|
Azlan (depan) yakin berpeluang menaiki podium berdasarkan perlumbaan pada pra ujian, baru-baru ini.
BERAKSI kali kedua di litar Suzuka Endurance Road Race, Azlan Shah Kamaruzaman enggan episod lama berulang.
Pertama kali beraksi di Jepun tahun lalu, Azlan akui banyak mengalami masalah terutama pada mekanikal enjin.
“Kali ini kita akan pastikan jentera benar-benar bersedia dan kita sudah buat persediaan selengkapnya dan saya sangat berpuas hati,” katanya yang bertanding dalam kategori Endurance Lapan Jam.
Azlan bagaimanapun yakin berpeluang menaiki podium berdasarkan perlumbaan pada pra ujian, baru-baru ini.
“Harap perlumbaan kali ini tiada apa yang berlaku seperti kerosakan pada enjin atau sebarang kemalangan,” katanya.
Perlumbaan bakal berlangsung pada 27 hingga 28 Julai nanti.
|
|