CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3364|Reply: 1

Perlis sasar Liga Super 2015

[Copy link]
Post time 8-7-2013 10:03 AM | Show all posts |Read mode
TUTUP buku lama, mula buku baru. Itulah resolusi secara umum yang telah dicapai oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) setelah mengadakan mesyuarat Exco pada 6 Julai lalu bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis.

Antara isu utama yang dibincangkan ialah berkaitan penyelesaian masalah hutang tertangguh dan persiapan untuk membentuk satu pasukan baru yang lebih bertenaga bagi musim 2014.

Mesyuarat dipengerusikan oleh presiden baru PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang dilantik menggantikan bekas presiden sebelumnya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Rozabil yang juga seorang tokoh korporat menjawab dengan bersahaja bahawa mungkin pasukan yang bakal dibentuk tahun hadapan bernilai lebih dari RM5 juta dan bercita-cita untuk mencabar pasukan gergasi dua tahun dari sekarang.

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu telah menampakkan perkembangan awal yang positif dalam PFA apabila Rozabil berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan masalah gaji tertangguh yang dialami pemain dan barisan jurulatih serta pegawai sokongan PFA mungkin selewat-lewatnya Oktober ini atau setidak-tidaknya sebelum musim liga 2014 bermula.

“Matlamat utama PFA untuk 2014 ialah berusaha untuk memastikan Perlis layak ke Liga Super 2015.  Itulah petunjuk prestasi utama (KPI) untuk PFA.

Kita berhasrat untuk mencabar pasukan yang hebat seperti JDT (Johor Darul Takzim) suatu hari nanti andai kata JDT masih dalam Liga Super pada tahun 2015”.

“Kita akan cuba selesaikan masalah gaji dan hutang-hutang tertangguh PFA.  Kita akan cuba ‘tutup buku’ untuk 2013 dan tahun-tahun sebelumnya dan memulakan buku baru untuk musim 2014.Kami juga rasa syukur apabila telah ada pihak yang sudi untuk menjadi penaja untuk musim hadapan” katanya namun tidak mahu mengumumkan nama penaja-penaja berkenaan.

Dengan adanya penajaan berkenaan selain merasakan bahawa pasukan 2014 tidak akan mengalami masalah berkaitan gaji, Rozabil berharap dapat menarik minat bekas-bekas pemain Perlis untuk pulang bermain dengan Singa Utara.  

Beliau turut yakin bahawa salah satu faktor pembakar semangat kepada pemain ialah apabila berjaya menaikkan nama pasukan negeri kelahiran pemain itu sendiri.

“PFA akan cuba menganjurkan suatu pertandingan bola sepak selepas hari raya puasa mengikut kawasan parlimen dalam Perlis bagi mencungkil bakal-bakat baru.  Inilah fungsi PFA iaitu melahirkan pemain berkualiti yang mungkin boleh diketengahkan untuk mewakili negara.”

Selain itu Rozabil turut berharap agar para peminat akan terus memberi sokongan terhadap pasukan Perlis dan berkata bahawa PFA akan memberikan cadangan baru buat pasukan Perlis memandangkan Stadium Utama yang telah menjadi ‘rumah’ kepada PFA sejak sekian lama telah ditutup sementara untuk proses baik pulih sebagai persiapan menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Mei 2014 nanti.

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 02:36 AM | Show all posts
hmm.. dh 2016. sasar 2015 sampai tersasar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.055327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list