsa lain...
Jika pemimpin terdahulu hanya memberi taraf Penduduk Tetap ..ia tidak akan terjadi...............
|