CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: alia_elina

Ada apa dengan lirik lagu Vortex- Faizal Tahir

[Copy link]
Post time 23-10-2013 03:26 PM | Show all posts
alia_elina posted on 23-10-2013 02:56 PM
bukan nama yang manjadi isu..tapi liriknya

kan...anak2 zaman skrg ni, the way dorg digest things tu lain. ade je nk dikonar sane sini.


cth: tgk filem rempit, accident. last2 org tu insaf. dak2 skrg nk je merempit tu dikatakan boleh dgn alasan last2 akan insaf jugak. xamik pedoman langsung bab eksiden tu. yg negatif tu laju aje nak digest, tu yg bahaya tu. i agree yg lirik ni even puitis tp x sesuai untuk golongan underage.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2013 03:32 PM | Show all posts
Hana_Hirokawa posted on 23-10-2013 03:23 PM
betul gak pendapat uols tu... tp dah seni katenye... humm npk gaya ibu bapa kena tapis2 ...

Itu la kena ada klasifikasi la plak.. Bygkan kalau ada klafikasi- lagu ini berunsur 18SX...Sila tutup teliga ada anak anda dengan kapas..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:40 PM | Show all posts
alia_elina posted on 23-10-2013 03:32 PM
Itu la kena ada klasifikasi la plak.. Bygkan kalau ada klafikasi- lagu ini berunsur 18SX...Sila tu ...

kan,.... kalo kat korea mmg ada undang2 diaorg bila ibu bapa mula bersuara pasal lirik.. kalo lirik tak sesuai siap kena buat balik lirik lain...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:42 PM | Show all posts
rasenye konteks perbincnagan xsesuai kat bod gosip...

mohon bukak kat thread lagu sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:45 PM | Show all posts

"Ku sedar
Untuk pertama kalinya
Transisi lena ke alam nyata
Ku telanjang terlantar
Ku tanpa seurat benang
Ku hadir dan aku tahu
Ku juaranya"

lagu ni psl kelahiran seorg manusia ke dunia ini.
apa yg aku paham rangkap pertama lagu ni berkisarkan seorg BAYI yg bru lahir. bkn psl seorg dewasa ok!! asal dgr perkataan telanjang je trus pikir yg bukan2!! dgr betul2 dan paham kan sepenuhnya lirik tu smpi abih bknnya stakat dgr satu dua perkataan trus judge ntahapa2!! tipikal sungguh...

transisi lena ke alam nyata - transisi atau perpindahan dr alam rahim ibu lahir ke dunia yg fana
baby lahir kan telanjang bogel, tanpa seurat benang
ku hadir dan ku tahu ku juaranya - Allah jadikan manusia itu sebaik2 kejadian. setiap insan yg lahir ke dunia ini semmgnya lahir sbg seorg juara, ada kelebihan dan keistimewaan. ada peranan dan tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi ini. adoi... aku bab2 ni aku x pandai la nk elaborate...

btw aku jez share je blog ntah sape pnya ni psl seorg yg bernama manusia atau INSAN. aku baca ok gak la entry nya...

http://tomyampetai.blogspot.com/2009/08/insan.html


INSAN.....

Takrif insan
Insan atau pun manusia ialah makhluk istimewa kerana mereka boleh berfikir mampu menerima ilmu pengetahuan,dan berkehendak.Malahan manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dicipytakan oleh Allah S.W.T sebagaimana firmanNya dalam (surah At-tin ,ayat 4

Maksudnya:Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Menurut ayat di atas,manusia adalah makhluk paling istimewa yang diciptakan Tuhan.

HAKIKAT KEJADIAN INSAN

Al-Quran menerangkan asal penciptaan manusia yang bermula daripada penciptaan Adam a.s dan Adam a.s itu sendiri berasal daripada tanah.Allah s.w.t berfirman:

Maksudnyaan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati(yang berasal) daripada tanah.

Banyak ayat Al-Quran yang menceritakan proses kejadian manusia yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu dan kebenaran ini telah dapat dibuktikan oleh penemuan sains beberap abad yang lalu.

Nabi Adam diciptakan daripada tanah seperti mana firman Allah yang bermaksud:Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan-Nya kejadian manusia daripada tanah.
(Surah As-Sajdah,32:ayat 7)

Dan seterusnya manusia berkembang daripada air mani sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia daripada saripati air yang hina(air mani) yang sedikit dipandang orang.
(Surah As-Sajdah,32:ayat 8)

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:ia diciptakan daripada air(mani) yang memancut ke dalam rahim yang keluar daripada tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.
(Surah At-Tariq,86:ayat 6-7)
Proses persenyawaan berlaku dengan cecair yang sedikit dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.Al-Quran telah menerangkan dengan jelas tentang peringkat perkembangan manusia seperti dinyatakan dalam ayat di atas.Peringkat perkembangan manusia di dalam rahim ibu,iaitu persenyawaan dengan sejenis cecair,penempatan zigot dalam rahim ibu,perkembangan embrio,kemunculan organ-organ yang lain yang menjadikan manusia itu bersifat sempurna.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-mukminun ayat 13-14:
(kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penempatan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku;lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang.Kemudian Kami balut tulang tulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu,Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.Maka nytalah kelebihan dan ketinggian Allah s.w.t iaitu sebaik-baik Pencipta.

Ketika usia janin 4bulan,Allah s.w.t meniupkan roh dan janin mengaku bahawa Allah s.w.t sebagai Tuhan.

PERJANJIAN MANUSIA DENGAN ALLAH S.W.T

Firman Allah s.w.t yang bermaksudan (ingatlah wahai Muhammad)ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang,dan ia dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri.(Sambil Ia bertanya dengan firman-Nya):Bukankah Aku Tuhanmu?Mereka semua menjawab:Benar!Kami menjadi saksi.Yang demikian supaya kamu tidak berkata di hari kiamat kelak:Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan)tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah al-A’raf,7:ayat 172)

Insan atau manusia mempunyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai hamba Allah.Allah menjadikan manusia dengan pelbagai tujuan dan matlamat.antaranya adalah sebagai khalifah atau pentadbir diatas muka bumi serperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:
dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

manusia dipilih menjadi khalifah kerana manusia telah dianugerahkan keistimewaan seperti:
1)akal fikiran
-manusia dapat mengenali Tuhan dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

2)berbudaya dan bertamadun
-manusia ialah mahkluk yang berbudaya dan bertamadun yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka

3)menjadi rasul
-Allah SWT telah melantik dari kalangan manusia untuk menyampaikan risalah-Nya

4)mempunyai fizikal
-mempunyai bentuk fizikal yang sempurna dan menarik.

5)menjadi khalifah
-manusia dilantik oleh Allah SWT untuk mentadbir dan memakmurkan bumi.

manusia dijadikan tidak lain hanya untuk beribadah kepada Allah SWT.seperti dalam firman-Nya:
dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.
(Surah adz-Dzariyat,51:ayat 56)
Oleh itu insan hendaklah menunaikan tanggungjawab ini dengan sempurna iaitu mengagunggkanNya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain dan mengatur kehidupan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh insan adalah:

TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH:
1)menyembah Allah
2)mentaati suruhan dan menjauhi laranganNya
3)bersyukur atas nikmat yang diberikan dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
4)sentiasa berzikir dengan memuji-muji dan menyebut nama-nama Allah SWT sebagai tanda mengingati dan mengasihi Nya.

TANGGUNGJAWAB SESAMA INSAN:
1)memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran,membantu mereka merlukan bantuan,dan menjalinkan hubungan yang baik tanpa mengira keturunan,darjat,warna kulit,dan agama.
2)sentiasa menghormati dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat.

TANGGUNGJAWAB KEPADA ALAM:
1)memakmurkan alam iaitu mengurus alam secara bijaksana seperti membuat pembangunan secara terancang dan tidak merosakkan persekitaran.
2)memelihara dan memulihara alam agartidak berlaku kepupusan flora dan fauna yang menjadi sumber makanan dan perubatan.

Secara ringkasnya dalam Al-quran Allah SWT sering mengingatkan hamba-hambaNya supaya tidak lupa kepada asal kejadian mereka;yang dijadikan daripada tanah,tetapi telah diangkat darjatnya lebih mulia daripada mahkluk yang lain.Oleh sebab itu,manusia mestilah bersyukur atas kurniaan yang telah diberikanNya.
Posted by blueSky... at 2:31 AM
Labels: PENGENALAN UMUM TENTANG MANUSIA
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:53 PM | Show all posts
org yg berfikir mmg paham lagu ni. klu yg x paham tu yg jenis krg atau malas berfikir...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 06:09 PM | Show all posts
lagu vortex ni dlm album terbaru dia.
first track - vortex. psl kelahiran
last track - antigraviti. psl kematian, pulang kepada yg Maha Pencipta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang7 posted on 23-10-2013 05:53 PM
org yg berfikir mmg paham lagu ni. klu yg x paham tu yg jenis krg atau malas berfikir...

Begini, sy tahu memang lirik lagu ni penuh puitis,bercerita perihal kejadian manusia yg telahpun tertulis dlm kalam allah..bkn itu masalahnya, cuma maksud sy kalau lagu ini didengar oleh golongan kanak2 dan kemudian menjadi siulan pula,tentu tidak sesuai bkn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.507578 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list