Ini merupakan satu komentar ringkas tentang mengapa Natal dirayakan (walaupun kita tahu bahawa dari faktor sejarah, kebarangkalian Yesus lahir pada musim sejuk adalah tipis):
Natal berasal dari kata Latin natus yang bererti “kelahiran.” Natal adalah hari peringatan kelahiran Yesus Kristus, Juruselamat manusia. Di dalam sejarah gereja, Natal dirayakan sejak abad keempat pada tarikh 25 Desember, untuk menggeser pesta Romawi kuno yang merayakan “kelahiran dewa matahari - Saturn.” Bagi umat Kristiani, Kristus adalah pemenuhan nubuat nabi Yesaya, “Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang” (Yes 9:1a). Bagi kita, Kristus adalah “cahaya yang sangat terang”, Dialah “Cahaya bagi Dunia” (Yoh 9:5).
Selamat menyambut Hari Natal.
Jangan asyik dengan perayaan sahaja tetapi gunakanlah musim ini untuk merenungi tujuan Yesus Kristus datang ke dunia dan bagaimana kita sebagai umat Kristiani boleh menjadi sebahagian daripada terang dunia.
Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Tetapi sebagai manusia di alam fana yang penuh godaan, cubaan dan cabaran, kadang kala kita perlu diperingatkan tujuan kedatangan-Nya. Itulah intipati mesej musim Natal. Last edited by bobkee on 27-12-2013 06:12 PM
unoryah posted on 10-1-2014 10:04 AM
ya betul tapi kenapa nak adakan upacara sembahyang dsb untuk natal sedangkan tarikh tepat Yesus la ...
Sepatutnya diperingatkan setiap hari, tetapi apa salahnya kita memilih satu tarikh yang tertentu untuk merayakannya secara khas sedangkan tarikh sebenarnya tidak diketahui?