CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 16

Lelaki juga bersolek?

[Copy link]
Post time 9-1-2014 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Bersolek sememangnya sinonim dengan golongan wanita, namun tahukah anda bahawa golongan lelaki hari ini juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin dikhalayak ramai? ini kerana walaupun kulit lelaki dan wanita berbeza, namun lelaki juga perlu menjaga kulit wajah agar bebas dari jerawat, keragat, warna kulit tidak sekata atau apa saja masalah kulit.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan kaum-kaum adam di luar sana beberapa tips mudah untuk mengenakan solekan agar kulit tampak lebih bersih dan bebas cela.

Mencuci muka
Mulakan dengan membasuh muka. Lakukan tiga langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Basuh wajah mengikut urutan bulatan untuk mengeluarkan sel kulit mati. Elak menggosok dan lap dengan tuala yang bersih. Untuk melembap, cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas di sekitar wajah sehingga leher.

'Foundation'
'Foundation' ini tidaklah penting kerana ia hanya sekadar untuk menutup keseluruhan wajah anda. Tetapi, jika anda benar-benar mahu menutup keseluruhan wajah anda, pastikan anda cukur wajah terlebih dahulu.

'Concealer'
'Concealer' bertindak menutup cela pada wajah anda, tetapi jika anda ingin menggunakan 'concealer', pastikan anda uji pada pergelangan tangan untuk mencari warna yang serasi dengan kulit wajah. Cara mudah untuk menyapu concealer adalah dengan menggunakan jari.

'Lip balm'
Memakai 'lip balm' memang bagus kerana ia melindungi bibir dari kering akibat cuaca seperti penghawa dingin dan mengelak bibir menggelupas. Pilih 'lip balm' yang tidak berwarna.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk tampil dengan lebih bersih dan kemas sekaligus menaikkan keyakinan diri anda untuk berdepan dengan ramai orang. Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 11:27 AM | Show all posts
pemakaian skincare mmg wajib lah xkira llki pompuan..habi sy pun ada skincare n make up dia sdri..
tapi juz translucent powder,tinted sunblock n lip balm je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 11:58 AM | Show all posts
udahudahler posted on 13-1-2014 11:27 AM
pemakaian skincare mmg wajib lah xkira llki pompuan..habi sy pun ada skincare n make up dia sdri..
...

betul tu...cuba lelaki kat malaysia ni kurang kesedarn sal ni..
klu ada pun xramai...
tp kat negara lain cm jepun ramai lelaki lebih mengambil berat tentang produk penjagaan muka mereka..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 12:13 PM | Show all posts
mungkin masih kurang kesedaran..tu yg belum ramai nak ikut..
routine skincare n fitness perlu diutamakan..bukan bermakna mereka lelaki maka tak perlu amik berat ttg ni..
tapi kalau mereka yg pernah/sedang terlibat dlm glam field mmg particular bab ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 12:17 PM | Show all posts
udahudahler posted on 13-1-2014 12:13 PM
mungkin masih kurang kesedaran..tu yg belum ramai nak ikut..
routine skincare n fitness perlu diuta ...

betul tu...setuju sgt....
lelaki lebih cenderung untuk bina badan dr membuat rutin pjaga'an muka...
xpe..nnt future diaorg akan sedar.....


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 10:56 PM | Show all posts
iols selalu cuci muka saje, lip balm saja sebab bibir hitam kuat hisap rokok

tapi x rasa pelik ke bila jejan gigih pakai mask, losyen itu ini untuk penjagaan badan dan muka bagai macam ponen kpop saja. iols dari form 2 dah start cuci muka kalau tumbuh jerawat pun kecil2 x de yang sampai jadi kawah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2014 11:45 AM | Show all posts
ahmad_dhani91 posted on 19-1-2014 10:56 PM
iols selalu cuci muka saje, lip balm saja sebab bibir hitam kuat hisap rokok

tapi x rasa pel ...

nape nk pelik pulak....buat sdri je kat umah....jgn kabor kan kat org nnt xde lah sapa yg tahu...
heheheheh

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 12:27 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 20-1-2014 11:45 AM
nape nk pelik pulak....buat sdri je kat umah....jgn kabor kan kat org nnt xde lah sapa yg tahu...
...

over k nak bermask2 ni semalam kawan iols jantan upload gambar dia pakai mask dekat instagram, motip gambar sebegitu pun nak diupload, batak like lew tewwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2014 01:16 PM | Show all posts
ahmad_dhani91 posted on 21-1-2014 12:27 AM
over k nak bermask2 ni  semalam kawan iols jantan upload gambar dia pakai mask dekat instagra ...

haa tgk kwn uols pun pakai mask siap leh upload lagi
so uols pun leh buat gak la..
cer try....


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 03:02 PM | Show all posts
cuci muka tu normal, kalu bersolek tu gayboy letew
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 08:30 PM | Show all posts
aku ad jumpa fb budak laki  yang jual produk memutihkan badan . dia buat muka dia mcm model gittuww, mmg putih pun muka dia . tp rasa cam kelakar jerk bila bdk laki zaman sekarang nk putih2 jgk .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 11:04 AM | Show all posts
AmiraLee posted on 1-2-2014 08:30 PM
aku ad jumpa fb budak laki  yang jual produk memutihkan badan . dia buat muka dia mcm model gittuww, ...

heheheheh kan dia jual produk..
kena la tunjuk bukti dulu..klu x org xcaya
pelik tp benar
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 02:39 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 2-2-2014 11:04 AM
heheheheh kan dia jual produk..
kena la tunjuk bukti dulu..klu x org xcaya
pelik tp benar ...

haah . Betul tu . Tapi still heran fenomena apakah yg melanda lelaki hari ini sampai berebut2 nk putihh . mengalahkan org pempuan pun adaa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 02:55 PM | Show all posts
AmiraLee posted on 2-2-2014 02:39 PM
haah . Betul tu . Tapi still heran fenomena apakah yg melanda lelaki hari ini sampai berebut2 nk p ...

fenomena dari korea...
lelaki sana kan cun2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:24 PM | Show all posts
i like k.pop boys !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 09:57 AM | Show all posts
blewnatural posted on 11-2-2014 11:24 PM
i like k.pop boys !

they all cute n hensem kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2014 02:46 AM | Show all posts
iols tak leh hadam kalau lelaki yang make up bagai mcm perempuan. entah knp geli sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045493 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list