|
MANTAP! Itulah yang dapat diungkapkan mengenai gandingan Ella, Mus May dan gitar solo Man Kidal di konsert MPO ‘Rocks’ sehingga mampu 'menggegarkan' Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC, Sabtu lalu.
Apatah lagi gandingan tiga bintang rock tersebut bersama pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menjadikan persembahan lebih bertenaga dan menghiburkan.
Ternyata biarpun sudah berusia, ketiga-tiga bintang ini masih mempunyai kelompok peminat tersendiri apabila perkarangan DFP sudah dipenuhi penonton semejak jam 6.30 petang lagi, biarpun konsert bermula pada jam 8.30 malam.
Lebih istimewa, ke semua lagu yang dipersembahkan pada malam itu telah mendapat gubahan daripada Datuk Ramli MS selaku pengarah artistik, Ahmad Muriz Che Rose, Jenny Chin, Syed Sharir Faisal, Lilian Loo dan Yuzaifullah Mohd Yusof.
Selain itu, beberapa pemuzik profesional turut terlibat dalam konsert ini seperti pemain bass, Mohd Firdaus Abd Wahab guitar, Ihzwan Omar dan Shah Nizam Abdul Halim, pemain keyboard Acis @ Hashridz Murshim Hassim serta pemain drums, Mohd Fitri Misran.
Secara keseluruhan, dengan kualiti pentas, sistem bunyi dan pencahayaan canggih, menjadikan konsert ini antara yang diingati memandangkan apatah lagi ia julung-julung kali diadakan di dewan berprestij di DFB.
|
|