CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9119|Reply: 19

Diet kiwi, sesiapa ada resipi masakan berasaskan buah kiwi, mehla share sini..

[Copy link]
Post time 11-8-2013 09:56 PM | Show all posts |Read mode
As salam..

td sy ada terbaca kisah mengenai Sazzy Falak yang mengamalkan diet kiwi...katanya amal seminggu dh nmpk hasil...lps tu sy gigih google mengenai diet ni, sbb pelik jugak takkanla mkn buah kiwi je, benda ln xmkn.. xhidupla klu xjmp nasi n cili api...

rupanya diet kiwi ni adalah makanan yang diambil berasaskan buah kiwi.. lauk pauk yg biasa kita mkn tu blh ditambah buah kiwi...antara khasiat buah kiwi adalah:

1. Kekalkan Sistem Imuniti

Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.

2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit
Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


Terdapat beberapa resipi yg telah sy perolehi iaitu ayam masak kicap buah kiwi, jenahak masak masam manis buah kiwi dan nyonya-style asam fish curry.. nmpk sungguh menyelerakan...



jika ada forumer-forumer yg ada resipi lain, silala share di sini.. sharing is caring.. jom kita sama2 amalkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 10:33 AM | Show all posts
saya pun tengah amalkan makan buah kiwi. disebabkan ianya agak sedikit mahal (RM7 = 5 biji), saya makan sehari sebiji saje.. sejak makan kiwi ni saya dah tak payah amik suplement mahal2 untuk bagi lawas. everyday lancar saje. selain kiwi, saya sekarang rajin makan kurma (2 biji sehari), jus delima, madu, green tea.. malam minum susu anlene. so far itu saje la suplement saya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak pg cr buah kiwi la... Aku tgh mengandung ni... Supliment semua x blh mkn... Tp drh aku rendah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 11:02 AM | Show all posts
copied from from indonesian website, Merdeka.com

1. Buah kiwi mengandung serat larut dan tidak larut yang baik bagi kesehatan jantung dan pencernaan. Selain itu buah kiwi dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

2. Kadar glukosa dalam buah kiwi mampu dicerna oleh penderita diabetes sekalipun.

3. Buah kiwi disebut sebagai 'nutritional all - star' yang berarti bahwa buah ini memiliki kepadatan nutrisi terbaik.

4. Buah kiwi yang sebelumnya dikenal mengandung vitamin C dua kali lebih besar daripada jeruk ternyata juga mempunyai anti oksidan yang melindungi tubuh terhadap radikal bebas.

5. Wanita hamil disarankan untuk mengonsumsi banyak buah kiwi karena si hijau ini mengandung asam folat yang cukup tinggi.

6. Konsumsilah buah kiwi sebagai menu sarapan Anda karena buah kiwi kaya akan magnesium yang mampu mengubah makanan menjadi energi.

7. Kadar karotenoid yang terdapat dalam buah kiwi membantu melindungi mata Anda dari radikal bebas berbahaya.

8. Buah kiwi ternyata juga mampu meredakan tekanan darah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 12:05 PM | Show all posts
akak sejak dapat tahu kena spondylosis nih amik diet kiwi dgn buah naga utk tambahkan kalsium...lepas tuh kerap gi sauna utk buang toksin dan relaxkan musle

makan sebiji pun ok

kalau beli cari kiwi, new zealand punya lagi sedap compare to kiwi italy tapi mahal skitlah ...alah makan sebiji jer selang 2 3 hari tu oklah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 03:14 PM | Show all posts
Sedikit lagi info:
Kiwi ni ada 2 jenis, satu kaler kuning (gold), satu lagi yang hijau dan murah sikit..

Kiwi Gold - kandungan vitamin C dan gula lebih tinggi dari Kiwi hijau
Kiwi Hijau - kandungan fiber dan calcium lebih tinggi dari Kiwi Gold

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2014 01:50 AM | Show all posts
Xpenah try yg kaler kuning..sdp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 01:51 AM | Show all posts
poyohabis posted on 22-12-2013 10:39 AM
Nak pg cr buah kiwi la... Aku tgh mengandung ni... Supliment semua x blh mkn... Tp drh aku rendah pu ...

Cuba try pevoo..kalau mengandung try la makanan sunnah..buah delima jgn lupe..dap dap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 09:07 AM | Show all posts
adfiza posted on 8-5-2014 01:51 AM
Cuba try pevoo..kalau mengandung try la makanan sunnah..buah delima jgn lupe..dap dap..

mengandung kali nie kurma,kissmiss semua tak leh telan kuar balik dengan meriahnya...makan kiwi pon kuar balik..hampeh betul dah le sedap gak kan rs dia...makan buah delima terus kepala berpusing2 mcm kipas...pening kepala dibuatnye...alih2 yg leh makan buah jambu air jer...dah tak sanggup nak makan dah boring giler la hai...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 11:10 AM | Show all posts
poyohabis posted on 8-5-2014 09:07 AM
mengandung kali nie kurma,kissmiss semua tak leh telan kuar balik dengan meriahnya...makan kiwi po ...

Alahai sedih nye..yg sdp tu xnak die ye..tp ms sy dulu pon xlalu nk mkn..yg lalu mkn bubur pastu goreng ikan bilis campo cili padi ngn kicap...selero!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 12:50 PM | Show all posts
adfiza posted on 8-5-2014 01:50 AM
Xpenah try yg kaler kuning..sdp ke?

kurang..dia rasa manis..ioll suka lagi hijau..sbb ada masam2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 02:48 PM | Show all posts
adfiza posted on 8-5-2014 11:10 AM
Alahai sedih nye..yg sdp tu xnak die ye..tp ms sy dulu pon xlalu nk mkn..yg lalu mkn bubur pastu g ...

biasa la rezeki time mengandung nie macam2...nsb baik tak lama kan...tp nangis gak ler tengok org lain best je makan mcm2 kita jd tukang tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:50 PM | Show all posts
tinker_bell posted on 8-5-2014 12:50 PM
kurang..dia rasa manis..ioll suka lagi hijau..sbb ada masam2..

Tp beza harga kuning mahai sgt..berkire juge nk beli...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:51 PM | Show all posts
poyohabis posted on 8-5-2014 02:48 PM
biasa la rezeki time mengandung nie macam2...nsb baik tak lama kan...tp nangis gak ler tengok org  ...

hehehe itu la..harap2 next ni boleh mkn apo sajo..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 09:17 AM | Show all posts
adfiza posted on 8-5-2014 10:51 PM
hehehe itu la..harap2 next ni boleh mkn apo sajo..

org lain mengandung tak tau la..tp aku dah 2 kali mengandung sama je fesyen dia...dua2 kali mengandung tak leh mkn ayam,daging,supliment dr hospital atau mn2 pon...yg boleh makan hanya ikan dan ikan dan ikan sahaja...buah2an pon sama gak...

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 03:10 PM | Show all posts
poyohabis posted on 9-5-2014 09:17 AM
org lain mengandung tak tau la..tp aku dah 2 kali mengandung sama je fesyen dia...dua2 kali mengan ...

Jantina anak sama ke tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
adfiza posted on 9-5-2014 03:10 PM
Jantina anak sama ke tidak?

Yg sulung perempuan.. Yg kedua ni ms scan gan private doc kata lelaki tp doc krjn kata perempuan... Suami aku mimpi banyak kali baby boy... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 01:27 AM | Show all posts
poyohabis posted on 9-5-2014 05:52 PM
Yg sulung perempuan.. Yg kedua ni ms scan gan private doc kata lelaki tp doc krjn kata perempuan.. ...

hamboi sampe trbwk dlm mimpi....hehehe..ms private tu mmg die trkangkang cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
adfiza posted on 10-5-2014 01:27 AM
hamboi sampe trbwk dlm mimpi....hehehe..ms private tu mmg die trkangkang cmne?

Tah la aku x perasan sgt duk tarik anak sulung dia suka sgt nak usik sana sini... Tp doc ckp la baby boy dr 5 bulan lg... Tah la x kuar lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 03:35 AM | Show all posts
kat web ni ada idea nak makan mentah atau mix dgn food lain
http://bit.ly/1o4Gq4w
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080840 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list