|
dlm perkhidmatan awam, ada 2 jenis kenaikan pangkat, satu, ikut kekosongan, satu lagi ikut time base... dlm kebanyakan kes, ikut kekosongan jawatan yg lebih kanan... kalau tak ada kekosongan, tak merasalah naik pangkat... yg kedua, ikut time base, ikut tempoh perkhidmatan, cukup sekian tahun berkhidmat, automatik naik pangkat... tak payah mohon, tak payah pi interview... ni macam cikgu, kumpulan sokongan, gred 1 sampai 40.., pegawai perubatan... special sikit, golongan pensyarah, dia naik pangkat tak ikut kekosongan atau time base... ada penuh saja kriteria, dia boleh mohon utk naik pangkat... contoh, dr pensyarah nak pi pensyarah kanan, dia dapat PhD terus naik kanan, dari pensyarah kanan nak pi profesor madya, cukup kriteria tertentu, boleh mohon, begitu juga dari prof. madya nak pi profesor... cukup kriteria, boleh mohon... dan permohonan dia nak naik pangkat ni terbuka sepanjang tahun... tak macam jawatan2 lain, kena tunggu iklan... depa tak payah iklan.. bila2 masa boleh mohon!...
bagi orang2 yg ada pengalaman di luar kemudian masuk perkhidmatan awam, gaji dia tak start dari mula... tawaran gaji akan dipertimbangkan ikut pengalaman bekerja, jika pengalaman itu bersesuaian dgn jawatan dlm perkhidmatan awam... 1 tahun pengalaman, akan dapat 1 tangga gaji tawaran... kalau gaji tawaran start dgn tangga 3, dia dapat tangga 4, begitulah! |
|